Tuesday, June 9, 2020

Inspirasi Haji Muda






Saya percaya semua orang ada kebolehan menulis.
Tengok sahaja apa yang kita update di media sosial.

Bezanya, minat menulis tu biasa-biasa atau sungguh-sungguh. Menulis sekadar suka-suka atau ada keinginan untuk beri impak kepada pembaca. Impak yang jadi bekalan setelah kita meninggalkan dunia.

Setiap kita ada cerita hidup dan pengalaman yang berbeza.
Kalau ada satu turning point dalam kehidupan yang telah mengubah kita ke arah lebih baik, itulah poin yang perlu dikongsi.

Catatan peristiwa penuh makna yang Allah beri.
Boleh juga kemahiran dan ilmu yang bernilai tinggi.

Pengalaman haji ini tidak cukup ditulis dalam satu atau dua posting di laman FB. Perlu dibukukan untuk jadi rujukan generasi saya sendiri.

Itu pengalaman berharga yang mengubah persepsi kehidupan yang hakiki. Jadi, penulisan yang dipilih bukan berkonsep travelog tetapi berkonsep inspirasi.

Dengan izin Allah, lepas baca bersemangat nak buat dan terkesan di hati.
Tiga golongan pembaca sasaran:

1. Orang muda yang sudah ada kemampuan tetapi belum ada keinginan untuk segera haji.

2. Orang muda yang belum ada kemampuan tetapi sudah ada keinginan untuk segera haji.

3. Orang muda yang sudah ada kemampuan dan keinginan tetapi perlukan lebih keyakinan.

Saya perlu berkongsi apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.
Saya perlu berkongsi ibrah di sebalik spiritual journey di usia muda.

Dengan izin Allah, laluan pertama terbuka dengan mendaftar kelas online menulis ebook.

Tiga platform utama yang digunakan adalah whatsApp group, blog dan email.

Kelas penulisan bermula dari kertas kosong sehingga ebook berjaya diterbitkan berlangsung selama sebulan.
Ye, sebulan = 30 hari.

Fokus + Konsisten = 2 kunci kejayaan.

Walaupun kelas berjalan secara online, saya tetap merasa ibarat seorang guru yang benar-benar datang mengetuk meja apabila ada anak murid yang tertidur.

Seorang guru yang sudi menjawab soalan dengan jelas apabila ada anak murid yang mengangkat tangan untuk bertanya.

Paling terkesan, ibarat adanya seorang guru yang sudi memimpin tangan anak murid mengharungi suka duka dan air mata agar akhirnya menikmati kejayaan bersama-sama.

Tuan Puan,

Kejayaan penghasilan ebook pertama ini kecil sahaja.

Dengan kesyukuran pasti Allah menggandakan nikmat-Nya.

Dengan penuh kesedaran dan kehambaan..
Masa, tenaga dan idea semuanya Allah yang punya.

Dalam tempoh 2 minggu, jualan ebook dilakukan melalui free cost marketing Facebook dan Whatsapp sahaja.

Pelaburan modal ilmu untuk join kelas penulisan, Allah Ya Razzaq ganti dengan pulangan berganda.

Untuk pengetahuan semua, jualan ebook tersebut ditutup buat seketika.

Sekarang proses penambahbaikan content, layout dan procedures penghasilan buku fizikal. InsyaAllah.. Mohon doa semua.

Ini dia mentor penulisan yang saya hormati dan kasihi - - > Puan Guru
Jemput join kelas Tulis & Terbit E-book kepada sesiapa yang berminat untuk serius menulis.

Nak share satu sajak ringkas ya..

Jika benar sedar diri ini hamba,
Tiada satu kelebihan pun boleh dibangga.
Jika benar yakin kehebatan Pemilik Dunia,
Tiada satu kekurangan pun membawa putus asa terhadap rahmat-Nya.

Wahai jiwa yang mengharap redha Tuhannya,
Sebarkanlah manfaat sesama manusia.
Kerana takdir setiap cerita..
Tetap milik DIA Yang Maha Es

1 comment:

  1. Las Vegas (NV) Casino - Mapyro
    Get directions, reviews and information for Las Vegas (NV) Casino in Las Vegas, NV. 김포 출장안마 The Strip has 김포 출장안마 the 평택 출장마사지 tallest 논산 출장마사지 freestanding observation tower of any Las 아산 출장안마 Vegas casino.

    ReplyDelete