Sunday, March 31, 2019

Ujian Hikmah Kemanisan - Norhafizah Madzlan



                             

Alhamdulillah, bagaikan tidak percaya saya berjaya selesaikan penulisan 50 entri dalam masa 23 hari dalam kelas penulisan ebook ini, walaupun sebenarnya saya diberi masa 10 hari menyelesaikannya. Inilah faedah paling jelas berada dalam kelas penulisan ini. Bukan mudah mahu berjumpa kelas yang setelah kita menyertainya, kita akan bawa pulang bersama tidak hanya ilmu tapi sebuah ebook juga. 

Mac ini begitu istimewa. Dalam bulan ini saya diuji dengan masalah kesihatan berhari-hari hasil dari emosi yang tidak stabil dan ini berlaku keadaan saya sedang membawa perut yang belum lagi diperiksa. Walaupun begitu, dalam Mac ini jugalah saya mencabar diri saya untuk terus mengikuti kelas ini. Apa sahaja masalah yang saya hadapi ketika menulis tidak saya jadikan alasan untuk minta penangguhan atau batalkan kelas. Ya! Ada masa stress itu membantu saya.

Puan Masayu Ahmad adalah guru bagi kelas saya kali ini. Tidak bermaksud mahu membandingkan beliau dengan guru lain sebelum ini tapi dalam kelas beliaulah saya berjaya siapkan satu ebook sebagai hasil saya mengikuti kelas. Apalah ertinya teori yang dipelajari jika tiada sebarang bentuk penulisan terhasil?

Ada teknik tertentu yang Puan Masayu ajar tidak saya dapati dari guru penulisan saya yang sebelum ini. Antara yang dimaklumkan sebelum kelas dimulakan adalah apa yang patut kami buat dalam 30 hari. Ini adalah kali pertama saya menulis dengan kaedah KJ method. Melalui kaedah ini, dapatlah kami merangka idea dan menulis dari mana-mana bab tanpa perlu mengikut urutan. 

Pemantauan dari guru juga sangat membantu murid menyiapkan tugasan dengan baik. Setiap persoalan akan dijawab dengan baik dan diberi pertolongan sehingga nashkah selesai. Terima kasih buat Puan Masayu dan rakan sekumpulan yang saling memberi semangat antara satu sama lain. Jika, selepas ini saya gagal mendisiplinkan diri sendiri, saya tidak akan teragak-agak masuk ke kelas ini lagi. 

Hanya ALLAH jualah yang layak memberi ganjaran atas kebaikan kalian kepada saya. 




                            
                   





No comments:

Post a Comment