Friday, October 9, 2020

20 Asas Hafaz Al Quran Ustaz Firdaos Rawi




Bila nak siap ebook aku ni?

Persoalan ini telah dijawab dengan terhasilnya ebook saya yang pertama untuk

tahun ini. Syukur, selepas mengambil kelas ulangan, sekali lagi dapat lahirkan ebook

yang dah lama saya simpan hasrat untuk tulis.


Apa yang saya boleh kata adalah, 3 orang guru dan 3 modul dan 30 hari sahaja sudah

cukup membantu saya.


Puan Masayu sebagai seorang penulis, dan berpengalaman luas dalam penulisan.

Ramai juga penulis yang kini telah berjaya lahir awal dari kelas beliau ini. Dari

pelbagai latar belakang dan juga bidang. Dari suri rumah sehingga petugas

mahkamah dengan pelbagai disiplin ilmu. Berjaya siapkan ebook dengan bimbingan

beliau. Dari awal pemilihan tajuk. Pemilihan bab dalam penulisan. Sehingga selesai.


Modul cover. Dont judge the book by its cover? Cerita pasal isi sahaja?Kalau dulu

mungkin begitu, namun para penulis akui kulit yang cantik dapat hadirkan rasa

ingin membaca. Rasa nak pegang. Modul langkah demi langkah untuk hasilkan kulit

buku yang cantik dan memberi impak baik kepada pembaca untuk membaca.

Teknik guna perisian percuma untuk bina cover yang cantik ditunjukkan dalam kelas

ini.


Modul tiga adalah kemahiran edit teks. Di sini diajar bagaimana untuk membetulkan

kesalahan kecil yang biasa dibuat. Agar teks boleh diterima penerbit. Agar ebook

mudah lahir ke dalam bentuk fizikal pula


Lengkap 3 modul ini, dengan yuran yang dikenakan amat padan apabila dapat

melihat hasil buku yang selama ini hanya menjadi angan-angan. Kalaupun bukan

untuk dibaca orang, ia hadiah kiriman untuk anak cucu dan keturunan.


Dan hanya 30 hari sahaja boleh siap. Bertahun tulis sendiri tapi tidak siap.


Tiga tugas ini adalah cabaran saya dalam menyiapkan penulisan. Tulisan yang

sampai. Cover yang menarik. Kesalahan dalam penulisan. Tanda koma, dan

kesalahan-kesalahan kecil ataupun besar. Semua dapat diatasi dengan baik.


Rasa masa tidak cukup.


Rasa kurang yakin.


Tiada disiplin.


Akhir sahaja kelas ini, kita telah pun belajar alih pintu penghalang selama ini.


Dan akan rasa nak mengulang kelas kembali.

Aku Guru Matematik Siti Hawa Mohamad

 




Lama saya menyimpan hasrat untuk menghasilkan Ebook yang boleh dikongsikan kepada ramai orang selain daripada dapat dijadikan sumber pendapatan tambahan. Saya juga ingin belajar cara bagaimana untuk membuat jualan ebook secara dalam talian.

Alhamdulillah, akhirnya saya ditemukan dengan seorang guru yang aktif mengadakan kelas ‘Tulis dan Terbit Ebook Pertama’, iaitu Puan Masayu binti Ahmad. 

Selepas mendaftar dan menjelaskan yuran, baharulah saya tahu bahawa kelas ini bukan sekadar mengajar kita cara untuk menulis dan menerbitkan ebook, tetapi ia juga mengajar cara untuk menyediakan kaver Ebook menggunakan perisian ‘Canva’ dan ‘DIY Book Covers’ oleh Puan Begum Irdawati.

Kelas ‘Tulis dan Terbit Ebook Pertama’ menjadi lebih padat lagi apabila peserta diberikan Ebook ‘Kuasai Asas Suntingan’ oleh Puan Hifzaila Hafni. Melalui Ebook ini, penulis dibimbing dengan terperinci berkaitan dengan teknik asas suntingan supaya tulisan menjadi lebih sedap dibaca dan berkualiti.

Kejutan pertama yang saya dapat selepas mendaftar ialah penulis tidak dibenarkan ber’facebook’ sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 hari pertama penulisan. Semua perlu fokus kepada disiplin untuk menghasilkan minima 5 entri setiap hari selama 10 hari. Memang lain daripada yang lain. Entah kenapa, saya suka dengan kelainan ini. 

