Thursday, November 29, 2018

Mengurus Staf Gaya Eksekutif - Marosidah Mior Ismail


Sejujurnya memang sudah lama saya ingin menitipkan pengalaman saya ini ke dalam sebuah buku namun saya tidak tahu bagaimana. Ditambah lagi apabila saya melihat ramai orang yang menghadapi masalah dengan staf, tidak kira yang baru menjadi eksekutif mahupun yang sudah lama mempunyai staf.

Percaturan saya berguru dengan Puan Masayu ternyata sangat berbaloi. Saya pun tidak tahu entah mengapa tiba-tiba sahaja saya mengambil keputusan untuk mengikuti kelas ini. Segalanya berlaku begitu pantas. Tahu-tahu sahaja saya telah membuat pembayaran untuk yuran saya kemudian terus dimasukkan untuk mengikuti kelas.

                        

Alhamdulillah, segalanya berjalan begitu lancar walaupun pada mulanya rasa agak kekok untuk mengarang. Biasalah kita ni, mengarang pun waktu di sekolah sahaja. Selepas itu tidak diasah lagi kemahiran mengarang itu. Namun dengan tunjuk ajar dan panduan dari Puan Masayu, segalanya nampak mudah. Lebih mudah lagi apabila saya sudah mendapat rentak dan identiti penulisan saya.

Puan Masayu sangat membantu dan tidak membiarkan kami terkontang-kanting keseorangan. Memang sangat seronok mengikuti kelasnya. 

                   

Akhirnya pengalaman saya dalam menyelia staf sebagai seorang Eksekutif Kimia sehinggalah menjadi Eksekutif Senior Kimia dapat saya kumpulkan di dalam naskhah buku ini. Ada juga saya selitkan pengalaman saya selama bernaung di bawah 4 orang bos saya di mana salah seorangnya adalah seorang ekspatriat dan pakar dalam bidang industri syarikat saya bekerja itu kerana saya banyak belajar daripada mereka.


Apa yang lebih seronok lagi di sepanjang penulisan naskhah ini adalah ia membangkitkan semula momen-momen indah dan momen-momen jatuh bangun saya bersama staf di mana ianya sekarang menjadi memori indah bagi saya. Terima kasih Allah, terima kasih Puan Masayu kerana memberikan peluang ini. Terima kasih juga atas tips-tips yg diberikan.


Pada saya, semua orang mempunyai kisah yang patut dititipkan menjadi sebuah buku. Dan jika anda ingin menitipkannya kepada sebuah buku, Puan Masayulah yang patut anda cari. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi untuk Puan Masayu.  Semoga tidak jemu untuk memberikan tunjuk ajar dan panduan. Semoga sentiasa di bawah rahmat Allah. Amin! 

No comments:

Post a Comment