Monday, October 22, 2018

Tulis Dan Terbit Ebook Pertama


Untuk mendaftar kelas online tulis dan terbit ebook
Hubungi 011-32135734
Email: pn.masayu@gmail.com
www.masayuahmad.com
Apa yang akan dipelajari?
1. Tulis Dan Terbit Ebook Pertama
2. Langkah Demi Langkah
3. Strategi Jualan Ebook

Siapa boleh belajar.
1. Mempunyai bank idea terkumpul di blog, mahu terbitkan sebagai ebook.
2. Menerbitkan ebook sebagai modul kelas online dan offline
3. Tulis dan terbit ebook sebagai pendapatan aktif dan pasif.
4. Menjadikan ebook sebagai proposal untuk terbit buku fizikal pertama.
Apa kata mereka yang sudah menyertai kelas ini?
Untuk mendaftar hubungi 011-32135734
Email: pn.masayu@gmail.com
Alhamdulillah.
Kelas Tulis dan Terbit Ebook Edisi Online amat membantu saya dalam menghasilkan naskah ebook yang betul-betul berkualiti. Sebelum ini saya pernah cuba menghasilkan ebook berkenaan kraf Felt yang ringkas tanpa panduan yang betul. Isi tidak menarik dan penyampaian yang tidak berkesan. Disebabkan ianya terlalu susah untuk hasilkan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti menulis.

Selepas mendapat tunjuk ajar daripada Puan Masayu Ahmad dalam Kelas Tulis dan Terbit Ebook secara online, saya mampu menghasilkan Ebook yang boleh dijual. Perbincangan melalui group whatsapp secara berkumpulan dan tugasan yang diberikan memudahkan saya menulis dengan baik. Idea secara spontan dan bergerak mengikut jadual yang ditetapkan.


Yuran mungkin agak mahal, tetapi dengan penyampaian ilmu, tip dan panduan yang jelas langkah demi langkah sehingga saya boleh faham dan menulis ebook dengan begitu baik. Inspirasi daripada rakan dalam group juga membuatkan saya lebih yakin dan bersemangat untuk menyiapkan ebook.
Semoga Ebook pertama saya berjudul Panduan Bisnes Kraf Felt membuka jalan semangat untuk saya terus menulis dan menghasilkan lagi ebook yang hebat dan perlu dimiliki oleh semua. Insyaallah.


Sememangnya berbaloi bersama Puan Masayu dalam kelas Tulis dan Terbit Ebook Edisi Online jika anda ingin menjadi seorang penulis yang berjaya.
Terima Kasih Puan Masayu Ahmad.

Ikhlas,

Nurul Hidayah Harun


Kelas Tulis & Terbit Ebook Pertama

Kelas Tulis & Terbit adalah Kelas Online kelolaan Pn Masayu Ahmad yang mesra dikenali sebagai Kak Mas. Medium yang digunakan adalah hanya melalui aplikasi whatapps dan blogger.com. Pengendalian kelas yang teratur di mana kami diberi tugasan oleh Kak Mas setiap hari melalui aplikasi whatapps untuk pastikan kami kekal di dalam "time-frame"  yang ditetapkan. Beliau pula akan menyemak setiap blog dan memberi ulasan dan pendapat kembali di aplikasi whatapps. Begitulah hari demi hari sehingga tamat 30 hari.

Kelas ini sesuai untuk anda yang mempunyai kemahiran untuk dikongsi dalam bentuk penerbitan online iaitu ebook. Lebih-lebih lagi jika anda sudah ada material untuk diterbitkan. Jika tiada jangan risau, Kak Mas juga ada menganjurkan Kelas Online Asas Ebook. Kelas tersebut amat membantu kita untuk bermula dari awal.

Pemberian tugasan hari demi hari, menjadikan kita berdisiplin untuk menyiapkan tugasan tepat pada waktu yang diberikan. Sebagai penulis yang baik, kita mesti mampu untuk "meet deadlines". Penyatuan semua peserta di dalam satu kumpulan whatapps memberi banyak kelebihan, antaranya perkongsian idea, pemberian pendapat dan juga rakan baru. 

Kesimpulannya, kelas ini memang membantu saya dalam penerbitan ebook saya yang pertama. Penulisan bukan bidang saya tetapi dengan disiplin dan panduan dari Kak Mas saya mampu memperbaiki penulisan dan pengeluaran idea yang baik.

