ULASAN KELAS TULIS TERBIT E-BOOK
SEPTEMBER 2020
Alhamdulillah,
syukur kepada Allah s.w.t. kerana memberi saya peluang menyertai kelas Tulis
Terbit E-Book September 2020. Penyertaan yang tidak dirancang, namun hadir pada
masa yang tepat. Menyorot kembali kenangan, pada 22 Ogos 2020, saya terbaca
perkongsian di Facebook Dr Mahfuzah Mohammed Zabidi, seorang sahabat baik sejak
zaman persekolahan. Terdetik di hati saya “eh menarik ni.” Terus tekan link ke
whatsapp untuk mendaftar. Niat di hati mahu “recce” dulu. “Salam. Boleh saya
tau car acara mendaftar, berapakah yuran dan info lain?’ Sapaan saya bersambut
pemilik whatsapp group yang dikenali sebagai Masayu Ahmad. “Waalaikumussalam
w.b.t. Salam perkenalan Puan Shuhada.” Lantas terus Puan Masayu berkongsi 8 soalan
Analisa untuk dijawab. Entah kenapa saya terus terpikat. Nampaknya sudah sampai
masanya untuk saya mencuba sesuatu yang telah lama diangankan, namun terlalu
ragu-ragu untuk bermula.
Sejak itu, setiap pagi, setiap hari,
malah setiap masa kami peserta-peserta kelas Tulis Terbit E-Book September 2020
dihambat oleh whatsapp daripada Puan Masayu. Awal-awal kelas, bila Nampak
notifikasi ada whatsapp daripada Puan Masayu, saya rasa berdebar-debar sungguh.
Saya rasa kelas sangat laju. Saya tidak mampu mengejar. Nak faham arahan setiap
hari pun saya ambil masa, apatah lagi nak mengejar selesaikan tugasan-tugasan
yang dijadualkan. Dengan bebanan kerja hakiki yang berat semacam pasca Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) ini, hanya pada Allah saya meminta agar urusan saya
dipermudahkan. Kerja di Pejabat Tenaga Kerja (Pejabat Buruh), faham-faham
sajalah. Pekerja dan majikan sama-sama terjejas kerana PKP. Saya stress di
tempat kerja, dan saya mendaftar kelas Tulis dan Terbit E-Book pula. Aduh,
terasa seperti sengaja mencari masalah.
Minggu pertama, saya betul-betul
“memaksa” diri untuk memenuhi kehendak kelas. Umpama paku diketuk dengan
penukul. Selalunya saya bangun jam 5.00 pagi, tapi sejak menyertai kelas ini,
saya awalkan 30 minit bangun jam 4.30 pagi. Tapi bukan setiap hari saya mampu
membaca dan menulis untuk kelas. Kadangkala masa yang dah diperuntukkan tu,
terpaksa saya gunakan untuk kerja-kerja hakiki. Puan Masayu selalu pesan, kena
disiplin! Kena disiplin! Semua peserta mesti menulis setiap hari. Ya Allah, sesungguhnya
saya rasa tercicir, sebab saya tak mampu ikut arahan kelas. Saya stress dan
saya keletihan.
Minggu kedua, saya rasa lebih stabil. Masih stress, namun stabil. Apa yang tak disangka, saya rasa seronok menulis. Dah lama saya teringin berkongsi pengetahuan yang secebis ini. Akhirnya saya ada peluang keemasan. Dapat berkongsi, dapat belajar menulis, dapat belajar berdisiplin. Siap ada pakej cikgu-cikgu tolong “kejar” lagi. Apa lagi yang saya mahu? Saya berazam untuk habiskan kelas ini dengan bergaya, bak kata Puan Masayu. Saya berjanji akan cuba sehabis baik untuk mengikut jejak kawan-kawan lain. Mereka boleh, tentu saya pun boleh. Allah akan bantu saya.
Minggu ketiga, saya dah nampak hasil yang saya impikan. Setiap hari saya akan “touch-up” hasil kerja kecil saya dengan gembira dan bersemangat. Saya tahu kerja saya masih jauh daripada sempurna. Setiap kali semak, terasa banyak poin yang tertinggal. Apa pun, yang saya tahu stress saya sudah berbeza berbanding awal-awal dulu. Semuanya sudah terkawal, alhamdulillah. Saya rasa semakin bersemangat nak menyiapkan tugasan. Sempat pula saya simpan angan-angan untuk buat e-book kedua pula nanti. Apa tajuk nak diletak agaknya ya?
Sesungguhnya kelas Tulis Terbit E-Book kelolaan Puan Masayu bersama rakan-rakannya adalah kelas yang amat berbaloi untuk disertai. Sungguh, Murah, tetapi penuh dengan ilmu, pengalaman dan hasil yang memberangsangkan. Terima kasih Allah. Saya amat terhutang budi kepada Puan Masayu, Puan Begum Irdawati dan Puan Hifzaila Hafni. Semoga berkat ilmu yang dicurahkan ini, kehidupan kalian dipermudahkan Allah sentiasa.
NUR SHUHADA BINTI MUHAMAD
18 September 2020
No comments:
Post a Comment