Sunday, December 23, 2018

Kuasai Asas Suntingan - Hifzaila Hafni



10 sebab untuk sertai Kelas Tulis dan Terbit E-book


Hifzaila Hafni, E-book Kuasai Asas Suntingan, Sesi Disember 2018



1)   Pengajar yang berpengalaman luas
Pengajar kelas ini ialah Puan Masayu Ahmad, bekas wartawan majalah Karangkraf dan penulis buku Jana RM Di Rumah. Turut menulis lebih daripada 10 e-book berkaitan berbisnes di rumah. Belajar kemahiran menulis cara wartawan.


2)   Persediaan awal sebelum kelas bermula

Peserta diberi senarai tugasan seminggu sebelum kelas bermula, jadi peserta akan lebih bersedia untuk ‘merempit’. Bermula hari pertama setiap bulan, peserta perlu terus memecut menulis laju.


3)   Setiap tugasan dibimbing hingga faham, disemak setiap hari

Tugasan diberi mengikut hari. Setiap peserta perlu menepati KPI harian. Pengajar akan menyemak tugasan setiap peserta setiap hari dan berikan komen untuk penambahbaikan.


4)   Masa fleksibel

Peserta boleh akses nota bila-bila masa. Nota diberikan dalam private blog e-book, grup WhatsApp dan bentuk pdf untuk mudahkan rujukan.


5)     Sokongan padu

Yang laju menulis beri semangat, sokongan dan dorongan kepada yang perlahan. Matlamatnya biar sama-sama selesai e-book masing-masing menjelang akhir kelas.


6)   Panduan langkah demi langkah mengikut fasa

Kelas terbahagi kepada 3 fasa iaitu 10 hari pertama, kedua dan ketiga. Mengumpul bahan, suntingan, pemurnian, langkah promosi. Belajar strategi menulis laju.


7)   Diberi 3 ebook bonus

Setiap peserta akan diberi 3 e-book bonus yang bernilai hampir RM100.


8)   Peluang terus jual sejurus selesai tulis ebook

E-book yang telah siap boleh terus dijual dan mula menjana pendapatan.


9)   Pemasaran e-book

Peserta turut didedahkan dengan langkah promosi awal memasarkan e-book, serta Do and Don’ts dalam memperkenal dan menjual e-book masing-masing.


10) Meluaskan jaringan

Dapat berkawan dan berkenalan dengan penulis daripada pelbagai latar belakang dan bisnes yang dijalankan. Besarkan jaringan kenalan serata negara.




Saturday, December 22, 2018

Ibrah Sukses - Noor Azurah Anuar


Assalamualaikum Puan Masayu. 

Berikut adalah ulasan saya untuk kelas ini. 

********
Saya mengenali nama Masayu Ahmad dari Facebook. Mengikuti beliau dengan rapat agak lama dan suatu hari saya ternampak iklan Kelas Tulis dan Terbit Ebook Edisi Online di facebook beliau. 

Idea menulis memang ada sudah lama. Saya hanya perlukan sedikit suntikan semangat dan juga panduan untuk merealisasikannya. Melalui komen sahabat-sahabat yang pernah mengikui kelas beliau yang lain, saya pun menghubungi beliau untuk menadah ilmu dari seorang guru. 

Kelas pertama saya adalah semasa saya menulis ebook pertama iaitu, Asas Bisnes Young Living. Jadual saya sangat padat kerana bulan itu saya sepatutnya ke luar negara sebanyak dua kali. Namun, dalam kepadatan masa tersebut, kelas tulis dan terbit ebook kelolaan Puan Masayu Ahmad berjaya diikuti. 

Saya sukakan kelas ini kerana cara beliau mengendalikan kelas sangat santai tetapi tegas. Misi dan visi sangat jelas sepanjang kelas jadi setiap usaha nampak hasilnya. Tempoh masa untuk setiap tugasan diberi sedang elok sahaja dan mudah untuk diselesaikan mengikut kelajuan individu. Tidak rasa keciciran walaupun ada yang laju dan ada yang perlahan. 

Puan Masayu banyak memberikan idea dan input penulisan. Selain itu, kami juga belajar asas suntingan, penghasilan cover sehinggalah cara untuk memasarkan ebook yang telah disiapkan. 

Yuran yang dikenakan sangat berpatutan sesuai dengan ilmu dan masa yang dicurahkan kepada saya. Kelas ini sangat menarik dan kena dengan jiwa saya yang Saya menyertai kelas ini sekali lagi sebagai refresher dan juga untuk memperbaiki hasil kerja saya. Maka terhasillah ebook "Ibrah Sukses" ini pula. 

Kelas ini sangat berbaloi dan sesuai disertai oleh semua orang tidak kira peringkat umur ataupun kemampuan menulis. 

****

Terima kasih sekalung budi. 





Tuesday, December 18, 2018

Menemui Camelia di Tanah Lincoln - Amna Sofea






Allahuma solli aala Muhammad ❤

Saya menyertai kelas e-book kelolaan puan dengan satu doa dan harapan. Saya mahu memegang buku hasil karya sendiri sebelum 2018 melabuhkan tirai.

10 hari pertama yang buat otak saya berasap. Kali ini saya benar-benar 'memaksa' diri. Tulis saja tanpa henti-henti. Saya benar-benar fokus.

Gaya latih tubi, dorongan dan asakan puan buat saya melakukan kerja penulisan dengan pantas.

Saya sukakan nota-nota kelas yang disertakan. Nota-nota ini banyak membantu kerja penulisan. 

Saya sujud syukur sebaik meletakkan noktah terakhir di Kisah 50 -  Menemui Camellia di Tanah Lincoln. 

Tidak pernah menyangka saya  berjaya menulis lima bab utama yang mempunyai 10 topik di dalam setiap satu bab. Dalam masa sepantas 10 hari. 

Fasa pemurnian membuatkan saya menggaru kepala sendiri. Pening melihat calitan dakwat merah mewarnai manuskrip. Saya bersikap tegas pada diri sendiri. Saya baca dan baca manuskrip hingga rasa mata hampir juling! 

Buku ebook tata bahasa sangat-sangat membantu sewaktu kerja pemurnian karya. Sekarang saya lebih memahami berat dan rumitnya kerja seorang editor.

Saya sangat menyukai saranan puan agar menulis di waktu alpha. Saya memilih membuat kerja penulisan sebelum masuk waktu solat Subuh - Subhanallah. 

Luar biasa.

Terima kasih puan atas ilmu mahal ini. Saya doakan moga limpahan rezeki, rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa meneduhi kehidupan puan sekeluarga.

Secara keseluruhan saya sangat-sangat berpuas hati dengan kelas e-book ini.

Rosmieza @Amna Sofea
Menemui Camellia di Tanah Lincoln

Menanam Rutin Al Quran - Siti Azimah