Allahuma solli aala Muhammad ️
Saya menyertai kelas e-book kelolaan puan dengan satu doa dan harapan. Saya mahu memegang buku hasil karya sendiri sebelum 2018 melabuhkan tirai.
10 hari pertama yang buat otak saya berasap. Kali ini saya benar-benar 'memaksa' diri. Tulis saja tanpa henti-henti. Saya benar-benar fokus.
Gaya latih tubi, dorongan dan asakan puan buat saya melakukan kerja penulisan dengan pantas.
Saya sukakan nota-nota kelas yang disertakan. Nota-nota ini banyak membantu kerja penulisan.
Saya sujud syukur sebaik meletakkan noktah terakhir di Kisah 50 - Menemui Camellia di Tanah Lincoln.
Tidak pernah menyangka saya berjaya menulis lima bab utama yang mempunyai 10 topik di dalam setiap satu bab. Dalam masa sepantas 10 hari.
Fasa pemurnian membuatkan saya menggaru kepala sendiri. Pening melihat calitan dakwat merah mewarnai manuskrip. Saya bersikap tegas pada diri sendiri. Saya baca dan baca manuskrip hingga rasa mata hampir juling!
Buku ebook tata bahasa sangat-sangat membantu sewaktu kerja pemurnian karya. Sekarang saya lebih memahami berat dan rumitnya kerja seorang editor.
Saya sangat menyukai saranan puan agar menulis di waktu alpha. Saya memilih membuat kerja penulisan sebelum masuk waktu solat Subuh - Subhanallah.
Luar biasa.
Terima kasih puan atas ilmu mahal ini. Saya doakan moga limpahan rezeki, rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa meneduhi kehidupan puan sekeluarga.
Secara keseluruhan saya sangat-sangat berpuas hati dengan kelas e-book ini.

Rosmieza @Amna Sofea
Menemui Camellia di Tanah Lincoln
No comments:
Post a Comment