Alhamdulilah dan terima kasih buat Pn Masayu Ahmad pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah. Secara jujurnya sudah agak lama mengenali beliau secara online tetapi belum pernah bersua muka lagi diluar.
Memasuki kelas ebook ini bagaikan satu rezeki kepada saya. Kata orang tua-tua, bagaikan orang mengantuk disorong bantal. Memandangkan saya tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi terutama dalam mengenai bab-bab IT, tapi itu bukanlah alasannya untuk saya mencapai cita-cita dalam bidang penulisan.
Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang penulisan sejak dibangku sekolah lagi, maka peluang yang diberi oleh Pn Masayu Ahamad, saya gunakan sebaik yang mungkin.
Banyak perkara yang saya pelajari dalam kelas ebook ini. Terutama dari memilih tajuk, segala isi-isi penting, mencipta cover buku ebook serta memindahkan isi-isi penting ebook kepada microsoft word.
Sebelum ini saya langsung tak tahu bagaimana untuk membuatnya. Berulangkali jugalah saya berwasap terus dengan Pn Masayu hanya semata untuk belajar beberapa perkara. Mungkin yang ada sedikit pengetahunan IT tak mendatangkan banyak masalah tapi jauh bezanya dengan diri ini yang hanya berkelulusan SPM sahaja. Ada masanya , saya risau jika segala pertanyaan ini menganggu Pn Masayu Ahmad sendiri. Saya membayangkan yang Pn Masayu agak garang da tegas orangnya.
Tapi semua sangkaan itu meleset sama sekali. Ternyata beliau adalah seorang yang sangat ramah dan senang dibawa berbincang. Pernah jugalah melalui satu panggilan telefon saya meluahkan segala kegusaran hati ini mengenai beberapa masalah dalam penulisan ebook, tapi dia berjaya menenangkan hati ini seterusnya hilanglah segala kerisauan yang bersarang sejak awal pembelajaran kelas ebook Januari 2019 ini.
Memandangkan saya bekerja shift pagi, maka masa untuk saya menulis dan menyiapkan ebook sangat terhad. Setiap pagi saya berusaha untuk memahami setiap tugasan. Jika ada sebarang soalan mengenai semua tugasan tersebut, saya akan catat dan tanya dalam group penulisan ebook atau secara personal saya akan hantar message kepada Pn Masayu Ahmad.
Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas segala jasa baik beliau sepanjang saya berada dalam kelas ebook Januari 2019. Berperang dengan tugasan hakiki, dengan bebanan kerja yang menuntut kerja lebih masa , semua cabaran yang ada bukanlah satu perkara yang mudah. Dalam masa yang sama saya terlibat juga dalam satu projek penulisan dan alhamdulillah sekarang susah hampir selesai.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi bicara Pn Masayu dan semoga beliau dikurniakan rezeki yang banyak dan luar biasa. Harapan saya dengan terbitnya buku Ebook Bercerai Bukan Satu Musibah ini nanti dapat memberi pengetahunan serta sebagai satu dorongan buat kaum wanita agar tak lemah semangat sebaik sahaja melalui satu proses perceraian. Insha Allah.
Buat Pn Masayu semoga dapat bersua dan hendaknya ukhwah ini lebih terjalin dengan eratnya hinggalah ke akhir hayat ini.
Sekian Terima kasih
No comments:
Post a Comment