Thursday, November 29, 2018

Mazlina Omar


Assalamualaikum sidang pembaca sekalian,
Saya mengenali wanita ini hanya melalui nama, “Masayu Ahmad” ketika diri ini mentah lagi tentang dunia maya. Ketika itu sekitar Februari, 2013. Waktu itu saya teragak-agak untuk membeli ebook Jana Wang Dari Rumah kerana tiada nafsu untuk berniaga dan apatah lagi bekerja dari rumah. Tiada keyakinan dalam diri, walaupun setiap kali menerima emel atau newsletter yang dihantar Kak Mas cukup kuat meyakinkan bahawa setiap wanita boleh melakukan kerja hanya dari rumah.

Januari 2016 saya terjumpa laman blog Cikgu Anysidayu yang mengajar wanita menulis dalam blog. Saya beritahu suami sekadar suka-suka dan alangkah terkejut, suami mendaftarkan bagi pihak saya. Lagi sekali saya berkenalan dengan nama “Masayu Ahmad”. Rupanya sosok inilah pelopor Akademi Bekerja Dari Rumah. Saya belajar dan mula seronok menulis dalam blog. Hasil penulisan blog telah membawa saya secara tidak sengaja ke perniagaan tuisyen online. Rata-rata ibu bapa dari pelbagai pelusuk negeri mula menhantar whatsapp, add facebook personal dan menghantar emel. Saya mula dikenali. Ramai ibu bapa sudah mula menyukai cara saya yang begitu membantu mereka mengajar anak di rumah. Tanpa saya sedari, saya telah mula bekerja dari rumah. Jika tahun 2016, saya perlu bekerja 5 hari seminggu, bermula jam 11 pagi hingga malam, keluar dari rumah untuk mengajar di pusat tuisyen saya, kini pada tahun 2017 saya hanya keluar mengajar pada hari Isnin dan
Selasa, 5 petang hingga 9:30 malam, dan Jumaat pula dari jam 8:00 pagi hingga 7:00 malam.

Berbeza kan? Bilangan dan tempoh mengajar di luar kian berkurangan kerana saya mula bekerja dari rumah. Lebih bersyukur, pendapatan perniagan meningkat 100%.
26 September 2017, suami menghulurkan RM 300 sebagai hadiah hari lahir ke 35, meminta saya mendaftarkan diri dalam Kelas E-book Kak Mas. Pada mulanya saya agak keberatan kerana bimbang tiada masa untuk memberi tumpuan terhadap kelas ebook tersebut memandangkan tugas mengajar dan aktiviti gempur menghadapi Peperiksaan PT3 dan Peperiksaan Akhir Tahun masih belum usai. Tetapi, membalas penghargaan dari suami tercinta maka saya gagah dan teruskan.

Sesungguhnya, saya amat tidak menyangka bahawa kelas penulisan ebook sangat menghairahkan saya untuk terus menabur bakti dalam pendidikan. Kak Mas mengajar saya dan rakan-rakan lain tentang teknik memilih tajuk dan bagaimana membuat pembahagian bab. Setiap pagi, beliau akan gerak dan kejutkan kami dengan tugas harian. Saya langsung tidak gentar, sebaliknya diri ini berjaya menulis dengan rasa ikhlas. Sesekali ketika menaip mengalir airmata, bahawa sesungguhnya saya gembira menerima ilmu ini. Keyakinan juga semakin membuak-buak. Kak Mas bukan sahaja berkongsi ilmu menulis seperti seorang profesional, malah beliau juga berjaya memotivasikan saya, seorang ibu yang sibuk dengan tugasan hakiki untuk terus bertindak dan jalan terus. Positif bukan kepalang wanita bernama Masayu Ahmad ini.

Saya nekad untuk meneruskan lagi Kelas Tulis dan Terbit E-book Edisi Online pada sesi Disember, bagi melatih diri dan belajar lagi dalam bidang penulisan ini kerana saya yakin ilmu setakat satu kelas sahaja tidak cukup. Saya yakin banyak lagi ilmu yang perlu dikorek daripada Kak Mas. Kelas lanjutan sebegini tidak tergambar informasinya. Jika dibandingkan dengan kelas lain yang pernah saya hadiri, yuran dikenakan ialah RM 500 dan biasanya dijalankan dalam tempoh 2-3 hari sahaja.


No comments:

Post a Comment