Bermula dengan menyediakan buku nota untuk mencatat semua isi penting mengikut bab, penulis kemudiannya perlu memindahkannya ke dalam blog. Setiap hari, Puan Masayu akan memantau kandungan blog dan membuat komen dalam kumpulan ‘Whatsapp’. Penulis sentiasa dikejutkan dengan peringatan yang berterusan daripada Pn Masayu.  Memang tiada masa untuk berlengah dan berleka-leka. Bimbingan dan kesungguhan seorang guru jelas terserlah bagi memastikan pelajarnya mencapai sasaran seperti yang telah ditetapkan.

Pada awalnya saya bercadang untuk menulis ebook tentang aktiviti matematik yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan kanak-kanak, tetapi hampir 70% bahan berada  di rumah saya di Perlis. Kebetulan jumlah kes Covid-19 di Perlis kembali meningkat, menyebabkan saya menangguhkan rancangan untuk balik ke sana. 

Selepas berbincang dengan Pn Masayu, beliau mencadangkan supaya saya menulis kisah hidup sepanjang 34 tahun bertugas sebagai pendidik di sekolah dan di Institut Pendidikan Guru (IPG).  Ini bermakna saya terpaksa mengimbau kembali segala memori sepanjang 34 tahun berkhidmat. Ianya membuat saya berasa agak tertekan kerana perlu mengumpul bahan dan memastikan dapat menulis 5 entri setiap hari selama 10 hari.

Sebenarnya dengan bimbingan berterusan Pn Masayu dan pasukannya, 5 entri dalam 1 hari bukanlah mustahil. Banyak petua yang diberikan antaranya mesti konsisten menulis setiap hari di awal pagi. Kekal mencatat isi penting bahan di buku nota. Dan reka bentuk kaver buku sebenarnya sangat membantu memotivasikan penulis untuk terus gigih menulis.

Tetapi melalui pengalaman selama 30 hari berguru dengan Puan Masayu, saya tahu bahawa disiplin diri dan iltizam untuk melihat sebuah ebook dapat dihasilkan dalam masa sebulan adalah segala-galanya.  

Pendapat saya, penulis baru perlu memastikan dapat memperuntukkan sekurang-kurangnya 5 jam sehari secara konsisten untuk memastikan sebuah ebook dapat dihasilkan dalam masa 30 hari.  Mesti telah ada himpunan bahan cukup untuk 50 entri sebelum hari pertama penulisan  bermula. Selain itu, asas penulisan dan penguasaan nahu dan tatabahasa yang baik juga sangat membantu untuk dapat menulis dengan pantas dan menarik. 

Jika masa boleh diputarkan semula, saya akan pastikan  waktu yang dipilih adalah pada bulan di mana saya betul-betul ada kelapangan masa supaya tidak ada gangguan dan dapat fokus kepada penulisan.

Yuran yang saya belanjakan untuk mengikuti kelas ini memang sangat berbaloi dan memberikan pulangan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sangat berharga. Kelas ‘Tulis dan Terbit Ebook Pertama’ di bawah bimbingan Puan Masayu dan pasukannya telah dapat memandu saya untuk memahami serta mengamalkan proses menerbitkan ebook  secara tersusun.

Terima kasih tidak terhingga, jasa puan terpahat di selamanya.

Thursday, October 8, 2020

Normah Saleh Buat Duit Dengan Rumah Sewa




 Dari kelas ini saya dapat belajar bagaimana untuk fokus menyediakan bahan dalam masa 10 hari, mencipta kaver buku berbentuk flat cover dan 3D, melakukan suntingan kendiri dan akhirnya memasarkan e-book. Semua ini berlaku dalam masa 30 hari. Saya sendiri tidak sangka saya mampu melakukannya.

    Tugas yang paling mencabar ialah menyediakan 50 entri dalam masa 10 hari. Bayangkan, kita perlu memerah otak mencari idea untuk menyiapkan 5 entri setiap hari. 

    Amat berbaloi kerana segala ilmu asas yang diperlukan untuk menghasilkan e-book dapat diperolehi dalam masa yang singkat.  Tambahan pula, kita dapat terus menghasilkan e-book sendiri. Hands-on learning technique yang berkesan.

Kepada peserta baru yang mahu mendaftar, jangan fikir terlalu panjang. Daftar sahaja dan go with the flow. Apabila kita ikut jadual yang diberikan, inshaAllah kita akan dapat menghabiskan kelas ini bersama e-book dalam masa 30 hari sahaja.

    Urusan harian seperti kerja hakiki, anak-anak dan keluarga, serta lain-lain cabaran terutamanya jika mempunyai anak kecil. Saya terpaksa mencari masa di waktu malam ketika anak sudah tidur untuk membuat tugasan. 

    Disiplinkan diri untuk menyiapkan manuskrip dalam tempoh masa yang ditetapkan, dalam 30 hari sebagaimana ketika belajar di kelas. Tanpa disiplin dan kesungguhan yang tinggi, niat untuk menulis mungkin akan terbengkalai.

