Pertemuan
dengan Puan Masayu Ahmad di alam maya ini adalah secara tidak sengaja. Tahun
2013, ketika beliau mengumumkan tentang kelas online Asas Blog dan Penulisan,
saya langsung tidak perasan mengenainya. Sebaik sahaja saya terbaca status
facebook beliau, saya terus menghubungi beliau bertanyakan berkenaan kelas
tersebut. Setelah berbincang saya bersetuju mendaftar sebagai pelajar.
Bermula
dari situ, saya diajar cara menulis dengan betul. Dan mencari idea untuk
menulis di blog. Dari situ jugalah, Puan Masayu membuka ruang bagi
pelajar-pelajar kelas blog untuk menghasilkan ebook. Tertangguh lama juga
bagi saya untuk betul-betul fokus dalam menghasilkan ebook.
Tahun
2019, saya mendaftar untuk Kelas Ebook secara online bersama Puan Masayu.
Kelas ini sesuai bagi mereka yang memang betul-betul serius untuk menghasilkan
ebook. Kalau betul-betul ikut cara yang diajar, dalam masa 30 hari
sudah siap. Bagi yang betul-betul fokus, dalam 20hari sudah boleh siap
sebenarnya. Tetapi kalau tidak fokus, rugi bayar duit yuran sahaja.
Dalam
kelas ini, kami dibimbing dalam memilih tajuk ebook serta pecahan bab.
Tips-tips menulis juga akan diberikan. Kalau agak-agak ketandusan
idea, boleh minta bantuan dari guru. Guru
garang ke? Guru tidak garang tetapi akan selalu ketuk dalam kelas di grup
wassap. Jadi mana-mana yang berangan akan tersedar dari lamunan.
Setiap pagi tanpa jemu, Puan Guru akan ingatkan akan jadual dan tugasan yang
patut dibuat. Jadi terpulang pada pelajar sendiri, sama ada mahu
selesaikan atau tidak.
Dalam
kelas ini juga ada diajar cara untuk menjual ebook. Sama ada melalui
media sosial ataupun platform Ebook Store yang diberikan kepada setiap
pelajar. Kita tidak dibiarkan terkontang-kanting selepas siap ebook,
tidak tahu hendak buat apa selepas itu.
Bagi yang
berminat, silalah daftar ke kelas ebook bersama Puan Masayu Ahmad.
No comments:
Post a Comment