Sudah lama saya ingin
menulis ebook sendiri terutama berkaitan dengan apa yang saya bangunkan
sekarang, kelas membaca.
Saya mula mengenali
Puan Masayu Ahmad pada akhir tahun 2018. Saya mengikuti perkembangannya secara
diam,namun tidak berani mencuba mendekatinya sedangkan perasaan ingin tahu itu
ada. Dibiarkan rasa malu itu sehinggalah pada hujung Jun, di mana negara berada
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan akibat Covid 19. Waktu
itu,perasaan ingin mencuba menulis ebook berkorbar. Ada sesuatu mengasak diri
untuk menulis. Lantas saya menghubungi beliau untuk mendaftar kelas ini.
Sungguh saya tak terfikir, akhirnya dapat juga
mengenali beliau. Meskipun tegas tetapi santai sahaja berguru denganya. Ada
ketika,saya berasa sungguh berputus asa. Pernah menangis kerana takut tak mampu
selesaikan ebook ini.
Sepanjang proses
menulis, saya belajar banyak perkara terutama perancangan sebelum menulis.
Sememangnya wajib ada perancangan, jika tidak terbabas dan merapu. Semasa
menulis pula, beliau sentiasa menegaskan tentang disiplin masa untuk menyiapkan
tugas masing-masing. Adakala terleka,beliau akan ingatkan. Sungguh teratur dan
seronok belajar secara ini. Sekurangnya mendidik diri untuk fokus dengan apa
yang ditulis dan diutamakan.
Pada mulanya,ingatkan
susah dan tertekan. Risau tidak dapat habiskan permulaan ini. Namun,berkat
ketekutan dan panduan, insya-Allah yang sukar dipermudahkan.
Apa yang seronoknya
menyertai kelas ebook ini,bukan sahaja belajar menulis malah diberi nota dan
panduan penting tentang cara untuk membuat penyuntingan daripada Puan Hifzaila
Hafni. Selama ini,tak terlintas pun hal ini. Bonus juga untuk belajar ilmu
baru.
Bukan itu sahaja,bahkan
sudah pandai untuk mencipta kaver sendiri oleh Puan Begum Irdawati. Seronok
pula rasanya dengan pelbagai ilmu yang telah diberi.
Sejujurnya saya amat
teruja dengan kelas ini,lengkap dengan pelbagai ilmu yang sungguh berguna untuk
dijadikan panduan. Tak sabar pula mahu terbit ebook seterusnya jika ada umur
panjang. Doakan saya.
Syukur. Akhir
kalam,terima kasih buat semua tenaga pengajar. Tanpa kalian,siapalah saya ini
untuk belajar dan terus belajar. Saya amat menghargainya. Tak terasa nilai yang
dilaburkan dengan apa yang saya dapat hari ini. Sungguh luar biasa sekali.
Moga semuanya
dipermudahkan dan saya menyeru kepada yang ingin mencuba kelas ini,bertindaklah
segera. Jangan tunggu lagi. Tak rugi malah berbaloi.
Atikah Desa.
Panduan Mudah Membaca.
No comments:
Post a Comment