Setinggi kesyukuran dengan
rasa kehambaan padaNYA. Tiada daya dan kuasa
melainkan dariNYA.
Mendakap redhaNYA sepanjang hayat membawa saya kepada episod baru penuh makna
dalam hidup yang sementara ini.
Menulis adalah terapi yang cukup baik untuk diri saya. Menghasilkan sebuah karya yang dapat dibaca oleh kawan, adik – adik dan saudara
adalah impian sekian lama. Begitulah pula menghasilkan
karya yang mudah diakses oleh sesiapa yang memerlukan menjadi satu yang cukup signifikan buat saya.
Saya rafakkan rasa syukur
padaNYA, anak -anak mengajar saya banyak perkara. Dan mereka membuka ufuk luas untuk saya teroka dunia perkembangan manusia, baik
dari sisi perkembangan otak, tingkahlaku
dan kemampuan untuk matang. Melihat anak -anak sentiasa
member diri harapan. Harapan
bahawa akan sentiasa ada sinar.
Pada anak yang lewat
bercakap. Pada anak yang berjuang untuk membaca. Pada anak yang terkesan dengan pelbagai kesedihan dan asakan orang dewasa. Mereka
sentiasa memberi harapan pada saya. Anak-anak ini mahu
sentiasa menuju kepada kebaikan. Jatuh bangun mereka sentiasa menjadi inspirasi buat saya. Setiap lelah terasa
kepuasan. Nikmat dalam segala cabaran. Tak
dilupa buat Puan Masayu Ahmad. Kesediaan sebagai guru dan pembimbing. Pencetus
rasa agar tidak putus asa sebelum
sampai ke garisan penamat. Sebelum kelas lagi Puan Masayu begitu rajin dan bersungguh melayan segala persoalan yang saya
lontarkan.
Ungakapan terima kasih tidak
memadai untuk saya ucapkan buat Puan Masayu. Saya amat bersyukur atas lorongan
dariNYA dan terpilih belajar bersama dalam kelas Disember 2017. Bukan sekadar pengalaman yang cukup bermakna, malah penerokaan
penuh harapan.
Hanya ALLAH yang dapat
membalas jasa dan kebaikan Puan Masayu. Moga ALLAH sentiasa limpahi barakah dan rahmatNya buat puan sekeluarga.
Saya juga amat menghargai
kebersamaan rakan -rakan kelas Disember 2017. Pendapat ikhlas dan sokongan agar sama -sama
dapat sampai kepada matlamat saya rasai. Moga ebook kawan-kawan juga akan
menempa kejayaan yang kalian harapkan. Begitu banyak perkara baru saya belajar dari kalian. ALLAH jua yang member sebaik ganjaran.
Moga ada secebis manfaat yang
dapat saya sebarkan melalui ebook pertama ini.
Selamat membaca!
No comments:
Post a Comment