Thursday, September 3, 2020

Tutorial Susu Almond Nor Aishah Hasan

 

Alhamdulillah.

Syukur kepada Ilahi dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan ebook pertama saya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Seperti tidak percaya, tesis penyelidikan yang berbentuk ilmiah boleh ditransformasikan kepada ebook yang bermanfaat untuk pembaca yang bukan sahaja terdiri daripada golongan akademia malahan pembaca dari segenap lapisan masyarakat. 

Kelas Tulis & Terbit ebook ini telah dibimbing oleh Puan Masayu Ahmad. Beliau dan rakan-rakannya amat membantu dalam proses penyiapan ebook ini. Selama 30 hari, kami dibimbing menerusi aplikasi online, diberi tugasan setiap hari dengan berbekalkan tunjuk ajar satu persatu dan segala persoalan dijawab dengan pantas. Puan Masayu juga akan mengikuti setiap perkembangan tugasan setiap hari tanpa jemu mengingatkan setiap peserta supaya mematuhi segala dateline yang diminta.

Kelas Tulis & Terbit ebook ini bukan sahaja mengajar menulis, malah ianya dilengkapi dengan pengajaran membuat kaver buku. Dengan bantuan Puan Begum, kaver buku amat mudah dibuat. Arahan yang menarik dan mudah menghasilkan kaver buku yang amat memuaskan.

Disamping itu, kelas suntingan dan tatabahasa yang dikawal selia oleh Puan Hifzaila membantu dalam menyediakan ebook ini dengan lebih baik.

Tanpa kesungguhan Puan Masayu dan rakan-rakan saya tidak mampu untuk menyiapkan ebook ini. Sesungguhnya saya amat terhutang budi kepada mereka kerana bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam 30 hari ini. Saya mencadangkan kepada sesiapa yang ingin menulis, sila lah mendaftar di kelas ini. Anda akan berpuas hati dengan hasil kerja anda apabila habis 30 hari kelak.

Nor’Aishah Hasan

 






 

No comments:

Post a Comment