Monday, April 8, 2019

Tarbiah Wali Comel - Noraini Mardhiyah Binti Mohammed Zabidi






Kelas ebook bersama Puan Masayu ini banyak memberi pengajaran buat saya.

Selain daripada belajar menyusun idea dalam penulisan, secara tak langsung saya juga dilatih menjadi seorang yang berdisiplin dalam menguruskan masa dan tenaga.

Keistimewaan kelas ini adalah, kami dipantau seorang demi seorang walaupun dalam pada masa yang sama kami dikumpulkan dalam group wasap.

Dalam kumpulan ini, saya temui banyak kisah dan cerita yang dikongsi yang dapat dijadikan bahan muhasabah diri juga inspirasi.

Terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Puan Masayu atas segala curahan ilmu, nasihat dan bimbingan. Mudah-mudahan akan lahir lebih banyak lagi penulis yang menjadikan penulisan sebagai asbab kebaikan buat seluruh umat. Mana tahu kalau penulisan itu bermanfaat kepada generasi akan datang, siapa sangka, bukan?

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari jalan bagaimana untuk menulis buku, saya syorkan agar sertai kelas bimbingan bersama Cikgu Puan Masayu. Berikan komitmen dan lihatlah hasilnya, insyaAllah pasti tidak mengecewakan.




Kelas Ebook Store Praktikal

“Tulis dan Terbit”



Anda mampu tulis buku anda sendiri. Samada kepakaran anda mahupun kisah pengalaman anda.



Cuma anda perlu kesungguhan dan guru yang betul. 



Image may contain: 12 people, including Mazlina Omar and Sariah Awang Senik, people smiling, people standing


Image may contain: 12 people, including Mazlina Omar, Zuraini Razali and Sariah Awang Senik, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 12 people, including Mazlina Omar, Zuraini Razali and Sariah Awang Senik, people smiling, people sitting

Image may contain: 12 people, including Mazlina Omar, Zuraini Razali and Sariah Awang Senik, people standing and indoor



Image may contain: 3 people, people sitting and indoor


Image may contain: 3 people, people sitting and indoor



Image may contain: 3 people, including Zuraini Razali, people smiling, people sitting and people standing























Tulis Dan terbit Ebook





Anda mampu tulis buku anda sendiri. Samada kepakaran anda mahupun kisah pengalaman anda. Cuma anda perlu kesungguhan dan guru yang betul. Saya kagum pagi ini, ramai penulis berkumpul di Amani Academy untuk terbitkan buku mereka. Ini adalah proses selepas mereka berguru selama beberapa tempoh bersama guru penulisan, Masayu Ahamd.

Program harini juga diaturkan oleh beliau kami cuma sokong sebahagian program kerana ia sangat bermanfaat untuk ramai terutama suri rumah. Korang yang berminat nk mula tulis buku, boleh terus follow beliau. Banyak pengalaman mereka yg bila dikongsi dalam bentuk penulisan akan memberi manfaat kepada yang bakal memerlukan info tersebut terutama generasi baru. 

Biasanya kami jadi coach, tahu datang, semua dah setup, gi kedepan dan berucap. Harini Haziq Amssb dan Syafuan Amssb dihantar untuk training untuk mantapkan skill mereka, jadi saya & Coach Hazwani Abd Hamid ambil tanggungjawab sebagai urusetia dan krew untuk program ni, kena susun kerusi meja, jadi cameraman, fasi dan lap meja sendiri.

Terasa penat lelah kerja mereka selama ini setiap kali event Kursus Akaun Bisness - AMANI Academy

Thank you guys🤜🏼🤛🏼. Nak reward ape ni🥴



Image may contain: 1 person, sitting, laptop and indoor


Image may contain: one or more people, people sitting and laptop


Image may contain: 1 person, sitting


Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and laptop

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting



Image may contain: 1 person, beard and closeup

Image may contain: 2 people, people sitting


Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 2 people, eyeglasses and closeup


Image may contain: 6 people, people sitting and indoor




















































Saturday, April 6, 2019

Kelas Offline

                                 Image may contain: 1 person, sitting, standing, screen and indoor



Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Sebarkan ilmu dan kebaikan.

Tidak ada upaya kami, melainkan Allah lorongkan kami di jalan yang betul. Orang yang betul.

Ilmu ini dibawa orang orang benar benar mahu dan tidak disalahguna.

