Saya mendapat tahu mengenai Kelas
Ebook Course Puan Masayu Ahmad daripada isteri sepupu saya Kak Yasmin yang sudi
berkongsi maklumat dengan saya mengenainya pada hujung tahun lepas. Dia sendiri
juga telah menyertai kelas tersebut.
Saya terus menghubungi Puan
Masayu kerana sudah lama ingin menulis buku dan kebetulan emak saya
menasihati saya untuk mula menulis
dengan serius kerana tahu saya memang berminat dan ada bakat dari latihan menulis dengan ayah semasa
kecil setelah penulisan makalah saya bersama guru saya : “ Awas Hasad “
diterbitkan dalam Majalah Tamadun Islam.
Jadi, jalan yang dilorongkan oleh
Kak Min kebetulan pula pada masanya. Alhamdulillah, saya amat terhibur
menyertai Kelas Ebook course Puan Masayu yang sudi menerima saya menuntut ilmu
dengannya dan bersabar serta memahami dengan kekangan keadaan saya di Najran,
Saudi Arabia.
Saya berasa sangat teruja
menyelesaikan latihan menulis ini kerana sangat seronok malalui pengalaman sebegini
dengan dipandu secara jarak jauh oleh Puan Masayu melalui whatsap, namun secara
teratur berdisiplin dan mudah diikuti oleh sesiapa namun boleh dilakukan secara
fleksibel dengan apa keadaan penuntut atau dimana jua dia berada. Follow-upnya
sangat efisien.
Saya berasa seakan tenggelam
dalam minat saya yang mendalam (passion) semasa menulis berdasarkan tajuk yang
diilhamkan oleh Puan Masayu sendiri : “Nota Hijrah di Bumi Najran “. Sebelum
itu, sebenarnya saya bercadang untuk menulis dalam bahasa inggeris : Gardening
in the Desert”. Tetapi, sifu mengajak saya berkongsi kisah migrasi saya dari
Malaysia ke Jordan kemudian ke Saudi Arabia. Pada mulanya, sifu memandu saya
untuk menulis berkronologi mengikut tahun, namun, kemudian apabila kisah
setahun telah capai lebih 50 muka surat penulisan awalan, sifu memberi idea
supaya memecahkan setiap tahun kepada judul bersiri pula. Ia menjadi semakin
manarik sehinggakan saya tidak sedar eaktu berlalu dengan pantas kerana sangat
seronok ‘menyelam’ di dalam dunia itu. Sehingga tidak kisah makan minum dan
tidur seperti kemaruk pun ada. I think, i found my passion. Terima kasih, Puan
Masayu atas segalanya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasamu,
guruku.
Paling bahagia jika dapat
merealisasikan impian emak saya dengan tunjuk ajar dan pedoman yang cikgu
kongsikan dengan saya. In shaa ALLAH, semangat yang cikgu nyalakan akan terus
bernyala ke hadapan. Semoga Allah merealisasikan semua impian sifu juga. Amin.
No comments:
Post a Comment