Email: pn.masayu@gmail.com
www.masayuahmad.com
Apa yang akan dipelajari?1. Tulis Dan Terbit Ebook Pertama
2. Langkah Demi Langkah
3. Strategi Jualan Ebook
Siapa boleh belajar.
1. Mempunyai bank idea terkumpul di blog, mahu terbitkan sebagai ebook.
2. Menerbitkan ebook sebagai modul kelas online dan offline
3. Tulis dan terbit ebook sebagai pendapatan aktif dan pasif.
4. Menjadikan ebook sebagai proposal untuk terbit buku fizikal pertama.
Apa kata mereka yang sudah menyertai kelas ini?
Untuk mendaftar hubungi 011-32135734
Email: pn.masayu@gmail.com
Alhamdulillah.
Kelas Tulis dan Terbit Ebook Edisi Online amat membantu saya dalam menghasilkan naskah ebook yang betul-betul berkualiti. Sebelum ini saya pernah cuba menghasilkan ebook berkenaan kraf Felt yang ringkas tanpa panduan yang betul. Isi tidak menarik dan penyampaian yang tidak berkesan. Disebabkan ianya terlalu susah untuk hasilkan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti menulis.
Selepas mendapat tunjuk ajar daripada Puan Masayu Ahmad dalam Kelas Tulis dan Terbit Ebook secara online, saya mampu menghasilkan Ebook yang boleh dijual. Perbincangan melalui group whatsapp secara berkumpulan dan tugasan yang diberikan memudahkan saya menulis dengan baik. Idea secara spontan dan bergerak mengikut jadual yang ditetapkan.
Yuran mungkin agak mahal, tetapi dengan penyampaian ilmu, tip dan panduan yang jelas langkah demi langkah sehingga saya boleh faham dan menulis ebook dengan begitu baik. Inspirasi daripada rakan dalam group juga membuatkan saya lebih yakin dan bersemangat untuk menyiapkan ebook.
Semoga Ebook pertama saya berjudul Panduan Bisnes Kraf Felt membuka jalan semangat untuk saya terus menulis dan menghasilkan lagi ebook yang hebat dan perlu dimiliki oleh semua. Insyaallah.
Sememangnya berbaloi bersama Puan Masayu dalam kelas Tulis dan Terbit Ebook Edisi Online jika anda ingin menjadi seorang penulis yang berjaya.
Terima Kasih Puan Masayu Ahmad.
Ikhlas,
Nurul Hidayah Harun
Kelas Tulis & Terbit Ebook Pertama
Kelas Tulis & Terbit adalah Kelas Online kelolaan Pn Masayu Ahmad yang mesra dikenali sebagai Kak Mas. Medium yang digunakan adalah hanya melalui aplikasi whatapps dan blogger.com. Pengendalian kelas yang teratur di mana kami diberi tugasan oleh Kak Mas setiap hari melalui aplikasi whatapps untuk pastikan kami kekal di dalam "time-frame" yang ditetapkan. Beliau pula akan menyemak setiap blog dan memberi ulasan dan pendapat kembali di aplikasi whatapps. Begitulah hari demi hari sehingga tamat 30 hari.
Kelas ini sesuai untuk anda yang mempunyai kemahiran untuk dikongsi dalam bentuk penerbitan online iaitu ebook. Lebih-lebih lagi jika anda sudah ada material untuk diterbitkan. Jika tiada jangan risau, Kak Mas juga ada menganjurkan Kelas Online Asas Ebook. Kelas tersebut amat membantu kita untuk bermula dari awal.
Pemberian tugasan hari demi hari, menjadikan kita berdisiplin untuk menyiapkan tugasan tepat pada waktu yang diberikan. Sebagai penulis yang baik, kita mesti mampu untuk "meet deadlines". Penyatuan semua peserta di dalam satu kumpulan whatapps memberi banyak kelebihan, antaranya perkongsian idea, pemberian pendapat dan juga rakan baru.
Kesimpulannya, kelas ini memang membantu saya dalam penerbitan ebook saya yang pertama. Penulisan bukan bidang saya tetapi dengan disiplin dan panduan dari Kak Mas saya mampu memperbaiki penulisan dan pengeluaran idea yang baik.
