Ulasan Kelas
Ebook
Kelas tulis dan terbit ebook yang dikelolakan oleh Puan
Masayu Ahmad ternyata amat berbaloi. Pertama, kami diberi cadangan yang sangat
bernas oleh beliau melalui beberapa soalan analisa. Ia adalah langkah paling
penting sebelum judul dan bab ebook dikeluarkan. Penulisan menjadi lebih mudah kerana
kita sudah mempunyai kerangka secara keseluruhan.
Ternyata kelas ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Melaluinya,
saya belajar bagaimana menyusun idea dan arah tuju penulisan nampak semakin
jelas. Bertitik tolak dari bab yang dicadangkan, ia akan berkembang untuk
penulisan seterusnya, tidak berhenti di situ sahaja. Jika dulu, saya menulis seperti
kura-kura. Sekarang sudah mampu berlari seperti arnab.
Selain itu, disebabkan kelas ini berlangsung secara
online, ia lebih fleksibel dan saya bebas berkarya tidak kira waktu dan tempat.
Kami dikumpulkan dalam satu kumpulan dan cuba mengenali antara satu sama lain. Mereka
datangnya dari pelbagai latarbelakang. Ada yang memegang jawatan pensyarah,
ahli perniagaan, peguam, ahli perniagaan, surirumah yang berkerjaya dan tak
kurang juga pelajar. Sudah semestinya, setiap dari mereka mempunyai kisah dan
kepakaran tersendiri. Dunia jadi luas kerananya. Kami belajar bersama-sama. Yang
laju di hadapan terus memberi inspirasi pada yang lain. Yang tercicir pula,
dibantu dan diberi sokongan moral.
Tambahan pula, ketegasan dalam kelembutan yang dipamerkan
Puan Masayu juga wajar dipuji kerana akhirnya, penulisan ebook dapat
direalisasikan hasil didikan ini. Saya kira kelas ebook ini adalah pelaburan
yang tidak sia-sia. Kalau kita
benar-benar mahukan sesuatu ilmu, berusahalah ke arah itu. Begitu juga untuk
dapatkan guru yang betul. Berusahalah dan carilah mereka ini. Puan Masayu
adalah salah seorangnya.
Akhir sekali, bila kita berguru, caranya lain dan
ternyata lebih efektif. Setiap daripada kita mempunyai bidang kepakaran
tersendiri. Tak kurang juga pengalaman diri yang unik. Sekiranya ia tidak
cepat-cepat ditulis, bimbang ia berlalu begitu sahaja seiring dengan penambahan
usia yang memungkinkan ingatan akan terpadam sedikit demi sedikit. Sedangkan,
setiap pengalaman kita boleh dijadikan pedoman kepada pembaca di luar sana. Yang
pasti, ia juga pahala yang tetap mengalir sekiranya jasad sudah bercerai dari
badan.
Semoga Puan Masayu sentiasa dalam lindungan Allah dan dapat
membimbing lebih ramai orang untuk mula menulis dan menghasilkan ebook. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.
Ikhlas,
Yusmazida Mohd Yusoff
(Penulis Ebook Diari Ibu Sambung Belajar)