    Panduan langkah demi langkah yang diberikan di dalam tempoh masa yang ketat menyebabkan secara otomatik kita berusaha ke arah menyiapkannya. Terima kasih Pn Masayu dan rakan-rakan kerana atas ajaran anda, saya berjaya menghasilkan e-book pertama. Alhamdulillah.

Alia Basirah Pornografi Dadah Digital Era Baharu

 



Ulasan kelas Ebook (Alia Basirah WM)

Sejujurnya, semasa saya menekan pautan yang dikongsikan oleh puan masayu, niat saya hanyalah untuk melihat harga yuran kelas, tetapi tak sangka dah ‘terperangkap’ dalam Group Wasap. Namun, saya tak pernah pun terlintas nak keluar Group tersebut memandangkan sudah lama saya memendam rasa untuk menerbitkan ebook. Penerangan yang jelas tentang perjalanan bengkel itu menyebabkan saya berpuas hati dan bersetuju dengan bayaran yang dikenakan.

Sepanjang telibat dengan bengkel puan masayu dan tim, saya sentiasa rasa bahawa saya mendapat sokongan yang padu daripada mereka. Setiap kali kita rasa berputus asa dalam segala proses yang dilalui, kata-kata semangat yang diberikan menjadikan saya kuat dan terus mencuba tanpa berhenti.

Ingatan’mesra’ yang diberikan oleh Puan Masayu menyebabkan kita rasa bersalah jika tidak menyempurnakan tugasan yang diberi. Bengkel ini juga mengingatkan saya bahawa penulis wajib disiplin dalam proses penulisannya. Dalam bengkel ini juga saya telah mengetahui cara lengkap untuk tulis, sunting dan jual ebook sendiri. In sha Allah, saya akan terus mempraktikkannya selepas kelas ini.

Bagi saya tugasan yang paling sukar untuk dilakukan adalah untuk menjual ebook yang kita hasilkan. Benar, merancang kejayaan buku lebih sukar daripada menulis buku. Namun ia tetap penting kerana tidak dapat tidak, kita harus menyampaikan idea kita kepada umum agar ramai orang mendapat manfaat daripada ebook yang kita hasilkan.

Saya sendiri mengambil masa beberapa hari untuk memancing pembaca membeli ebook saya. Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, saya nasihatkan anda untuk mempunyai bahan rujukan yang lengkap bagi memudahkan kelancaran menulis. Apa sahaja cabaran yang datang, cuba bertahan dan sentiasa memohon doa kepada Allah agar diberikan kekuatan menyempurnakan penulisan. Tulislah apa yang memberi manfaat kepada orang dan pastikan kita tahu siapa pembaca yang ingin kita sasarkan.

Bagi saya penulis akan gagal sekiranya mereka tidak mampu menguasai bahan yang ditulis. Selain itu antara kegagalan penulis juga ialah apabila tidak berjaya memberikan komitmen dalam kelas ini.

Apabila kita sudah melabur duit untuk kelas ini, kita harus berkorban dan melakukan pelbagai cara agar manuskrip kita siap. Lambat sedikit tidak mengapa asalkan terus istiqamah, tekun dan bersungguh-sungguh.

Apabila kelas tamat, jagalah hubungan dengan guru-guru dan rakan penulis. Seorang penulis tidak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan penulis lain. Inilah faktor utama yang membuatkan momentum menulis sentiasa segar dan boleh diteruskan walaupun sesi kelas sudah tamat. Selain itu, penulis harus membudayakan aktiviti membaca agar aliran idea sering berkembang dan kita berjaya menghasilkan konten yang baik di media cetak mahupun elektronik.

Ebook modul tulis terbit ini sangat membantu kita untuk menerbitkan ebook dengan cara yang sangat praktikal. Arahan mudah serta grafik yang menarik menjadikan modul ini mudah dipelajari dan diikuti walaupun mungkin kita tidak mendapat bimbingan guru. Ebook ini mambantu kita untuk mempercayai bahawa semua orang berpotensi untuk menerbitkan ebook sendiri.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Masayu Ahmad, Puan Begum Irdawati dan Puan Hifzaila Hafni atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan tunjuk ajar kalian kepada saya dan semua rakan penulis.




