10 sebab untuk sertai Kelas Tulis dan Terbit E-book
Hifzaila Hafni, E-book Kuasai Asas Suntingan, Sesi Disember 2018
1) Pengajar yang berpengalaman
luas
Pengajar kelas ini ialah Puan Masayu Ahmad, bekas wartawan majalah
Karangkraf dan penulis buku Jana RM Di Rumah. Turut menulis lebih daripada 10
e-book berkaitan berbisnes di rumah. Belajar kemahiran menulis cara wartawan.
2) Persediaan awal sebelum kelas
bermula
Peserta diberi senarai tugasan seminggu sebelum kelas bermula,
jadi peserta akan lebih bersedia untuk ‘merempit’. Bermula hari pertama setiap
bulan, peserta perlu terus memecut menulis laju.
3) Setiap tugasan dibimbing
hingga faham, disemak setiap hari
Tugasan diberi mengikut hari. Setiap peserta perlu menepati KPI
harian. Pengajar akan menyemak tugasan setiap peserta setiap hari dan berikan
komen untuk penambahbaikan.
4) Masa fleksibel
Peserta boleh akses nota bila-bila masa. Nota diberikan dalam
private blog e-book, grup WhatsApp dan bentuk pdf untuk mudahkan rujukan.
5) Sokongan padu
Yang laju menulis beri semangat, sokongan dan dorongan kepada yang
perlahan. Matlamatnya biar sama-sama selesai e-book masing-masing menjelang
akhir kelas.
6) Panduan langkah demi langkah
mengikut fasa
Kelas terbahagi kepada 3 fasa iaitu 10 hari pertama, kedua dan
ketiga. Mengumpul bahan, suntingan, pemurnian, langkah promosi. Belajar
strategi menulis laju.
7) Diberi 3 ebook bonus
Setiap peserta akan diberi 3 e-book bonus yang bernilai hampir
RM100.
8) Peluang terus jual sejurus
selesai tulis ebook
E-book yang telah siap boleh terus dijual dan mula menjana
pendapatan.
9) Pemasaran e-book
Peserta turut didedahkan dengan langkah promosi awal memasarkan
e-book, serta Do and Don’ts dalam memperkenal dan menjual e-book masing-masing.
10) Meluaskan jaringan
Dapat berkawan dan berkenalan dengan penulis daripada pelbagai
latar belakang dan bisnes yang dijalankan. Besarkan jaringan kenalan serata
negara.
No comments:
Post a Comment