Saya terus menghantarkan mesej kepada beliau menyatakan hasrat untuk belajar menulis buku sebagaimana yang dibuatnya. Apa yang mengejutkan ialah, beliau menyatakan bahawa beliau masih dalam proses belajar menulis dan sekiranya saya ingin belajar, beliau boleh kenalkan seseorang di fb yang ada kepakaran untuk saya belajar daripadanya.
Dari situlah
saya membuat carian berkaitan kelas ini. Setelah berjaya
bermesej secara peribadi melalui whatapps, akhirnya saya
mendaftar untuk mengikuti kelas menulis dan menerbit ebook tersebut.
Ya, memang saya agak lambat membuat
keputusan untuk menyertai bengkel penulisan secara online untuk bulan
Sepetember ini. Sehinggakan pada mulanya saya berbelah bahagi untuk menyertai
atau tidak. Komitmen oh komitmen. Itulah alasannya. Akhirnya dengan motivasi
dan nasihat dari Puan Mas, saya sahut cabaran itu dan dalam proses menghabiskan
penulisan.
Bengkel penulisan ini sebenarnya sangat berbaloi-baloi. Khidmat yang disediakan 8 bintang berbanding dengan yuran penyertaan yang sangat murah pada saya. Saya pada mulanya menyangka Puan Mas bergerak seorang diri. Rupa-rupanya ada pasukan yang cukup hebat yang saling menyokong antara satu sama lain.
Puan Mas senantiasa mengingatkan tugasan yang perlu dilaksanakan setiap hari. Bukan sahaja dihantar dalam whatapps group sahaja, bahkan beliau senantiasa juga mesej saya secara peribadi.
Pada mulanya saya ingatkan bengkel ini hanya memfokuskan kepada kandungan penulisan ebook semata-mata, tapi rupanya ia lebih daripada itu. Peserta diajar cara untuk membina kaver secara langkah demi langkah. Tips ini dikongsi oleh Puan Begum. Setiap percubaan kaver ebook diberikan rating per 10 oleh pempimbing sehinggalah ia menepati piawaan tertentu. Bukan itu sahaja, bahkan peserta diajar untuk mempromosikan ebook yang ditulis untuk dijual kepada pengguna media sosial.
No comments:
Post a Comment