Terima Kasih kepada Kak Mas dan rakan-rakan satu batch - Kelas Ebook Oktober 2017 atas ilmu dan pengalaman yang berguna.
Wallahua'alam
Untuk mendaftar hubungi 011-32135734
Email: pn.masayu@gmail.com
Hari ni sudah masuk hari ke 22 kelas ebook Puan Masayu Ahmad. Saya masih lagi di dalam bab menyunting. Kelas ini agak mencabar mental sebenarnya. Kalau kalian belum masuk kelas asas blog bersama beliau, sebaiknya masuk kelas tersebut dahulu sebelum masuk kelas ebook ini kerana kelas ini agak berat.
Namun yang bagusnya Puan Masayu sangat komited dalam menjalankan kelas ini walaupun secara wassup dan rujukkan blog beliau. Saya rasa sangat terharu di atas komitmen beliau.
Saya pada asalnya hanya mengenali beliau di facebook. Setelah beberapa tahun kebelakangan ini nama beliau sering saya lihat di newsfeed facebook saya. Saya rujuk di majalah mingguan wanita berkenaan wanita ini. Oh rupanya beliau merupakan penulis tetap di majalah tersebut. Oleh itu saya yang pada asalnya tidak mengenali beliau terus tidak ragu-ragu membeli ebook beliau iaitu Yeay Mama sudah Resign. Dari situ saya banyak mendapat inspirasi tentang kebenaran bekerja dari rumah boleh menjana pendapatan juga sebenarnya. Tapi dengan satu syarat iaitu mesti komited!
Melihatkan perkongsian rakan-rakan dalam ebook tersebut membuatkan hati saya tersentap. Rupanya ramai lagi wanita yang mempunyai Ijazah akhirnya berhenti kerja dan bekerja dari rumah sahaja. Saya merasa terkesan di situ kerana selama ini saya sering menyalahkan diri sendiri kerana betapa ruginya saya berhenti kerja dahulu lebih-lebih lagi dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang.
Sejak itu saya mula nekad bahawa saya mesti terus pandang ke depan dan tidak akan menoleh belakang lagi. Sejak bisnes saya yang pertama jatuh, dua tahun yang lepas. Alhamdulillah hari ini saya bangkit semula. Saya juga bangga dengan diri sendiri. Walaupun usaha saya sangat kecil berbanding dengan orang lain namun sekurang-kurangnya saya mampu memberi manfaat untuk anak-anak,keluarga dan rakan-rakan sekeliling yang memerlukan khususnya dalam bab seronok belajar untuk anak-anak.
Penulisan ebook saya yang bertajuk Anak Seronok Belajar di bawah seliaan Puan Masayu Ahmad ini adalah ebook sulung saya. Semoga hasil dari kelas pertama bersama Puan Masayu ini, saya mampu mengorak langkah menulis ebook yang seterusnya dan mampu memberi sedikit perkongsian untuk ibu-ibu diluar sana.
Terima kasih Puan Masayu Ahmad. Budimu dan jasamu tak terbalas!
Semoga terus kekal komited dalam menabur bakti kepada anak bangsa seterusnya memartabatkan suri rumah bekerja dari rumah ke peringkat antarabangsa! Insyaallah.
Ikhlas,
PN CHE HASNIDA HAMID
Realisasikan Impian Anda Dalam 'Kelas Tulis Dan Terbit Ebook Pertama'
Dalam buku Mendorong Diri Sendiri tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. ada menulis "Kajian-kajian oleh pakar psikologi mengesahkan orang-orang yang kreatif sudah menunjukkan sifat rajin bekerja sejak mereka masih kecil-kecil lagi."
Kelas Tulis & Terbit Ebook Pertama di bawah naungan Puan Masayu Ahmad adalah kelas atas talian (online) yang menggunakan teknik KJ-Method (Kawakita Jiro) untuk mula menulis dengan memfokuskan lima bab pertama dengan kemudahan menulis dari mana-mana bab. Menarik bukan? Ini kelebihan KJ-Method yang mesti kita pelajari. Inisiatif Puan Masayu yang juga penulis ebook popular Jana RM Dari Rumah ini sangat teratur dari awal hingga akhir sesi penulisan yang biasanya mengambil masa 30 hari untuk diselesaikan. Penulis wajib menyediakan satu 'buku nota' khas sebaik sahaja analisa tajuk selesai di antara bakal penulis dan mentor.