Terima Kasih kepada Kak Mas dan rakan-rakan satu batch - Kelas Ebook Oktober 2017 atas ilmu dan pengalaman yang berguna.

Wallahua'alam
Untuk mendaftar hubungi 011-32135734
Email: pn.masayu@gmail.com



Hari ni sudah masuk hari ke 22 kelas ebook Puan Masayu Ahmad.  Saya masih lagi di dalam bab menyunting.  Kelas ini agak mencabar mental sebenarnya.  Kalau kalian belum masuk kelas asas blog bersama beliau, sebaiknya masuk kelas tersebut dahulu sebelum masuk kelas ebook ini kerana kelas ini agak berat.


Namun yang bagusnya Puan Masayu sangat komited dalam menjalankan kelas ini walaupun secara wassup dan rujukkan blog beliau.  Saya rasa sangat terharu di atas komitmen beliau.



Saya pada asalnya hanya mengenali beliau di facebook.  Setelah beberapa tahun kebelakangan ini nama beliau sering saya lihat di newsfeed facebook saya.  Saya rujuk di majalah mingguan wanita berkenaan wanita ini.  Oh rupanya beliau merupakan penulis tetap di majalah tersebut.  Oleh itu saya yang pada asalnya tidak mengenali beliau terus tidak ragu-ragu membeli ebook beliau iaitu Yeay Mama sudah Resign.  Dari situ saya banyak mendapat inspirasi tentang kebenaran bekerja dari rumah boleh menjana pendapatan juga sebenarnya.  Tapi dengan satu syarat iaitu mesti komited!



Melihatkan perkongsian rakan-rakan dalam ebook tersebut membuatkan hati saya tersentap.  Rupanya ramai lagi wanita yang mempunyai Ijazah akhirnya berhenti kerja dan bekerja dari rumah sahaja.  Saya merasa terkesan di situ kerana selama ini saya sering menyalahkan diri sendiri kerana betapa ruginya saya berhenti kerja dahulu lebih-lebih lagi dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang.



Sejak itu saya mula nekad bahawa saya mesti terus pandang ke depan dan tidak akan menoleh  belakang lagi.  Sejak bisnes saya yang pertama jatuh, dua tahun yang lepas.  Alhamdulillah hari ini saya bangkit semula.  Saya juga bangga dengan diri sendiri.  Walaupun usaha saya sangat kecil berbanding dengan orang lain namun sekurang-kurangnya saya mampu memberi manfaat untuk anak-anak,keluarga dan rakan-rakan sekeliling yang memerlukan khususnya dalam bab seronok belajar untuk anak-anak.



Penulisan ebook saya yang bertajuk Anak Seronok Belajar di bawah seliaan Puan Masayu Ahmad ini adalah ebook sulung saya.  Semoga hasil dari kelas pertama bersama Puan Masayu ini, saya mampu mengorak langkah menulis ebook yang seterusnya dan mampu memberi sedikit perkongsian untuk ibu-ibu diluar sana.



Terima kasih Puan Masayu Ahmad.  Budimu dan jasamu tak terbalas!

Semoga terus kekal komited dalam menabur bakti kepada anak bangsa seterusnya memartabatkan suri rumah bekerja dari rumah ke peringkat antarabangsa! Insyaallah.



Ikhlas,

PN CHE HASNIDA HAMID

22/10/2017





Realisasikan Impian Anda Dalam 'Kelas Tulis Dan Terbit Ebook Pertama'

Dalam buku Mendorong Diri Sendiri tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. ada menulis "Kajian-kajian oleh pakar psikologi mengesahkan orang-orang yang kreatif sudah menunjukkan sifat rajin bekerja sejak mereka masih kecil-kecil lagi."

Kelas Tulis & Terbit Ebook Pertama di bawah naungan Puan Masayu Ahmad adalah kelas atas talian (online) yang menggunakan teknik KJ-Method (Kawakita Jiro) untuk mula menulis dengan memfokuskan lima bab pertama dengan kemudahan menulis dari mana-mana bab. Menarik bukan? Ini kelebihan KJ-Method yang mesti kita pelajari. Inisiatif Puan Masayu yang juga penulis ebook popular Jana RM Dari Rumah ini sangat teratur dari awal hingga akhir sesi penulisan yang biasanya mengambil masa 30 hari untuk diselesaikan. Penulis wajib menyediakan satu 'buku nota' khas sebaik sahaja analisa tajuk selesai di antara bakal penulis dan mentor.

