Ulasan Kelas Tulis dan Terbit E-Book
Assalamualaikum wbt,
Saya ingin mengucapkan setinggi kesyukuran kerana Allah telah
mengizinkan saya bergabung dengan kelas ini. Sebenarnya, saya memang sedang
mencari pembimbing dan platform untuk menerbitkan karya penulisan yang bermanfaat walaupun bukan
berbentuk novel atau cerpen.
Uniknya, dalam kelas ini Puan Masayu Ahmad telah meneliti analisa 8
perkara mengenai diri saya sebelum memberikan pandangan beliau mengenai tajuk
buku yang sesuai ditulis. Analisa ini sangat penting untuk menentukan kekuatan
dan kelangsungan aktiviti penulisan saya. Sepanjang kelas saya tidak bertemu
‘writer block’ kerana pasti ada saja tips yang akan diberikan.
Selain itu, jadual penulisan yang konsisten dan munasabah sangat
membantu dalam menghasilkan penulisan dengan lebih berfokus dan padu. Dalam
sebulan setiap hari sudah ada tugasan yang perlu kita selesaikan.
Saya seperti merasakan pengalaman berada di dalam kelas yang
sebenar walaupun sebenarnya, kelas kami hanya di alam maya, atas talian. ‘Whatsapp
group’ yang dikhaskan untuk
membincangkan setiap permasalahan dalam penulisan sangat membantu. Rakan-rakan
penulis juga ramai dan sangat ringan tulang memberikan pandangan dan
menceritakan pengalaman masing-masing.
Tidak dilupakan, konsep penerbitan dalam kelas ini adalah berbeza
dengan kelas penulisan yang biasa iaitu dengan kerjasama penerbit. Dalam kelas
ini, hasil penulisan tidak diterbitkan dalam bentuk fizikal, hanya dalam bentuk
e-book dan memudahkan penjualan daripada minisite yang dibina oleh
penulis sendiri.
Soal royalti tidak lagi menjadi isu besar. Walaupun sebenarnya
negara kita masih baru dalam alam e-book ini, tapi apa salahnya kita
mempelopori peluang yang masih baru ini. In shaa Allah, banyak lagi manfaat
menyertai kelas ini yang tidak tercoret. Saya sangat merekomen anda yang minat
menulis menyertai kelas di bawah Puan Masayu Ahmad seperti saya.
Ulasan Oleh Siti Azimah Binti Rupilen, penulis e-book Menanam Rutin
Al-Quran
(www.menanamrutinalquran.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment