Ulasan Kelas Ebook
Bismillah walhamdulillah.
Pertama kali bercadang untuk mendaftar kelas
dalam talian, belajar bagaimana cara yang betul menulis dan menerbitkan ebook
saya tidak menyangka ia suatu kursus yang agak intensif. Ya, saya mendaftar
kursus ini yang kebetulan berlangsung selama 30 hari sepanjang bulan di bulan
Ramadan.
Bulan puasa yang sudah lengkap dengan
aktivitinya sendiri menjadikan saya agak kelam kabut pada peringkat awal.
Latihan menulis 5 entri setiap hari terasa sangat sukar, apa lagi bila
kebuntuan idea. Namun dengan gesaan dan motivasi Puan Guru Masayu Ahmad yang
gigih memantau dan menghantar peringatan demi peringatan tentang tugasan yang
perlu disiapkan setiap hari menjadikan saya terus melangkah, terkadang berlari
dan ada masanya hanya sekadar merangkak.
Namun tetap saya teruskan jua bergerak ke
hadapan mencapai KPI tugasan harian.
Apabila berjaya memasukkan 50 entri ke dalam
blog, saya makin teruja untuk melihat ebook ini menjadi kenyataan. Pada
peringkat ini kaedah KJ method yang diperkenalkan banyak membantu saya untuk
terus menulis dari mana-mana bab pilihan dan menyiapkannya dalam jangka masa
yang ditetapkan.
Satu demi satu langkah seterusnya diterangkan
dengan jelas di dalam ebook rujukan sehinggalah saya berjaya mencipta kaver 3D
untuk ebook saya sendiri. Puan Masayu juga tidak lokek berkongsi ilmu dan
bersedia menjawab setiap kemusykilan yang dikemukakan.
Sudah tentu dari segi penulisan ebook saya
"Sedingin Salju Texas" masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.
InsyaAllah dari semasa ke semasa ebook ini akan dikemaskini sehingga layak
untuk diterbitkan dalam bentuk fizikal yang boleh anda pegang di tangan.
Sebenarnya saya pernah menghasilkan mini ebook
sendiri menggunakan perisian Power Point Presentation sebelum ini. Namun, bila
belajar dengan berguru baharulah saya sedar betapa masih banyak ilmu berkaitan
yang masih belum dikuasai.
Sungguh perjalanan menghasilkan ebook ini
sangat menyeronokkan bagi saya. Sudah pasti saya akan cadangkan kepada sesiapa
sahaja yang ingin mempelajari bagaimana menulis dan menerbitkan ebook supaya
mendaftarkan diri sebagai pelajar Puan Guru Masayu Ahmad. Boleh rujuk fb Masayu
BengkelEbook.
Namun jika anda tidak mahu mengikuti kelas
tetapi masih ingin menghasilkan ebook silalah hubungi saya untuk berbincang
tentang projek ebook anda yang akan datang.
Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya tentang kelas ebook dalam talian.
Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya tentang kelas ebook dalam talian.
No comments:
Post a Comment