Sunday, September 13, 2020

Dari Kamar Mahkamah Syariah Tebus Talak Muhammad Hafizuddin Wahid

 



Ini merupakan kali pertama saya menyertai kelas penulisan khususnya penulisan ebook. Sebelum menyertai kelas ini saya ada beberapa kali terfikir adakah sukar sebenarnya untuk menghasilkan senaskah penulisan? Apatah lagi melalui kelas ini penulisan akan disiapkan dalam tempoh masa satu bulan. Saya simpan dahulu persoalan ini dan terus mendaftar untuk menyertai kelas bagi sesi Ogos kali ini.

Sepanjang menyertainya saya belajar terlampau banyak perkara berkaitan penulisan khususnya penulisan ebook. Bermula daripada pengumpulan bahan, kemudian kepada proses mencipta kaver ebook, seterusnya proses suntingan dan pemurnia hinggalah kepada proses yang terakhir iaitu pemasaran dan jualan. Semua proses ini dipantau oleh pembimbing dengan baik. Sekiranya ada kekurangan mereka akan memberitahu supaya ianya ditambah baik.

Bagi saya kelas penulisan ini amat berbaloi untuk disertai kerana disamping bahan rujukan dan panduan yang diberikan oleh para pembimbing mereka juga akan mengingatkan kita tentang tugasan harian pada setiap hari bagi memastikan kita masih berada di atas landasan untuk menyiapkan penulisan ini. Ianya juga membantu saya untuk sentiasa mengekalkan momentum untuk terus menulis.

Sebelum menyertai kelas ini, bagi saya persediaan yang paling penting ialah kita telah mengumpulkan semua bahan rujukan dan maklumat berkaitan dengan tajuk atau bidang yang akan kita tulis. Ianya bagi memastikan proses penulisan kita itu nanti berjalan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah kekurangan content.

Antara cabaran yang saya sendiri hadapi ialah pada mulanya agak sukar untuk membiasakan dan mendisplinkan diri untuk mencapai kpi harian. Walaubagaimanpun setelah beberapa hari saya dapat mengikuti rentak itu. Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan bahan rujukan ianya sedikit sebanyak membantutkan momentum menulis saya. Namun saya mengikut nasihat para pembimbing untuk terus menyiapkan mana-mana bahagian yang mudah dahulu.

Sejujurnya kelas ini memerlukan untuk kita memberikan fokus yang tinggi. Ini kerana para pembimbing telah menetapkan garis masa dan kpi yang perlu kita capai bagi membolehkan ebook itu nanti dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya percaya selepas tamat mengikuti kelas ini, saya mampu untuk menerbitkan ebook dengan sendiri di masa-masa akan datang.

Akhir kata terima kasih kepada semua pembimbing kelas ebook sesi Ogos ini, tidak lupa kepada semua rakan-rakan lain yang turut sama menulis dalam kelas ini disamping turut memberikan semangat antara satu sama lain. Buat para pembimbing saya mohon supaya segala ilmu ini dihalalkan dan memohon maaf atas segala kekurangan diri saya.

Muhammad Hafizuddin Bin Wahid






No comments:

Post a Comment