Kelas ini mengingatkan saya kepada buah tangan Nimoiz T Y bertajuk Menjadi Penulis Jutawan. Sekiranya mahu pandangan peribadi saya melihat kelas ini sebagai 'petak mula ke planet penulisan' bagi mereka yang bercita-cita menjadi penulis. Sekarang kita sudah tidak boleh dipisahkan dengan dunia maya. Seiring dengan perkembangan teknologi ia memudahkan kita mencari informasi dan membuat kerja melalui Internet dan gajet.

Kepada Puan Masayu yang mesra kami panggil 'Kak Mas', setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih daripada saya yang diberi peluang kali kedua untuk menyampaikan sesuatu yang ada dalam diri kepada orang lain. Saya berdoa semoga kali ini naskah akan sampai ke destinasi pembaca yang sebenar di luar sana. Biiznillah.

Seorang penyair pernah berkata:
"Ibu adalah madrasah pertama. Apabila engkau mempersiapkannya maka engkau telah mempersiapkan bangsa yang mulia."

Saya percaya mereka yang pernah mengikuti Kelas Tulis & Terbit Ebook Pertama bersama Puan Masayu akan terus menulis dan berkongsi di mana jua mereka berada. Semoga lebih ramai lagi wanita dan ibu akan berpeluang merealisasikan impian untuk menulis hanya di rumah.

Syukran Jazilan,
Puan B
Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh
Untuk mendaftar kelas online tulis dan terbit ebook
Hubungi 011-32135734
Email: pn.masayu@gmail.com
www.masayuahmad.com



Kelas Tulis dan Terbit Ebook Pertama

Sebelum Ramadhan 1438H yang lalu, saya telah bertekad untuk menulis buku bagi merekodkan semua pengalaman yang boleh dimanfaatkan sepanjang mendidik anak - anak. Kelas penulisan telah saya hadiri, namun tuntutan kerja seharian mengurus anak yang belajar sepenuhnya di rumah membuatkan saya lemah untuk mendapatkan momentum penulisan.

Alhamdulillah, doa saya yang sedang mengharapkan batu loncatan akhirnya termakbul apabila ternampak status Puan Masayu Ahmad yang membuka kelas Tulis dan Terbit Ebook Pertama. Pada mulanya saya ragu- ragu takut gagal lagi setelah kursus demi kursus disertai. Namun sangkaan saya meleset, kerana kelas ini dijalankan dengan amat terancang sekali. Setiap hari selama 30 hari, peserta dipantau dan diberikan tugasan yang jelas. Langkah demi langkah yang disusun berjaya membuat saya memaksa diri menulis setiap hari atau fokus dengan tugasan.

Bermula dari memilih tajuk, menyusun bab, menulis, menyunting, menerbit ebook dan seterusnya teknik pemasaran, semuanya diberikan bimbingan dan arahan yang jelas. Perkongsian dan pertanyaan yang dibalas mesra oleh 'Kak Mas' sentiasa memberi semangat positif dalam perjuangan menghasilkan buku pertama ini. Suami juga gembira meluangkan masa membantu menjaga anak-anak kerana teruja melihat saya (akhirnya!) berjaya fokus menghasilkan sebuah penulisan yang saya cita- citakan. Ilmu ini pasti akan saya gunakan untuk buku- buku seterusnya, insyaAllah.
Semoga usaha pasukan Akademi Bekerja Dari Rumah ini sentiasa dirahmati Allah dan diberi ganjaran terbaik di sisiNya.
Untuk mendaftar kelas online tulis dan terbit ebook
Hubungi 011-32135734
Email: pn.masayu@gmail.com
www.masayuahmad.com

Sunday, October 21, 2018

Bangkit Selepas Bercerai - Begum Irdawati Dowlad Rahuman


Pesan Toni Morrison yang memenangi Anugerah Pulitzer pada tahun 1988, sekiranya ada sebuah buku yang yang ingin kita baca tetapi belum ditulis lagi, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menulis buku tersebut.

