Pesan Toni Morrison yang memenangi
Anugerah Pulitzer pada tahun 1988, sekiranya ada sebuah buku yang yang ingin
kita baca tetapi belum ditulis lagi, maka menjadi tanggungjawab kita untuk
menulis buku tersebut.
Bengkel Tulis dan Terbit Ebook secara
online ini merupakan bengkel terbaik bagi menghasilkan buku pertama bagi orang
yang tidak mempunyai disiplin menulis.
Puan Masayu Ahmad konsisten menggerakkan
peserta dan mengingatkan mengenai tugasan dan dateline. Beliau juga menetapkan
jadual penulisan dan apa yang perlu dibuat setiap hari. Segala rasa malas,
tiada idea, tersangkut dan writer’s block yang dihidapi ramai penulis baru mula
hilang masuk minggu kedua kelas apabila kita sudah mencapai momentum daripada
latihan menulis setiap hari selama satu jam.
Sebelum ini saya telah mengikuti banyak
kelas dan bengkel menulis dari pelbagai guru penulisan yang hebat. Kelas Tulis
dan Terbit ini merupakan kelas pelengkap bagi kelas-kelas penulisan tersebut.
Gaya Puan Masayu Ahmad yang tegas menjadikan saya komited membuat semua
tugasan.
Benarlah kata pepatah, apabila murid telah
bersedia sang guru akan muncul.
Terima kasih Puan Masayu Ahmad.
Begum Irdawati Dowlad Rahuman, Kelas Tulis
dan Terbit Oktober 2018
No comments:
Post a Comment