Sunday, March 31, 2019

Hakam, Keadilan Baru Mahkamah Syariah - Azharizal Arsad


Assalamualaikum Cikgu Masayu,

Hasrat menulis buku telah lama ada sejak tahun 2010 lagi. Pada ketika itu, masih lagi angan-angan yang tidak tahu lagi tercapai dek tangan atau tidak.

Sebenarnya saya telah biasa menulis Alasan Penghakiman dalam kes-kes mahkamah untuk diterbitkan dalam jurnal di Jabatan saya. Corak penulisan ilmiah yang bersangkut paut dengan Undang-Undang Keluarga Islam.

Namun, penulisan untuk diterbitkan secara professional mahupun untuk membuat buku sendiri atau menertbitkan buku sendiri bagai mimpi yang tidak ada kesudahan.

Sehinggalah pada suatu hari pada tahun 2016, saya dapat berhubung semula dengan Puan Saniah Mat Sanat, di mana beliau adalah rakan sekolah dan rakan sepermainan saya sejak kecil. Beliau mencadangkan untuk belajar menulis melalui Ademik Bekerja Dari Rumah.

Walaubagaimana saya mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan saranan beliau sehinggalah beliau menulis dan menerbitkan buku bersama raka-rakan penulis yang lain  dalam buku fizikal "Kertas-Kertas".

Saya mengikuti perkembangan beliau dalam Face Book dan sesekali berbual melalui Whatsupp.

Pada tahun 2019 ini, entah bagaimana hati saya bersemangat berkobar-kobar untuk menulis dan impian untuk mempunyai ebook sendiri. Sekali lagi saya menghubungi Puan Saniah dan beliau mencadangkan untuk mendaftarkan kelas online menulis ebook bersama cikgu Masayu.

Dan dari situ bermula lah perkenalan maya antara saya dengan cikgu Masayu. Yuran untuk belajar menghasilkan ebook yang dikenakan itu tidaklah menjadi persoalan yang besar kerana pengetahuan yang diberikan adalah nilai ilmu yang lebih berguna dan ekslusif. Tambahan pula "choacing" antara cikgu-anak murid dibuat dengan cara berkumpulan dan "satu-satu" melengkapkan pengetahuan untuk persediaan menjadi penulis.

Sejara jujurnya, saya menulis bukan bertujuan untuk mendapatkan "duit lebih" atau hendak berbisness atau nak dapat keuntungan besar. Tetapi di dalam kelas ini, cikgu mengajar menulis dan menjadi penulis untuk mendapatkan pendapatan sampingan adalah satu bonus kepada saya.

Pada mulanya saya beranggapan cikgu Masayu cuma mengajar bagaimana untuk menulis dan memberi tunjuk ajar bagaimana hendak menghasilkan ebook sahaja. Tetapi rupa-rupanya cikgu Masayu memberikan lebih daripada itu termasuklah menunjukkan cara bagaimana hendak menjual ebook tersebut melalui penerbit, sistem affiliate, sistem marketing dan lain-lain.

Ikhlas dari saya untuk menyatakan saya berharap segelas air sejuk untuk menghilangkan dahaga, tetapi cikgu Masayu menghidangkan saya satu hidangan makanan penuh meja untuk menghilangkan kelaparan pula.

Sehinggakan tempoh kelas 30 hari yang ditetapkan oleh cikgu Masayu membuatkan hidup sehari-hari yang saya lalui tidak keruan jadinya. Makan teringat, hendak tidur terfikir, memandu pun masih terbayang entah boleh atau tidak untuk melakukannya.

Banyak perkara baru yang saya belajar, dan saya cuba memahaminya dari hari ke sehari. Terutamanya teknik penulisan dan pemasaran. 



Jujur untuk saya memberitahu cikgu Masayu, ada saranan cikgu yang tidak boleh saya lakukan terutama marketing melalui FB untuk membina "tribe" kerana saya terikat dengan etika kerja saya sendiri.

Saya adalah Hakim Syarie Negeri Selangor secara etikanya harus limit kepada "contact" awam secara langsung untuk mengelak fitnah terhadap diri saya dan jabatan.

Walaubagaimanapun ada beberapa cara marketing yang sesuai untuk saya yang cikgu masayu sebutkan. Saya akan memilih gaya marketing tersebut.

Untuk PDF ebook, saya minta maaf kerana belum selesai proses permunian penulisan saya. Walaubagaimanapu di sini saya sertakan cadangan cover ebook saya.

Saya memohon maaf semua segala kekurangan dan kelemahan yang tidak menyenangkan Cikgu Masayu, dan saya cuba memperbaikinya. Halalkan ilmu yang Cikgu Masayu beri, tunjuk, bimbing untuk tidak lain dan tidak bukan untuk memperolehi keberkatan.

No comments:

Post a Comment