Bengkel Tulis dan Terbit Ebook secara online ini merupakan bengkel terbaik bagi menghasilkan buku pertama bagi orang yang tidak mempunyai disiplin menulis.

Puan Masayu Ahmad konsisten menggerakkan peserta dan mengingatkan mengenai tugasan dan dateline. Beliau juga menetapkan jadual penulisan dan apa yang perlu dibuat setiap hari. Segala rasa malas, tiada idea, tersangkut dan writer’s block yang dihidapi ramai penulis baru mula hilang masuk minggu kedua kelas apabila kita sudah mencapai momentum daripada latihan menulis setiap hari selama satu jam.

Sebelum ini saya telah mengikuti banyak kelas dan bengkel menulis dari pelbagai guru penulisan yang hebat. Kelas Tulis dan Terbit ini merupakan kelas pelengkap bagi kelas-kelas penulisan tersebut. Gaya Puan Masayu Ahmad yang tegas menjadikan saya komited membuat semua tugasan.

Benarlah kata pepatah, apabila murid telah bersedia sang guru akan muncul.

Terima kasih Puan Masayu Ahmad.

Begum Irdawati Dowlad Rahuman, Kelas Tulis dan Terbit Oktober 2018

Saturday, October 20, 2018

Bahagianya Ajar Anak Al-Quran - Norhayati Ismail

Kelas Tulis dan Terbit Ebook Pertama


Sebelum Ramadhan 1438H yang lalu, saya telah bertekad untuk menulis buku bagi merekodkan semua pengalaman yang boleh dimanfaatkan sepanjang mendidik anak - anak. Kelas penulisan telah saya hadiri, namun tuntutan kerja seharian mengurus anak yang belajar sepenuhnya di rumah membuatkan saya lemah untuk mendapatkan momentum penulisan.

Alhamdulillah, doa saya yang sedang mengharapkan batu loncatan akhirnya termakbul apabila ternampak status Puan Masayu Ahmad yang membuka kelas Tulis dan Terbit Ebook Pertama. Pada mulanya saya ragu- ragu takut gagal lagi setelah kursus demi kursus disertai. Namun sangkaan saya meleset, kerana kelas ini dijalankan dengan amat terancang sekali. Setiap hari selama 30 hari, peserta dipantau dan diberikan tugasan yang jelas. Langkah demi langkah yang disusun berjaya membuat saya memaksa diri menulis setiap hari atau fokus dengan tugasan.

Bermula dari memilih tajuk, menyusun bab, menulis, menyunting, menerbit ebook dan seterusnya teknik pemasaran, semuanya diberikan bimbingan dan arahan yang jelas. Perkongsian dan pertanyaan yang dibalas mesra oleh 'Kak Mas' sentiasa memberi semangat positif dalam perjuangan menghasilkan buku pertama ini. Suami juga gembira meluangkan masa membantu menjaga anak-anak kerana teruja melihat saya (akhirnya!) berjaya fokus menghasilkan sebuah penulisan yang saya cita- citakan. Ilmu ini pasti akan saya gunakan untuk buku- buku seterusnya, insyaAllah.
Semoga usaha pasukan Akademi Bekerja Dari Rumah ini sentiasa dirahmati Allah dan diberi ganjaran terbaik di sisiNya.

Thursday, October 18, 2018

Pantang Tradisional - Nur Syatirah Shuib


Selama 31 hari kelas ini dijalankan. Alahmdulillah dengan bimbingan Kak Mas, ebook dengan 100 muka surat dapat disiapkan dalam tempoh sebulan. Ianya bukan mudah memandangkan masing-masing mempunyai komitmen kerja sendiri berbanding pelajar, di mana mereka fokus kepada belajar dan tiada komitmen kerja.

Bimbingan seorang guru adalah sangat penting untuk memastikan kita di landasan yang betul. Kelas bimbingan bagi saya adalah lebih penting berbanding kita membuatnya sendiri kerana kita mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan disamping isi kontennya kita tidak tahu samada betul ataupun salah.

Di samping itu, teknik yang digunakan memudahkan pelajar untuk hanya fokus menulis tanpa perlu memikirkan lagi perkara-perkara teknikal memandangkan ianya sudah dibukukan.

