Saturday, March 30, 2019

Poor Mom Rich Mom - Lyna Noh


Ulasan Kelas Ebook

    Kelas Tulis dan Terbit Ebook Sendiri bimbingan Puan Masayu merupakan kelas penulisan pertama yang saya sertai. Langkah yang diajar sangat mudah untuk diikuti, dan memerlukan disiplin yang amat tinggi. Walau bagaimana pun, ia tidak sekali-kali mengganggu masa dan kerja-kerja harian kita. Dengan teknik yang diajar oleh Puan Masayu, saya hanya perlu patuh pada jadual yang ditetapkan, dan segalanya menjadi mudah untuk diikuti.

 




    Kelas yang dijalankan secara online ini memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menghasilkan ebook sendiri. Tidak kira kita orang yang sibuk, apa lagi yang mempunyai banyak masa, kelas ini adalah untuk semua. Dengan sokongan dan saingan dari kawan-kawan sekelas, kita akan sentiasa berada dalam keadaan momentum yang tinggi.

    Saya menyarankan agar sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman dan mahu membukukan pengalaman anda untuk memberi manfaat kepada masyarakat, mendaftarlah untuk kelas ini.








No comments:

Post a Comment