Kelas ini mengingatkan saya kepada buah tangan Nimoiz T Y bertajuk Menjadi Penulis Jutawan. Sekiranya mahu pandangan peribadi saya melihat kelas ini sebagai 'petak mula ke planet penulisan' bagi mereka yang bercita-cita menjadi penulis. Sekarang kita sudah tidak boleh dipisahkan dengan dunia maya. Seiring dengan perkembangan teknologi ia memudahkan kita mencari informasi dan membuat kerja melalui Internet dan gajet.
Kepada Puan Masayu yang mesra kami panggil 'Kak Mas', setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih daripada saya yang diberi peluang kali kedua untuk menyampaikan sesuatu yang ada dalam diri kepada orang lain. Saya berdoa semoga kali ini naskah akan sampai ke destinasi pembaca yang sebenar di luar sana. Biiznillah.
Seorang penyair pernah berkata:
"Ibu adalah madrasah pertama. Apabila engkau mempersiapkannya maka engkau telah mempersiapkan bangsa yang mulia."
Saya percaya mereka yang pernah mengikuti Kelas Tulis & Terbit Ebook Pertama bersama Puan Masayu akan terus menulis dan berkongsi di mana jua mereka berada. Semoga lebih ramai lagi wanita dan ibu akan berpeluang merealisasikan impian untuk menulis hanya di rumah.
Syukran Jazilan,
Puan B
Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh

Untuk mendaftar kelas online tulis dan terbit ebook
Hubungi 011-32135734
Hubungi 011-32135734
Email: pn.masayu@gmail.com
www.masayuahmad.com
Kelas Tulis dan Terbit Ebook Pertama
Sebelum Ramadhan 1438H yang lalu, saya telah bertekad untuk menulis buku bagi merekodkan semua pengalaman yang boleh dimanfaatkan sepanjang mendidik anak - anak. Kelas penulisan telah saya hadiri, namun tuntutan kerja seharian mengurus anak yang belajar sepenuhnya di rumah membuatkan saya lemah untuk mendapatkan momentum penulisan.
Alhamdulillah, doa saya yang sedang mengharapkan batu loncatan akhirnya termakbul apabila ternampak status Puan Masayu Ahmad yang membuka kelas Tulis dan Terbit Ebook Pertama. Pada mulanya saya ragu- ragu takut gagal lagi setelah kursus demi kursus disertai. Namun sangkaan saya meleset, kerana kelas ini dijalankan dengan amat terancang sekali. Setiap hari selama 30 hari, peserta dipantau dan diberikan tugasan yang jelas. Langkah demi langkah yang disusun berjaya membuat saya memaksa diri menulis setiap hari atau fokus dengan tugasan.
Bermula dari memilih tajuk, menyusun bab, menulis, menyunting, menerbit ebook dan seterusnya teknik pemasaran, semuanya diberikan bimbingan dan arahan yang jelas. Perkongsian dan pertanyaan yang dibalas mesra oleh 'Kak Mas' sentiasa memberi semangat positif dalam perjuangan menghasilkan buku pertama ini. Suami juga gembira meluangkan masa membantu menjaga anak-anak kerana teruja melihat saya (akhirnya!) berjaya fokus menghasilkan sebuah penulisan yang saya cita- citakan. Ilmu ini pasti akan saya gunakan untuk buku- buku seterusnya, insyaAllah.
Semoga usaha pasukan Akademi Bekerja Dari Rumah ini sentiasa dirahmati Allah dan diberi ganjaran terbaik di sisiNya.
Untuk mendaftar kelas online tulis dan terbit ebook
Hubungi 011-32135734
Hubungi 011-32135734
Email: pn.masayu@gmail.com
www.masayuahmad.com
No comments:
Post a Comment