Thursday, June 20, 2019

Sedingin Salju Texas - Ume Ismail


Ulasan Kelas Ebook





Bismillah walhamdulillah.

Pertama kali bercadang untuk mendaftar kelas dalam talian, belajar bagaimana cara yang betul menulis dan menerbitkan ebook saya tidak menyangka ia suatu kursus yang agak intensif. Ya, saya mendaftar kursus ini yang kebetulan berlangsung selama 30 hari sepanjang bulan di bulan Ramadan.

Bulan puasa yang sudah lengkap dengan aktivitinya sendiri menjadikan saya agak kelam kabut pada peringkat awal. Latihan menulis 5 entri setiap hari terasa sangat sukar, apa lagi bila kebuntuan idea. Namun dengan gesaan dan motivasi Puan Guru Masayu Ahmad yang gigih memantau dan menghantar peringatan demi peringatan tentang tugasan yang perlu disiapkan setiap hari menjadikan saya terus melangkah, terkadang berlari dan ada masanya hanya sekadar merangkak. 

Namun tetap saya teruskan jua bergerak ke hadapan mencapai KPI tugasan harian.

Apabila berjaya memasukkan 50 entri ke dalam blog, saya makin teruja untuk melihat ebook ini menjadi kenyataan. Pada peringkat ini kaedah KJ method yang diperkenalkan banyak membantu saya untuk terus menulis dari mana-mana bab pilihan dan menyiapkannya dalam jangka masa yang ditetapkan.

Satu demi satu langkah seterusnya diterangkan dengan jelas di dalam ebook rujukan sehinggalah saya berjaya mencipta kaver 3D untuk ebook saya sendiri. Puan Masayu juga tidak lokek berkongsi ilmu dan bersedia menjawab setiap kemusykilan yang dikemukakan.



Sudah tentu dari segi penulisan ebook saya "Sedingin Salju Texas" masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. InsyaAllah dari semasa ke semasa ebook ini akan dikemaskini sehingga layak untuk diterbitkan dalam bentuk fizikal yang boleh anda pegang di tangan.

Sebenarnya saya pernah menghasilkan mini ebook sendiri menggunakan perisian Power Point Presentation sebelum ini. Namun, bila belajar dengan berguru baharulah saya sedar betapa masih banyak ilmu berkaitan yang masih belum dikuasai.

Sungguh perjalanan menghasilkan ebook ini sangat menyeronokkan bagi saya. Sudah pasti saya akan cadangkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari bagaimana menulis dan menerbitkan ebook supaya mendaftarkan diri sebagai pelajar Puan Guru Masayu Ahmad. Boleh rujuk fb Masayu BengkelEbook.

Namun jika anda tidak mahu mengikuti kelas tetapi masih ingin menghasilkan ebook silalah hubungi saya untuk berbincang tentang projek ebook anda yang akan datang.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya tentang kelas ebook dalam talian.