Antara berani
dan bimbang itulah perasaan saya semasa menyertai kelas Ebook yang dibimbing
oleh Puan Masayu Ahmad ini. Mula mengenali mentor penulisan ini lewat status
beliau di Facebook pada April 2018. Oleh kerana saya memang sudah lama berhajat
untuk menulis dengan serius, sejak itu saya terus mengikuti perkembangan kelas
tulis terbit ebook di Facebook.
Akhirnya pada
Jun 2020, di hujung musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan akibat Covid 19
ini, Allah telah mengabulkan hajat saya yang sekian lama terpendam. Satu hikmah
dan nikmat yang disyukuri.
Ini kelas
penulisan ebook yang pertama saya sertai, oleh itu saya langsung tidak dapat
menjangkakan apa yang akan berlaku. Pada minggu pertama kelas, rasa sangat
teruja dan seronok sekali. Masuk minggu kedua, bahang mulai terasa.
Rupa-rupanya nota-nota mudah yang diberikan dalam kelas sukar saya fahami dengan
baik. Setelah helaian demi helaian dikarang, baharulah semua nota-nota tadi
dapat saya manfaatkan sepenuhnya.
Penetapan
wajib menulis lima muka surat setiap hari membuatkan saya sangat fokus walaupun
terasa dihambat masa. Jika tiada tekanan begitu, berkemungkinan besar ebook ini
belum dapat disiapkan.
Nota-nota
Strategi Lancar Menulis serta Nota Suntingan daripada Puan Hifzaila Hafni juga
Teknik Mudah Cipta Kaver Puan Begum Irdawati sangat-sangat membantu melancarkan
proses menulis dan menyiapkan Ebook ini.
Cabaran utama:
1.
Mendapatkan rentak menulis pada awal kelas.
2.
Perlu fokus dan dalam masa yang sama perlu
menyiapkan kerja-kerja hakiki yang lain.
3.
Perlu tahu pilih buku rujukan.
Nasihat dan
panduan kepada penulis baru.
1.
Fokus dan ikutilah semua saranan mentor dalam
kelas. Anda tidak akan kecewa, Insya Allah.
2.
Tetapkan masa untuk menulis setiap hari sangat
membantu kelancaran menulis dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberi.
Satu jam sebelum Subuh seperti yang dicadangkan adalah masa yang terbaik.
3.
Sediakan lebih banyak buku rujukan dan
banyakkan membaca.
4.
Tiada ilmu yang datang secara percuma. Jika
kita benar-benar mahukan sesuatu, apalah sangat nilai ringgit yang kita
belanjakan berbanding dengan ilmu yang kita dapat.
5.
Jadikan ia satu proses pembelajaran yang
menyeronokkan.
6.
Jaga niat kita.
Kepada
mentor-mentor semua, saya sangat-sangat menghargai peluang yang telah diberikan
dan berharap melaluinya nanti lebih banyak manfaat dapat dikongsikan dengan
pembaca. Sudah belajar kaedah dan teknik yang betul, kini saya lebih jelas
tentang perkara yang hendak ditulis.
Jazakumullahu khairan jazila dan mudahan usaha membuat kelas-kelas
penulisan sebegini adalah kerja buat yang Allah kira sebagai amal ibadah yang
ikhlas.
Wan Ikhwani Wan Hussin.
Inspirasi Huffaz, Hafaz Dengan Cinta.
No comments:
Post a Comment