Saturday, March 30, 2019

Strategi Belajar Ulul Albab - Mahfuzah Mohammed Zabidi

Ulasan Kelas Ebook


Sejujurnya saya memang ragu dan takut untuk menyertai kelas ini. 


Kegagalan saya menyiapkan tugasan untuk kelas asas blog pada tahun lepas menyebabkan saya bimbang pisang berbuah dua kali. Saya takut kesibukan tugas hakiki membuatkan saya hilang fokus untuk menulis.


Saya menghantar whatsapp kepada Puan Masayu untuk bertanya satu dua perkara tentang kelas e-book. Nampak menggoda apabila beliau selalu naikkan tentang kelas dalam status FB. Dalam masa yang sama, pada tahun ini, saya memang tercari-cari jalan untuk kumpulkan bahan penulisan yang boleh saya jadikan satu buku. 


Saya tidak mahu tesis saya berhabuk hanya saya dan bekas penyelia sahaja yang membacanya. Saya mahu kongsi dalam khalayak yang lebih umum dalam bentuk yang lebih santai.


“Satu buku bagi menyambut tahun 2019,” kata Puan Masayu pada saya. 
Saya tekad dan masuk mendaftar untuk kelas Disember 2018. 
Puan Masayu cadangkan tajuk dan bab kepada saya, berdasarkan penghuraian yang saya berikan kepada beliau tentang kecenderungan dan minat saya.




Belum pun masuk bulan Disember, gambaran dan bayang-bayang tugasan yang perlu dilakukan telah diberikan. Semua ini, bagi memastikan, bermula 1 Disember sahaja, kami semua siap untuk “berlari.”

Puan Masayu sangat mahir menguruskan apa yang berserabut dalam fikiran saya. Saya banyak tanya. Namun, beliau sangat tenang memandu saya. Langkah demi langkah diberikan. Semasa 10 hari yang pertama, memang agak tertekan kerana saya push diri saya untuk siapkan juga sasaran entri. 

Saya push diri tu, bukan seorang diri. Cikgu ada.  Ikut sahaja teknik dan cara yang beliau berikan. Penulisan dalam buku nota memang kuncinya, yang sebelum ini saya ingatkan tak penting. 

Masalah pengurusan masa dan hal ehwal kehidupan bukan alasan untuk menyebabkan kerja tak siap.  Itu pesan cikgu. Jadi, saya gagahi juga.  Saya pujuk diri dengan cuba membayangkan dalam minda buku saya siap. Apabila cover e-book disiapkan, bertambah semangat rasanya untuk siapkan penulisan. Patutlah, cikgu suruh kita siapkan cover lebih awal.  Kita dapat visualisasikan dalam minda.


Alhamdulillah, kebaikan yang saya dapat melalui kelas ini adalah:

1.  Dapat rancang penulisan ikut jadual yang cikgu berikan.  Setiap hari, kita ada target.  Teknik menulis, teknik cari bahan, teknik menyunting semuanya ditunjukkan.

2. Dapat berkenalan dengan kawan sekelas yang kebanyakannya sudah mahir menulis.  Saya jalinkan hubungan dengan mereka juga dan sama-sama ambil momentum dan semangat untuk menulis.  Saya belajar dari mereka buat cover ebook dan susun atur blog.

3. Dapat membaca penulisan dan ebook kawan-kawan lain.  Pelbagai tips dan pengalaman yang dikongsikan. Semuanya menjadi buah fikir buat saya merenung dan mengambil pengajaran dalam hidup. Penulisan mereka sangat membantu membina diri yang lebih positif dan produktif.

4.  Dapat mengetahui bagaimana blog boleh dijadikan medium untuk menguruskan penulisan. Ini memang saya betul-betul teruja. Tiada lagi selepas ini, data atau penulisan idea yang tak tersusun.  Insya Allah.

5.  Dapat memahirkan diri mengurus masa. Puan Masayu berkongsi pengalaman bagaimana latihan keras dalam menulis sehingga penulisan menjadi mantap. Bayangkan, 30 minit sahaja, boleh keluar 1500 perkataan yang ditaip. Semuanya, sebelum Subuh, dalam keadaan berwuduk. 

Fuh!  Sekurang-kurangnya saya percaya bahawa rutin kerja seorang penulis bolhe sampai ke tahap itu.  Saya perlukan latihan dan mentor yang membimbing dan mem”push” saya.  Semua ini saya dapat dalam kelas ini.  Alhamdulillah.

Akhir sekali, saya berpandangan persediaan untuk menyertai kelas ini, adalah niat, tekad, komitmen dan bersedia ikut dan patuh betul-betul apa yang cikgu cakap. Khususnya, jangan tengok FB selagi kerja tak siap.

Insya allah, memang boleh.  Pokok pangkalnya diri sendiri.
Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih pada Puan Masayu (aka Kak Mas) yang sungguh-sungguh mengajar saya.

Meskipun hanya belajar menerusi blog dan whatsapp, saya dapat terima dan memahami corak pengajaran yang disampaikan. Mula-mula memang tak faham. Banyak bertanya.  Terus buat apa yang cikgu beritahu.  Baru satu persatu, Allah berikan kefahaman dan dapat buat. 

Bagi saya, kelas ini memang berbaloi dengan mahar yang dibayar.  Sebulan bersama dengan guru yang sangat komited membimbing kita.  Bayangkan! Saban hari akan mengetuk masuk pintu whatsapp dan ingatkan kita untuk siapkan kerja dan bertanya khabar progress kita. Jika terkenangkan, pasti terasa syahdu di dalam hati. Saya doakan Cikgu Masayu diganjari Allah dengan keberkatan rezeki yang melimpah ruah. 


Begitu juga dengan semua rakan-rakan sekelas sama ada senior (dalam kelas ebook yang lebih awal), rakan satu batch (Disember 2018) atau yang bakal menyertai kelas ini, saya doakan setiap penulisan yang diusahakan diberi inayah dari Allah dan dapat menjadi asbab tersebarnya kebaikan untuk sekalian anak Adam.


Moga semuanya menjadi bekalan kita di sana. Amin.








No comments:

Post a Comment