Thursday, October 8, 2020

Alia Basirah Pornografi Dadah Digital Era Baharu

 



Ulasan kelas Ebook (Alia Basirah WM)

Sejujurnya, semasa saya menekan pautan yang dikongsikan oleh puan masayu, niat saya hanyalah untuk melihat harga yuran kelas, tetapi tak sangka dah ‘terperangkap’ dalam Group Wasap. Namun, saya tak pernah pun terlintas nak keluar Group tersebut memandangkan sudah lama saya memendam rasa untuk menerbitkan ebook. Penerangan yang jelas tentang perjalanan bengkel itu menyebabkan saya berpuas hati dan bersetuju dengan bayaran yang dikenakan.

Sepanjang telibat dengan bengkel puan masayu dan tim, saya sentiasa rasa bahawa saya mendapat sokongan yang padu daripada mereka. Setiap kali kita rasa berputus asa dalam segala proses yang dilalui, kata-kata semangat yang diberikan menjadikan saya kuat dan terus mencuba tanpa berhenti.

Ingatan’mesra’ yang diberikan oleh Puan Masayu menyebabkan kita rasa bersalah jika tidak menyempurnakan tugasan yang diberi. Bengkel ini juga mengingatkan saya bahawa penulis wajib disiplin dalam proses penulisannya. Dalam bengkel ini juga saya telah mengetahui cara lengkap untuk tulis, sunting dan jual ebook sendiri. In sha Allah, saya akan terus mempraktikkannya selepas kelas ini.

Bagi saya tugasan yang paling sukar untuk dilakukan adalah untuk menjual ebook yang kita hasilkan. Benar, merancang kejayaan buku lebih sukar daripada menulis buku. Namun ia tetap penting kerana tidak dapat tidak, kita harus menyampaikan idea kita kepada umum agar ramai orang mendapat manfaat daripada ebook yang kita hasilkan.

Saya sendiri mengambil masa beberapa hari untuk memancing pembaca membeli ebook saya. Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, saya nasihatkan anda untuk mempunyai bahan rujukan yang lengkap bagi memudahkan kelancaran menulis. Apa sahaja cabaran yang datang, cuba bertahan dan sentiasa memohon doa kepada Allah agar diberikan kekuatan menyempurnakan penulisan. Tulislah apa yang memberi manfaat kepada orang dan pastikan kita tahu siapa pembaca yang ingin kita sasarkan.

Bagi saya penulis akan gagal sekiranya mereka tidak mampu menguasai bahan yang ditulis. Selain itu antara kegagalan penulis juga ialah apabila tidak berjaya memberikan komitmen dalam kelas ini.

Apabila kita sudah melabur duit untuk kelas ini, kita harus berkorban dan melakukan pelbagai cara agar manuskrip kita siap. Lambat sedikit tidak mengapa asalkan terus istiqamah, tekun dan bersungguh-sungguh.

Apabila kelas tamat, jagalah hubungan dengan guru-guru dan rakan penulis. Seorang penulis tidak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan penulis lain. Inilah faktor utama yang membuatkan momentum menulis sentiasa segar dan boleh diteruskan walaupun sesi kelas sudah tamat. Selain itu, penulis harus membudayakan aktiviti membaca agar aliran idea sering berkembang dan kita berjaya menghasilkan konten yang baik di media cetak mahupun elektronik.

Ebook modul tulis terbit ini sangat membantu kita untuk menerbitkan ebook dengan cara yang sangat praktikal. Arahan mudah serta grafik yang menarik menjadikan modul ini mudah dipelajari dan diikuti walaupun mungkin kita tidak mendapat bimbingan guru. Ebook ini mambantu kita untuk mempercayai bahawa semua orang berpotensi untuk menerbitkan ebook sendiri.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Masayu Ahmad, Puan Begum Irdawati dan Puan Hifzaila Hafni atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan tunjuk ajar kalian kepada saya dan semua rakan penulis.




No comments:

Post a Comment