Terima kasih atas segala sokongan dan kasih sayang.

Kami akan bawakan lebih banyak ilmu dan perkongsian yang lebih bermanfaat.

1. Kelas Ebook Online dan Offline.

2. Kelas Asas Suntingan

3. Kelas Langkah Demi Langkah Cover Ebook.

4. Kelas Akaun dan Pengurusan Bisnes.

5. Kelas Asas Blog Dan Penulisan.




Image may contain: indoor



Image may contain: one or more people and screen

Image may contain: one or more people, screen and indoor

Image may contain: 4 people, including Mazlina Omar, people sitting and indoor


Image may contain: 2 people, people sitting



Image may contain: 1 person, sitting, screen and indoor


Image may contain: 2 people, people sitting





















Wednesday, April 3, 2019

Modul Bahasa Arab Prasekolah - Nadhilah Abdul Pisal



ULASAN KELAS EBOOK

"Kak Mas, terima kasih. Saya memang tidak menyangka kelas ebook ini boleh membantu saya menghasilkan sebuah ebook dalam masa 30 hari. Teruja sangat apabila berjaya menulis ebook Modul bahasa Arab prasekolah." - Nadhilah Abdul Pisal

Jutaan terima kasih pada Puan Masayu Ahmad (kak Mas) kerana memberi peluang saya menimba ilmu bersama rakan yang lain di alam maya ini. Sangat berbaloi mengikuti kelas ebook ini bagi mereka yang benar-benar bersungguh mahu menghasilkan sebuah buku. Yuran yang dikenakan juga alhamdulillah sangat berpatutan dengan peluang berinteraksi bersama mentor melalui whatsapp personal dan berkumpulan dalam tempoh 30 hari.

Kak Mas selaku mentor banyak memberikan maklumat mengenai penulisan ebook, bermula dengan proses menghasilkan bank idea, rutin penulisan, kerja suntingan, peluang pemasaran dan jualan ebook. Selain itu, saya juga rasa gembira apabila diberi hadiah ebook oleh mentor. Sambil belajar ilmu penulisan, saya dapat menambah ilmu melalui karya penulis lain.



Apa yang saya belajar?

Pembelajaran kelas ebook dengan kak Mas sangat berbeza dengan proses pembelajaran bersama guru penulisan yang lain. Kita dapat belajar disiplin masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Walaupun masing-masing ada halangan tersendiri dalam kehidupan, sekurang-kurangnya rutin menulis yang diajar oleh kak Mas boleh menjadi satu panduan asas untuk menulis buku seterusnya.

Selain disiplin masa, saya juga suka cara belajar menulis melalui blog. Penulisan kita bakal dipaparkan pada halaman blog masing-masing. Kita akan mudah memantau perkembangan hasil kerja sendiri dari semasa ke semasa. Dalam masa yang sama, kita boleh menjadi lebih berani untuk berkongsi idea dengan orang lain.

Penulisan dalam buku nota sebagai bank idea juga agak menarik. Cara kak Mas membahagikan buku nota kepada bahagian tertentu yang merujuk kepada bab penulisan lebih praktikal untuk digunakan. Saya suka idea pembahagian ini untuk memudahkan rujukan apabila menulis idea mengikut urutan bab.


                     


Apa yang mencabar?

Saya mendapat tahu mengenai kelas ebook kak Mas daripada seorang kenalan secara tidak langsung. Saya tidak diberitahu kelas ebook kak Mas agak berat tugasannya. Kelas ini bukan sekadar perkongsian maklumat penulisan kerana segalanya melibatkan proses praktikal yang berlangsung selama 30 hari.

Ada masanya saya tidak berdaya mengikut rentak mentor disebabkan masalah kesihatan diri dan anak-anak. Tidak kurang juga timbul kepayahan disebabkan tiada idea penulisan dan momentum yang turun naik kerana komitmen tanggungjawab yang lain.
Rezeki menulis setiap individu tidak sama, ada yang laju dan ada juga yang lambat. Hampir ke saat akhir berakhirnya kelas ebook ini, saya masih bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja-kerja penyuntingan.

Terima kasih kak Mas kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk terus menulis. Nasihat kak Mas supaya menghabiskan sesuatu yang telah dimulakan menjadi bekal semangat untuk saya menyelesaikan penulisan ebook ini.

