Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bermula dengan menulis secara suka-suka di dinding facebook, saya terfikir untuk menulis secara serius dan berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang ada dalam bidang bakeri yang diceburi sejak tahun 1998 lagi.
Ramai yang memberi galakan dan dorongan supaya berkongsi secebis ilmu khasnya dalam pembuatan biskut kerana tidak mahu ia terkubur begitu sahaja bersama-sama dengan keputusan saya untuk bersara terus dalam bidang bakeri.
Ketika sedang mencari-cari guru pembimbing bagi merealisasikan hasrat itu, saya berjumpa dengan Puan Mas Ayu dari Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) melalui seorang guru blog di facebook. Syukur, saya direzekikan belajar dengan guru yang benar-benar berada dalam bidangnya.
Melalui bimbingan selama beberapa minggu dalam group whatsapp, semua peserta diberi tugasan berperingkat bagi memastikan kami betul-betul komited dan berada dalam landasan untuk menyiapkan ebook yang dihajatkan. Analisa pemilihan tajuk jugaa termasuk dalam silibus. Kami dibimbing rapat oleh Puan Mas dan sentiasa diberi suntikan semangat sehingga ke garis penamat.
Bagi saya, kelas ini sangat mudah dan berbaloi untuk diikuti memandangkan peserta boleh menyiapkan tugasan walau di mana sahaja mereka berada.
Kini, saya berazam untuk terus menulis dan berkongsi apa sahaja ilmu dengan pembaca dengan yakin dan tersusun. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment