Tuesday, July 21, 2020

Wanita Bijak Hartanah Datin Dr Maiza Abdul Kadir


Hasrat untuk belajar menulis, mencipta kaver dan menerbit ebook sendiri telah lama saya pendamkan, sejak tahun 2015 lagi. Pada ketika itu saya saya beranggapan penghasilan ebook ini sesuatu yang sukar dan memerlukan kemahiran pereka buku. Apatah lagi, saya bukanlah seorang yang berbakat seni.
Apabila terbaca status Puan Begum Irdawati di Facebook mengenai bengkel ini, saya tertarik untuk belajar langkah demi langkah penghasilan ebook. Oleh kerana saya sudah ada konten, jadi saya hanya perlu menyusun semula topik dan memurnikan penulisan. Tetapi masalah saya ialah masa dan sukat fokus.
Dalam kursus online ini, Puan Masayu selaku guru pemulisan ebook telah "mengejar" saya setiap hari. Beliau telah memberi peringatan dan mendorong saya agar tidak tercicir daripada mengikuti setiap modul berdasarkan masa atau deadline yang ditetapkan. Selain dimasukkan dalam kumpulan sokongan belajar secara online, beliau juga menghantar mesej kepada saya setiap hari menerusi aplikasi wasap.

 Ini menyebabkan saya bersemangat mahu menyiapkan ebook seiring seperti peserta lain.
Bukan itu sahaja, saya juga belajar kaedah pemasaran ebook yang begitu komprehensif. Malahan cara meletakkan pakej harga dan menjual juga diajarkan langkah demi  langkah. Ilmu ini mahal dan ia berguna untuk saya memasarkan buku-buku saya yang lain kelak. Ini kerana sebagai penulis, saya akui pandai menulis tetapi tidak pandai menjual.

Proses penciptaan kaver pula begitu mudah. Saya tidak sangka dapat memghasilkan kaver ebook dengan sangat cepat. Panduan yang diberi juga amat mudah difahami. Saya amat berterima kasih kepada guru-guru yang baik. Pengalaman ini amat berharga dan bagi saya ia tidak setimpal dengan nilai yuran kursus yang dikenakan untuk pembelajaran dan  bimbingan selama 30 hari. Sangat berbaloi-baloi.

Datin Dr. Maiza Abd. Kadir.



No comments:

Post a Comment