Selama 31 hari
kelas ini dijalankan. Alahmdulillah dengan bimbingan Kak Mas, ebook dengan 100
muka surat dapat disiapkan dalam tempoh sebulan. Ianya bukan mudah memandangkan
masing-masing mempunyai komitmen kerja sendiri berbanding pelajar, di mana
mereka fokus kepada belajar dan tiada komitmen kerja.
Bimbingan seorang
guru adalah sangat penting untuk memastikan kita di landasan yang betul. Kelas
bimbingan bagi saya adalah lebih penting berbanding kita membuatnya sendiri
kerana kita mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan
disamping isi kontennya kita tidak tahu samada betul ataupun salah.
Di samping itu,
teknik yang digunakan memudahkan pelajar untuk hanya fokus menulis tanpa perlu
memikirkan lagi perkara-perkara teknikal memandangkan ianya sudah dibukukan.
Blog khusus
disediakan untuk rujukan pelajar memudahkan ebook ini dihasilkan mengikut skema
terbaik yang diberikan. Semuanya sudah lengkap disediakan oleh Pn Masayu Ahmad.
Selain itu, segala
persoalan yang dilontarkan dijawab dengan jelas dan mudah difahami oleh para
pelajar.
Bimbingan motivasi
juga diberikan memandangkan banyak masalah kesihatan dan kekangan kerja yang
dihadapi oleh para peserta. Pengalaman yang dikongsikan saat beliau susah-payah
menyiapkan ebook nya dahulu memberikan semangat untuk kami yang tengah diuji
agar meneruskan penulisan walaupun berada di dalam tekanan yang sangat hebat.
Sesungguhnya Pn
Masayu seorang guru online yang sangat berpengalaman dan terbukti hasil
kerjanya melalui penulisannya sendiri dan anak muridnya juga berjaya melalui
bimbingannya. Saya sendiri berjaya mempromosikan syarikat saya sendiri di dalam
majalah Pa & Ma dan Mingguan Wanita dengan artikel yang saya hasilkan
sebelum ini di blog saya, syatirahshuib.blogspot.my, juga dengan bimbingan Pn
Masayu Ahmad.
Terima kasih Kak
Mas! Jasamu sentiasa dikenang dalam doaku!
Yang Benar,
Nur Syatirah Shuib
Kak Bidan Sempoi
Qulusa Therapy
Putatan, Sabah.
018-3677769
Pantangtradisional.blogspot.my
No comments:
Post a Comment