Wednesday, August 8, 2018

Mudahnya Bahasa Inggeris 2017 - Rozanah Zakaria

Mudahnya Bahasa Inggeris 2017

PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga saya siapkan ebook
saya yang pertama ini. Pelbagai dugaan dan rintangan saya lalui di celah-celah kesibukan
tugasan hakiki demi menyiapkan ebook sulung ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Masayu Ahmad yang sentiasa sabar
mendorong saya sehingga terbitnya ebook Mudahnya Bahasa Inggeris ini. Penghargaan ini
juga ingin saya rakamkan kepada rakan-rakan seperjuangan di dalam kelas ebook Disember
2017. Walau pada kebanyakan masa saya hanya menjadi pembaca setia di dalam kelas
berkenaan dek kesibukan tugas lain yang menghimpit, soalan-soalan serta penerangan yang
diberikan, setiap satunya saya ambil perhatian dengan teliti.

Cabaran saya yang utama dalam menyiapkan ebook ini adalah berkaitan bahasa. Saya tidak
pernah bayangkan yang saya akan menulis teknik-teknik belajar bahasa Inggeris, dalam
bahasa Melayu! Ketahuilah ia perjalanan yang amat mencabar bagi saya untuk merealisasikan
naskhah bahasa Melayu ini.

Sementelah saya telah terbiasa berfikir dalam bahasa Inggeris (anda akan tahu sebabnya
setelah anda habis membaca ebook ini), ia adalah suatu yang amat mencabar bagi saya kerana
setiap yang ingin saya tulis 'muncul' dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu di minda saya!
Namun, ada satu faktor penggerak utama yang mendorong saya 'memaksa' diri menulis ebook
ini. Ia adalah kerana pengalaman saya yang memasuki usia lebih sepuluh tahun bergelumang
dalam bidang pendidikan.

Ia berdasarkan pengalaman sendiri melihat anak-anak didik
terkapai-kapai tatkala tiada sebutir pun perkataan bahasa Inggeris yang keluar dari bibir saya
2
yang mereka fahami. Bertitik-tolak dari itulah saya merasakan ianya menjadi 'wajib' bagi saya
menyampaikan serta berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang bergelar
pendidik, dalam bahasa mudah yang boleh difahami oleh mereka yang baru hendak
'mengenali' bahasa ini.

Kini, impian saya akhirnya tercapai! Alhamdulillah Allah mengizinkan saya menyiapkan
buku kecil ini untuk manfaat anak-anak bangsa di luar sana.
Terima kasih.


No comments:

Post a Comment