Tuesday, October 6, 2020

Nurshuhada Muhammad Undang Undang Perburuhan

 



ULASAN KELAS TULIS TERBIT E-BOOK SEPTEMBER 2020

 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. kerana memberi saya peluang menyertai kelas Tulis Terbit E-Book September 2020. Penyertaan yang tidak dirancang, namun hadir pada masa yang tepat. Menyorot kembali kenangan, pada 22 Ogos 2020, saya terbaca perkongsian di Facebook Dr Mahfuzah Mohammed Zabidi, seorang sahabat baik sejak zaman persekolahan. Terdetik di hati saya “eh menarik ni.” Terus tekan link ke whatsapp untuk mendaftar. Niat di hati mahu “recce” dulu. “Salam. Boleh saya tau car acara mendaftar, berapakah yuran dan info lain?’ Sapaan saya bersambut pemilik whatsapp group yang dikenali sebagai Masayu Ahmad. “Waalaikumussalam w.b.t. Salam perkenalan Puan Shuhada.” Lantas terus Puan Masayu berkongsi 8 soalan Analisa untuk dijawab. Entah kenapa saya terus terpikat. Nampaknya sudah sampai masanya untuk saya mencuba sesuatu yang telah lama diangankan, namun terlalu ragu-ragu untuk bermula.

           

            Sejak itu, setiap pagi, setiap hari, malah setiap masa kami peserta-peserta kelas Tulis Terbit E-Book September 2020 dihambat oleh whatsapp daripada Puan Masayu. Awal-awal kelas, bila Nampak notifikasi ada whatsapp daripada Puan Masayu, saya rasa berdebar-debar sungguh. Saya rasa kelas sangat laju. Saya tidak mampu mengejar. Nak faham arahan setiap hari pun saya ambil masa, apatah lagi nak mengejar selesaikan tugasan-tugasan yang dijadualkan. Dengan bebanan kerja hakiki yang berat semacam pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, hanya pada Allah saya meminta agar urusan saya dipermudahkan. Kerja di Pejabat Tenaga Kerja (Pejabat Buruh), faham-faham sajalah. Pekerja dan majikan sama-sama terjejas kerana PKP. Saya stress di tempat kerja, dan saya mendaftar kelas Tulis dan Terbit E-Book pula. Aduh, terasa seperti sengaja mencari masalah.

 

            Minggu pertama, saya betul-betul “memaksa” diri untuk memenuhi kehendak kelas. Umpama paku diketuk dengan penukul. Selalunya saya bangun jam 5.00 pagi, tapi sejak menyertai kelas ini, saya awalkan 30 minit bangun jam 4.30 pagi. Tapi bukan setiap hari saya mampu membaca dan menulis untuk kelas. Kadangkala masa yang dah diperuntukkan tu, terpaksa saya gunakan untuk kerja-kerja hakiki. Puan Masayu selalu pesan, kena disiplin! Kena disiplin! Semua peserta mesti menulis setiap hari. Ya Allah, sesungguhnya saya rasa tercicir, sebab saya tak mampu ikut arahan kelas. Saya stress dan saya keletihan.

 

Minggu kedua, saya rasa lebih stabil. Masih stress, namun stabil. Apa yang tak disangka, saya rasa seronok menulis. Dah lama saya teringin berkongsi pengetahuan yang secebis ini. Akhirnya saya ada peluang keemasan. Dapat berkongsi, dapat belajar menulis, dapat belajar berdisiplin. Siap ada pakej cikgu-cikgu tolong “kejar” lagi. Apa lagi yang saya mahu? Saya berazam untuk habiskan kelas ini dengan bergaya, bak kata Puan Masayu. Saya berjanji akan cuba sehabis baik untuk mengikut jejak kawan-kawan lain. Mereka boleh, tentu saya pun boleh. Allah akan bantu saya.

Minggu ketiga, saya dah nampak hasil yang saya impikan. Setiap hari saya akan “touch-up” hasil kerja kecil saya dengan gembira dan bersemangat. Saya tahu kerja saya masih jauh daripada sempurna. Setiap kali semak, terasa banyak poin yang tertinggal. Apa pun, yang saya tahu stress saya sudah berbeza berbanding awal-awal dulu. Semuanya sudah terkawal, alhamdulillah. Saya rasa semakin bersemangat nak menyiapkan tugasan. Sempat pula saya simpan angan-angan untuk buat e-book kedua pula nanti. Apa tajuk nak diletak agaknya ya?

Sesungguhnya kelas Tulis Terbit E-Book kelolaan Puan Masayu bersama rakan-rakannya adalah kelas yang amat berbaloi untuk disertai. Sungguh, Murah, tetapi penuh dengan ilmu, pengalaman dan hasil yang memberangsangkan. Terima kasih Allah. Saya amat terhutang budi kepada Puan Masayu, Puan Begum Irdawati dan Puan Hifzaila Hafni. Semoga berkat ilmu yang dicurahkan ini, kehidupan kalian dipermudahkan Allah sentiasa.    

NUR SHUHADA BINTI MUHAMAD

18 September 2020