Blog khusus disediakan untuk rujukan pelajar memudahkan ebook ini dihasilkan mengikut skema terbaik yang diberikan. Semuanya sudah lengkap disediakan oleh Pn Masayu Ahmad.

Selain itu, segala persoalan yang dilontarkan dijawab dengan jelas dan mudah difahami oleh para pelajar.

Bimbingan motivasi juga diberikan memandangkan banyak masalah kesihatan dan kekangan kerja yang dihadapi oleh para peserta. Pengalaman yang dikongsikan saat beliau susah-payah menyiapkan ebook nya dahulu memberikan semangat untuk kami yang tengah diuji agar meneruskan penulisan walaupun berada di dalam tekanan yang sangat hebat.

Sesungguhnya Pn Masayu seorang guru online yang sangat berpengalaman dan terbukti hasil kerjanya melalui penulisannya sendiri dan anak muridnya juga berjaya melalui bimbingannya. Saya sendiri berjaya mempromosikan syarikat saya sendiri di dalam majalah Pa & Ma dan Mingguan Wanita dengan artikel yang saya hasilkan sebelum ini di blog saya, syatirahshuib.blogspot.my, juga dengan bimbingan Pn Masayu Ahmad.

Terima kasih Kak Mas! Jasamu sentiasa dikenang dalam doaku!  



Yang Benar,
Nur Syatirah Shuib
Kak Bidan Sempoi
Qulusa Therapy
Putatan, Sabah.
018-3677769

Pantangtradisional.blogspot.my

Wednesday, October 17, 2018

Kunci Asas Didik Anak - Mardhiah Samsuri

Setinggi kesyukuran dengan rasa kehambaan padaNYA. Tiada daya dan kuasa melainkan dariNYA.

Mendakap redhaNYA sepanjang hayat membawa saya kepada episod baru penuh makna dalam hidup yang sementara ini. Menulis adalah terapi yang cukup baik untuk diri saya. Menghasilkan sebuah karya yang dapat dibaca oleh kawan, adik – adik dan saudara adalah impian sekian lama. Begitulah pula menghasilkan karya yang mudah diakses oleh sesiapa yang memerlukan menjadi satu yang cukup signifikan buat saya.


Saya rafakkan rasa syukur padaNYA, anak -anak mengajar saya banyak perkara. Dan mereka membuka ufuk luas untuk saya teroka dunia perkembangan manusia, baik dari sisi perkembangan otak, tingkahlaku dan kemampuan untuk matang. Melihat anak -anak sentiasa
member diri harapan. Harapan bahawa akan sentiasa ada sinar.

Pada anak yang lewat bercakap. Pada anak yang berjuang untuk membaca. Pada anak yang terkesan dengan pelbagai kesedihan dan asakan orang dewasa. Mereka sentiasa memberi harapan pada saya. Anak-anak ini mahu sentiasa menuju kepada kebaikan. Jatuh bangun mereka sentiasa menjadi inspirasi buat saya. Setiap lelah terasa kepuasan. Nikmat dalam segala cabaran. Tak dilupa buat Puan Masayu Ahmad. Kesediaan sebagai guru dan pembimbing. Pencetus rasa agar tidak putus asa sebelum sampai ke garisan penamat. Sebelum kelas lagi Puan Masayu begitu rajin dan bersungguh melayan segala persoalan yang saya lontarkan. 

                                                  


Ungakapan terima kasih tidak memadai untuk saya ucapkan buat Puan Masayu. Saya amat bersyukur atas lorongan dariNYA dan terpilih belajar bersama dalam kelas Disember 2017. Bukan sekadar pengalaman yang cukup bermakna, malah penerokaan penuh harapan.

Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa dan kebaikan Puan Masayu. Moga ALLAH sentiasa limpahi barakah dan rahmatNya buat puan sekeluarga.

Saya juga amat menghargai kebersamaan rakan -rakan kelas Disember 2017. Pendapat ikhlas dan sokongan agar sama -sama dapat sampai kepada matlamat saya rasai. Moga ebook kawan-kawan juga akan menempa kejayaan yang kalian harapkan. Begitu banyak perkara baru saya belajar dari kalian. ALLAH jua yang member sebaik ganjaran.

Moga ada secebis manfaat yang dapat saya sebarkan melalui ebook pertama ini.

Selamat membaca!