Wednesday, May 1, 2019

Diari Ibu Sambung Belajar - Yusmazida Mohd Yusoff



Ulasan Kelas Ebook


Kelas tulis dan terbit ebook yang dikelolakan oleh Puan Masayu Ahmad ternyata amat berbaloi. Pertama, kami diberi cadangan yang sangat bernas oleh beliau melalui beberapa soalan analisa. Ia adalah langkah paling penting sebelum judul dan bab ebook dikeluarkan. Penulisan menjadi lebih mudah kerana kita sudah mempunyai kerangka secara keseluruhan.

Ternyata kelas ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Melaluinya, saya belajar bagaimana menyusun idea dan arah tuju penulisan nampak semakin jelas. Bertitik tolak dari bab yang dicadangkan, ia akan berkembang untuk penulisan seterusnya, tidak berhenti di situ sahaja. Jika dulu, saya menulis seperti kura-kura. Sekarang sudah mampu berlari seperti arnab.

Selain itu, disebabkan kelas ini berlangsung secara online, ia lebih fleksibel dan saya bebas berkarya tidak kira waktu dan tempat. Kami dikumpulkan dalam satu kumpulan dan cuba mengenali antara satu sama lain. Mereka datangnya dari pelbagai latarbelakang. Ada yang memegang jawatan pensyarah, ahli perniagaan, peguam, ahli perniagaan, surirumah yang berkerjaya dan tak kurang juga pelajar. Sudah semestinya, setiap dari mereka mempunyai kisah dan kepakaran tersendiri. Dunia jadi luas kerananya. Kami belajar bersama-sama. Yang laju di hadapan terus memberi inspirasi pada yang lain. Yang tercicir pula, dibantu dan diberi sokongan moral.



Tambahan pula, ketegasan dalam kelembutan yang dipamerkan Puan Masayu juga wajar dipuji kerana akhirnya, penulisan ebook dapat direalisasikan hasil didikan ini. Saya kira kelas ebook ini adalah pelaburan yang tidak sia-sia.  Kalau kita benar-benar mahukan sesuatu ilmu, berusahalah ke arah itu. Begitu juga untuk dapatkan guru yang betul. Berusahalah dan carilah mereka ini. Puan Masayu adalah salah seorangnya.

Akhir sekali, bila kita berguru, caranya lain dan ternyata lebih efektif. Setiap daripada kita mempunyai bidang kepakaran tersendiri. Tak kurang juga pengalaman diri yang unik. Sekiranya ia tidak cepat-cepat ditulis, bimbang ia berlalu begitu sahaja seiring dengan penambahan usia yang memungkinkan ingatan akan terpadam sedikit demi sedikit. Sedangkan, setiap pengalaman kita boleh dijadikan pedoman kepada pembaca di luar sana. Yang pasti, ia juga pahala yang tetap mengalir sekiranya jasad sudah bercerai dari badan.

Semoga Puan Masayu sentiasa dalam lindungan Allah dan dapat membimbing lebih ramai orang untuk mula menulis dan menghasilkan ebook.  Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.

Ikhlas,
Yusmazida Mohd Yusoff
(Penulis Ebook Diari Ibu Sambung Belajar)



No comments:

Post a Comment