Tuesday, July 21, 2020

Dr.Tiny Azleen Yahaya The Power of TINY




Allah temukan saya dengan kelas Tulis & Terbit Ebook ini pada saat saya memang sedang mencari kaedah membuat kaver ebook.

Apabila Puan Begum menguar-uarkan kelas ini, terus saya ‘sign-up’ dengan harapan dapat tanya Begum bagaimana dia boleh buat kaver yang maha cantiknya itu.

Saya nak sangat belajar cara membuat kaver e-book kerana kebanyakan manuskrip saya, tergantung sepi pada kaver yang tak siap. Bahagian itu saya gagal total!

Apabila menyertai kelas ini, rupanya siap ada pakej siapkan e-book dalam masa 30 hari. Bukan sahaja siapkan bahan lengkap dengan diajar suntingan, turut diajar adalah teknik dan cara untuk siapkan e-book sehingga boleh jual. Subhanallah. Ini hebat.

Tetapi yang paling saya suka adalah diajar buat kaver dan mock-up kaver. Subhanallah. Inilah tujuan utama saya sertai kelas ini dan saya sudahpun perolehi apa yang saya mahukan. Alhamdulillah.

Namun, yang paling saya kagumi dalam kelas ini adalah kesungguhan Puan Masayu yang setiap hari follow-up tugasan tanpa jemu. Naik malu saya sebab terhenti tugasan yang dilakukan kerana memberi keutamaan untuk menguruskan tugasan lainnya.

Lama saya tidak sentuh blog peribadi yang wujud sejak tahun 2008. Agaknya sudah bersawang. Tetapi apabila diajar untuk mula menulis dalam blog, sungguh, ianya satu keseronokan mengimbau kisah lama ketika aktif di blog dahulu.

Pada mulanya saya bersemangat mahu siapkan ebook yang saya ambil isinya daripada modul yang telah siap. Tetapi lama-kelamaan kerana masa yang menghimpit dan tugasan lain yang lebih dijadikan keutamaan, tugasan ini mula saya abaikan. Maafkan saya sekali lagi, Puan Guru yang baik budi.

Bertambah merundum mood saya apabila diberi tugasan buat kaver. Sumpah saya sedih melihat kaver saya yang tak cantik. Keras sungguh tangan saya dan ilham saya pada yang namanya lukisan ini. Termasuk lukisan kaver ebook. Melihatkan hasil kaver orang lain yang sangat ‘awesome’, saya rasa terkebelakang sangat. Sedih. Sungguh. Cemburu dengan bakat orang yang pandai design ini. Alhamdulillah. Didoakan Allah anugerahkan ilham yang lebih hebat dan ilmu yang lebih bermanfaat untuk mereka manfaatkan ke arah kebaikan. Amin.

Menghampiri tarikh tamat, buatkan saya semakin kurang bersemangat untuk siapkan tugasan. Saya akur dengan kelemahan diri. Apatah lagi melihat senarai peratusan siap tgasan peserta yang dimaklumkan oleh ibu guru, buat saya tersenyum sendiri. Tidak mengapalah apabila sekali ini jadi murid tercorot (saya memujuk hati sendiri. Hihihihi).

Kesimpulannya, kelas ini amat bermanfaat terutamanya kepada mereka yang ada bahan untuk menulis Tetapi tersangkut dalam angan dan impian. Tidak berhasil untuk keluarkan sebagai manuskrip mentah. Inilah ruang dan peluangnya. Bagi merealisasikan tulisan menjadi bahan yang boleh dijual dan disebarkan manfaatnya. Melalui ebook.

Puan Masayu menyusun dan memantau tugasan bermula hari pertama kelas sehingga naskah tersebut boleh dijual genap 30 hari selepas hari pertama pendaftaran. Sungguh, saya kagum benar.

Puan Begum pula mengajar cara penghasilan kaver dan mock-up. Mudah  rupanya. Dan paling penting, saya tahu siapa boleh saya tuju untuk hasilkan kaver manuskrip saya.

Puan Hifzaila, guru tatabahasa yang bagus dan tegas. Takut betul saya nak tulis komen, takut diperbetulkan susunan ayat dan pengunaan tanda.

Pakej kelas termasuk guru bertiga ini sungguh lengkap dan padu. Harga yuran yang sangat berpatutan malah di bawah kategori harga rendah dengan ilmu 30 hari yang diajarkan (dan dipantau rapi).

Saya rekemen kelas ini kepada sesiapa yang mahu hasilkan ebook modul dan yang baru berjinak dengan dunia penulisan. Bagi mereka yang inginkan manuskrip mentah siap dan boleh dijual, inilah kelasnya, inilah para pembimbingnya. Kelas Tulis & Terbit E-book ini datang dengan pakej lengkap. Berbaloi-baloi.

Dr.Tiny Azleen Yahaya.


No comments:

Post a Comment