Kak Mas sememangnya mempunyai idea bisnes dan berpandangan jauh. Tidak pernah terlintas di fikiran saya mahu menghasilkan modul belajar bahasa Arab sebagaimana saranan kak Mas. Terima kasih banyak untuk idea modul ini kak Mas walaupun saya sebenarnya tidak arif mengenai kandungan sesuatu modul pada awalnya.

Agak berat menulis sesuatu bahan yang tidak pernah kita kuasai gaya penulisannya. Pelbagai bahan saya belek dan cari untuk memahami pengisian sesuatu modul. Akhirnya, bertemu juga jawapan yang menunjukkan modul ini turut dipanggil sebagai buku panduan yang menyediakan maklumat pelaksanaan sesuatu tugasan langkah demi langkah.

Syukur alhamdulillah, tugasan penulisan ebook yang berat ini ada berkat. Apabila kita tidak lagi berada dalam zon selesa, kita bakal menjadi lebih kreatif dan produktif menghasilkan sesuatu idea penulisan. Semuanya bergantung kepada niat dan usaha juga.

Terbaik kak Mas kerana membuka jalan dan memberi ruang saya berfikir. Bagi sesiapa yang mahu mencungkil potensi diri, mengetahui skop penulisan yang sesuai, menghasilkan sebuah ebook dalam masa sebulan dan menguasai teknik disiplin menulis yang berkesan, jangan lupa berguru dengan kak Mas. Syarat awalnya kena rajin, sabar dan ada kemahuan yang tinggi untuk belajar.


Yang benar,

Nadhilah Abdul Pisal

Alor Setar, Kedah

10 April 2019.















Monday, April 1, 2019

Formula Capai Impian - Zuraini Razali



ULASAN KELAS EBOOK


Alhamdulillah, Saya ditemukan dengan kelas online ebook puan Masayu Ahmad. Pencarian saya untuk merealisasikan impian menulis tercapai melalui bimbingan beliau. Seorang yang sangat rendah hati, biarpun banyak pengalaman dan ilmu yang dimiliki.


Sebelum ini saya telah mengikuti kelas Menulis Blog juga dengan bimbingan beliau. Mengenali puan masayu Ahmad lewat tulisannya di blog, ebook, majalah mingguan wanita serta status facebooknya banyak memberikan inspirasi kepada saya. Bagaimana beliau mencipta ruang kebebasan masa untuk bersama keluarga dan dalam masa yang sama bebas berkarya menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada. 


Beliau juga menjadi inspirasi saya dalam membantu para wanita khususnya mencipta ruang kebebasan untuk berada di rumah dan mencipta kerjaya dari rumah melalui penulisan. Melalui puan Masayu, saya mengenali ramai individu hebat yang menjadi pembuka peluang untuk saya terus berkarya dan merealisasikan impian. Alhamdulillah, berkat daripada ukhwah insan-insan hebat ini, saya telah menerbitkan beberapa artikel penulisan di majalah mingguan wanita. Saya akan terus menulis kerana dengan menulis saya temui 'passion' saya yang sebenarnya.


Menerusi bimbingan Puan Masayu, saya semakin jelas arah penulisan yang harus saya kembangkan. Dengan tunjuk ajar beliau juga, saya jelas dengan apa yang boleh dan tidak boleh saya lakukan dalam menambakbaik penulisan. Ketegasannya yang penuh hemah membuatkan saya tidak boleh berlengah dalam menyiapkan tugasan. Ketegasan sememangnya perlu ada bagi pelajar yang seperti saya. Kadang terleka dengan perkara yang tidak penting. 


Dengan yuran pembelajaran dan bimbingan yang diberikan amatlah berbaloi untuk mengikuti kelas yang dikendalikan puan Masayu. Satu peluang berharga bagi saya berada di bawah bimbingan wanita hebat ini dan mengali pengalaman emas yang dimilikinya. Beliau seorang yang nampak 'cool', tapi 'hot' dengan keriuhan rutin hariannya. Seorang supermum yang hebat dalam mendidik anak-anak untuk berjaya dunia dan akhirat. 


Terima kasih puan Masayu atas komitmen dan bimbingan yang diberikan untuk saya menyiapkan ebook ini. Ianya menjadi titik permulaan yang bermakna buat saya untuk terus berkarya dan tentunya saya akan terus berada di bawah bimbingan beliau. In shaa Allah. Semoga puan Masayu akan terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan.