Sebenarnya, saya sertai kelas ini dengan penuh tidak yakin. Samada mampu atau tidak siapkan tugasan dan hasilkan ebook dalam masa yang singkat. Buat 50 entri dalam masa 10 hari, siapkan manuskrip lengkap dalam masa 20 hari, dan beberapa tugasan lain. Nampak macam mustahil bagi saya.
Namun, apabila sertai, berada dalam kumpulan whatsApp, dipantau oleh Kak Mas, ada kawan-kawan penulis yang turut sama ketar tangan menulis, rupanya kami mampu. Mampu bila berada dalam 'circle' yang betul. Mampu bila dipantau ketat. Mampu bila ada SOP yang tepat. Dan ada visi yang hebat,
Kak Mas akan pantau, bantu, beri galakkan dan peringatan setiap hari. Nota Kak Mas begitu mudah difahami. Pengalaman bertahun-tahun hasilkan pelbagai jenis ebook, dan pengalaman sebagai penulis majalah digunapakai oleh Kak Mas untuk bantu kami turut bergerak laju.
Sertai kelas ebook ini, anda tidak akan menyesal. Ia pengalaman hebat. Dan satu permulaan untuk hasilkan ebook demi ebook. Sertai dan hasilkan ebook pertama anda dengan penuh gaya.
Ikhlas,
Natrah Mohamed
Natrah Mohamed
No comments:
Post a Comment