Alhamdulillah, ebook pertama saya ini berjaya
disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Kelas terbit ebook pertama ini adalah bimbingan daripada Puan Masayu
Ahmad. Pada awalnya, saya beranggapan kelas ini lebih memberi tumpuan kepada
penulisan dan suntingan sahaja.
Namun begitu, kami dapat belajar langkah demi
langkah untuk menyiapkan ebook pertama ini sehinggalah menghasilkan kaver ebook
sendiri. Malah di pengakhiran kelas,
kami juga dibimbing untuk mempromosikan ebook kami sendiri.
Kelas bermula dengan pemilihan tajuk dan analisa
untuk kandungan ebook yang mana ianya lebih dekat di hati masyarakat. Apabila pemilihan tajuk dibuat kami perlu
mula menulis. Menulis di buku nota, blog
dan dipindahkan ke dalam words.
Dengan
adanya group wasap dan inisiatif pembimbing sendiri yang sentiasa mengejut anak
muridnya jika ada yang terleka. Setiap
pagi cikgu akan menghantar ‘gentle reminder’ kepada kami supaya
tidak lupa dengan tugasan yang diberikan.
Ini membuatkan saya sentiasa ingat akan tugasan yang belum dilunaskan
walaupun dalam masa yang sama saya mempunyai tugasan yang lain. Selagi ebook ini tidak disiapkan, selagi itu
hati tidak akan tenang.
Kenapa
saya memilih kelas ini? Kelas terbit
ebook pertama secara online dan fleksibel adalah menjadi pilihan saya. Saya bebas berkarya walau di mana pun
berada.
Walaupun
ada masa yang ditetapkan, saya rasa tidak terbeban dengan tugasan yang
diberikan kerana ada cikgu yang sentiasa membimbing kami dan nota untuk kami
buat rujukan.
Saya
sangat mengalukan kepada orang ramai yang baru hendak belajar menerbitkan ebook
pertama ini untuk sertai kelas ini.
Sangat berbaloi kerana anda belajar dengan orang yang betul dalam
penghasilan ebook pertama.
Akhir
kata, saya amat berpuas hati dengan kelas anjuran Puan Masayu Ahmad. Semoga Puan Masayu Ahmad dan Team dalam
lindungan Allah dan dapat memberi manfaat kepada ramai orang di luar sana. Terima kasih buat Cikgu Masayu, Cikgu Begum
Irdawati dan Cikgu Hifzaila kerana tidak jemu mengajar kami.
Eko
Salina Kasman
Kelas
Terbit Ebook Jun/Julai 2020
No comments:
Post a Comment