Wednesday, August 8, 2018

Zaila Hafni


Berada dalam kelas Tulis dan Terbit Ebook Pertama sesi November 2017 ini sememangnya memberi pengalaman baru pada saya. Jika sebelum ini, saya hanya merancang mahu menghasilkan sebuah ebook tetapi saya kurang pasti caranya dan kurang jelas matlamat mahu menyiapkannya.

Akhirnya, terlaksana dalam waktu yang tidak saya jangka dan biarpun saya fikir saya belum b ersedia, namun saya tetap percaya perancangan Allah jua yang terbaik.

Diselia dan dibimbing oleh penulis berpengalaman seperti Puan Masayu Ahmad (Kak  Mas), kelas ini amat sesuai bagi mereka yang tiada pengalaman menulis atau penulis baharu yang ingin mencuba menerbitkan ebook. Panduan diberi langkah demi langkah mengikut tugasan harian. Setiap tugasan akan dipantau hingga akhirnya siap ebook masing-masing.

Menghasilkan ebook dalam tempoh 30 hari adalah tidak mustahil. Anda akan didedahkan cara dan strategi untuk hasilkannya melalui modul kelas yang dijalankan secara online ini.

Terima kasih Kak Mas dan rakan-rakan yang banyak membantu dan menyokong antara satu sama lain hingga terhasilnya ebook pertama saya.  

No comments:

Post a Comment