Tuesday, July 21, 2020

Pewarisan Harta Islam Suriani Daut



Alhamdullilah, Alhamdullilah, Alhamdullilah. Syukur kepada Ilahi, akhirnya ebook pertama saya berjaya disiapkan juga walaupun berdepan dengan segala rintangan dan cabaran.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru yang saya sanjungi dan hormati Puan Masayu Ahmad yang sentiasa sabar dan sentiasa memberi semangat kepada saya untuk meneruskan penulisan ebook sehingga siap.

Bimbingan saya secara terperinci bermula dari proses menulis di buku, blog, word sehingga PDF. Beliau begitu teliti membimbing saya dan kawan-kawan agar ebook yang kami hasilkan berkualiti tinggi dan paling penting ianya boleh difahami oleh masyarakat luar dengan mudah.

Banyak tip-tip penting yang dikongsikan seperti menulis pada pukul 2 pagi sehingga 6 pagi kerana pada waktu ini Allah akan memberikan ilham secara luar biasa.
 Hasilnya dalam tempoh 30 hari ebook pertama saya berjaya disiapkan walaupun berdepan dengan kesibukan bekerja dan memantau kerja sekolah anak-anak yang bersekolah di rumah akibat penutupan sekolah kerana pandemic  Covid 19.



Selain itu ucapan terima kasih juga saya berikan kepada sahabat saya Eko Salina yang berkongsi ruang dan peluang ini bersama saya. Beliau juga tidak putus-putus memberi semangat untuk saya menyiapkan tugasan ebook ini.
Saya akui menulis ebook ini bukan tugas yang mudah. Namun saya percaya dengan tulisan kita mampu untuk menyebarkan ilmu kepada lebih ramai orang. Ilmu yang bermanfaat agar ianya mampu menjadi amalan baik kita.

Sebagaimana yang kita tahu, kesedaran umat islam dalam membuat perancangan harta masih berada ditahap yang rendah. Walaupun datuk dan nenek moyang kita dahulu kaya raya dan mempunyai tanah-tanah yang banyak tetapi malangnya harta-harta mereka tidak sampai kepada waris yang sepatutnya.
Sedari muda kita berkerja keras mengumpul harta untuk keluarga, namun selepas kita meninggal dunia harta tersebut tidak sampai kepada waris dengan cepat, mudah dan kos yang efektif.

Ebook ini membincangkan asas untuk menguruskan harta pusaka, faraid, perbezaan wasiat dan hibah, salah faham masyarakat dan cara untuk menyelesaikan masalah pusaka. Ia sesuai untuk bacaan pembaca yang tidak ada asas langsung dalam bidang pewarisan harta pusaka.

Dengan terbitnya ebook ini, saya berharap masalah harta pusaka beku dikalangan umat islam dapat dikurangkan.
Semoga ebook ini menjadi pahala yang mengalir buat saya bila saya telah tiada nanti. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada semua pembaca yang membaca ebook ini.
Suriani Daut
Pewarisan Harta Islam



No comments:

Post a Comment