Monday, April 1, 2019

Formula Capai Impian - Zuraini Razali



ULASAN KELAS EBOOK


Alhamdulillah, Saya ditemukan dengan kelas online ebook puan Masayu Ahmad. Pencarian saya untuk merealisasikan impian menulis tercapai melalui bimbingan beliau. Seorang yang sangat rendah hati, biarpun banyak pengalaman dan ilmu yang dimiliki.


Sebelum ini saya telah mengikuti kelas Menulis Blog juga dengan bimbingan beliau. Mengenali puan masayu Ahmad lewat tulisannya di blog, ebook, majalah mingguan wanita serta status facebooknya banyak memberikan inspirasi kepada saya. Bagaimana beliau mencipta ruang kebebasan masa untuk bersama keluarga dan dalam masa yang sama bebas berkarya menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada. 


Beliau juga menjadi inspirasi saya dalam membantu para wanita khususnya mencipta ruang kebebasan untuk berada di rumah dan mencipta kerjaya dari rumah melalui penulisan. Melalui puan Masayu, saya mengenali ramai individu hebat yang menjadi pembuka peluang untuk saya terus berkarya dan merealisasikan impian. Alhamdulillah, berkat daripada ukhwah insan-insan hebat ini, saya telah menerbitkan beberapa artikel penulisan di majalah mingguan wanita. Saya akan terus menulis kerana dengan menulis saya temui 'passion' saya yang sebenarnya.


Menerusi bimbingan Puan Masayu, saya semakin jelas arah penulisan yang harus saya kembangkan. Dengan tunjuk ajar beliau juga, saya jelas dengan apa yang boleh dan tidak boleh saya lakukan dalam menambakbaik penulisan. Ketegasannya yang penuh hemah membuatkan saya tidak boleh berlengah dalam menyiapkan tugasan. Ketegasan sememangnya perlu ada bagi pelajar yang seperti saya. Kadang terleka dengan perkara yang tidak penting. 


Dengan yuran pembelajaran dan bimbingan yang diberikan amatlah berbaloi untuk mengikuti kelas yang dikendalikan puan Masayu. Satu peluang berharga bagi saya berada di bawah bimbingan wanita hebat ini dan mengali pengalaman emas yang dimilikinya. Beliau seorang yang nampak 'cool', tapi 'hot' dengan keriuhan rutin hariannya. Seorang supermum yang hebat dalam mendidik anak-anak untuk berjaya dunia dan akhirat. 


Terima kasih puan Masayu atas komitmen dan bimbingan yang diberikan untuk saya menyiapkan ebook ini. Ianya menjadi titik permulaan yang bermakna buat saya untuk terus berkarya dan tentunya saya akan terus berada di bawah bimbingan beliau. In shaa Allah. Semoga puan Masayu akan terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan.







No comments:

Post a Comment