Wednesday, September 16, 2020

Inspirasi Pelajar Sukses, Mohamad Syafiq Salih



Impian untuk menulis ebook sebagai karya saya yang pertama menjadi kenyataan.

Alhamdulillah, terima kasih atas nikmat ilmu ini. Pada awalnya, saya menganggap penghasilan

ebook ini sangat susah. Gaya penulisan saya yang masih diperingkat sederhana.

Alhamdulillah, selepas melihat status Puan Masayu melalui aplikasi facebook. Jari saya

menekan laju link yang disediakan untuk mengikuti kelas ‘Tulis dan Terbit Ebook Pertama’ yang

dikendalikan oleh Puan Masayu dan beberapa orang lagi. Hasrat saya untuk berkongsi

pengalaman dan idea kepada pembaca diluar sana dipermudahkan.

Mengikuti kelas secara atas talian, amatlah memberi cabaran yang sangat besar buat saya.

Selama 30 hari kelas, saya boleh katakan kelas ini sangat cemerlang. Kenapa saya kata

cemerlang, Puan Masayu selaku guru penulisan yang mengajar saya. Setiap hari memberi

peringatan dalam group whatsapps, lebih menarik lagi beliau akan menghantar peringatan

secara personal agar saya tidak tercicir dan ketinggalan mengikut masa yang ditetapkan.

Proses menyunting karya juga didedahkan oleh tenaga pengajar untuk menghasilkan karya yang

berkualiti. Banyak perkataan yang saya baru pelajari tentang ejaan yang betul, tatabahasa dan

penggunaan tanda baca. Proses penghasilan kulit ebook begitu mudah. Saya tidak sangka ia

semudah ABC sahaja.

Modus operandi kelas secara atas talian ini menggunakan kaedah yang sangat komprehensif.

Ebook panduan disediakan dengan cemerlang. Langkah demi langkah ditunjukkan satu per satu

membuatkan saya lebih mudah untuk memahami bahan pembelajaran.

Nasihat saya kepada bakal peserta tulis dan terbit ebook yang pertama akan datang supaya

memahami sepenuhnya tajuk yang ingin ditulis agar proses penulisan berjalan dengan lancar.

Yang pasti apabila mengikuti kelas sebegini, anda akan berpuas hati. Diakhir kelas nanti, impian

anda untuk menulis ebook akan tercapai sekiranya 100 peratus komitmen diberikan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang sangat baik mendidik kami.

Pengalaman pembelajaran sebegini amatlah berharga bagi saya. Yuran sangat berbaloi dengan

apa dipelajari. Bimbingan 30 hari yang sangat cemerlang. Terbaik.


Mohamad Syafiq Salih

Monday, September 14, 2020

Belajar Asas Tajwid Al Quran Makhraj Dan Sifat Huruf Norhafizah Mat Yusoff


Bismillahirrahmanirrahim.  

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan sekalian ahli keluarga baginda.  


Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya rafa’kan ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya saya berjaya menyiapkan  ebook pertama saya yang bertajuk: Belajar Asas Tajwid: Makhraj dan Sifat Huruf. 


Sudah sekian lama saya berniat untuk menulis dan hasilkan sebuah buku, tetapi saya tidak tahu di mana saya harus bermula. Saya sedar antara kelemahan saya adalah sikap tidak bersungguh-sungguh dan buat kerja ikut suka hati. Apabila menyertai kelas di bawah selian Puan Masayu ini, saya bagaikan buku bertemu dengan ruas. Terasa saya seperti diketuk setiap masa. Betul sakit. Tetapi benar kata orang, kadangkala kita perlukan sedikit tekanan untuk kita bergerak!.  

 

10 hari pertama adalah fasa yang paling mencabar untuk saya.  Pada awalnya, saya memilih Tajuk Belajar Asas Tajwid: Makhraj dan Sifat Huruf ini dengan niat untuk bukukan nota dan catatan saya semasa mengikuti kelas Talaqqi al-Quran sepanjang 2 tahun lepas. Selepas mula menulis dan menyusun bahan, saya baru sedari bahan sedia ada saya terlalu sedikit dan tidak mampu memenuhi sasaran guru tetapkan. Saya mula keliru  dan kelam kabut dan hampir sahaja saya menukar tajuk. 

 

Akhirnya saya kuatkan semangat.  Mula mencari bahan tambahan dan merujuk pelbagai buku. Itulah punca saya sedikit ketinggalan. Alhamdulillah, berkat semangat dan panduan yang guru berikan sepanjang kelas, saya teruskan usaha sehingga berjaya hasilkan helaian seperti yang disasarkan. 


Kepada sahabat-sahabat yang ingin belajar menulis atau menyertai kelas akan datang, saya nasihatkan untuk bersedia seawal yang boleh dari segi tajuk dan bahan-bahan berkaitan. Ikut nasihat dan panduan yang diberikan sepanjang kelas. Jangan ponteng tugasan walaupun sehari. Itu peringatan dan nasihat berguna supaya kita tidak sakit dan penat di hujung tugasan.  Pada pandangan saya, sikap dan disiplin diri inilah faktor utama berjaya atau gagalnya satu-satu manuskrip itu dihasilkan.


Jika ditanya adakah berbaloi yuran yang dikenakan? Saya akan menjawab, sangat berbaloi kerana kelas ini seperti kelas pelbagai pakej.  Kelas penulisan dan kelas membaiki pengurusan diri. Kelas ini juga bukan sekadar berikan kita panduan untuk menulis tetapi kelas yang “memaksa” kita menulis dan siapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, suatu yang menarik dalam kelas ini juga, kita akan mempelajari kaedah merekabentuk muka depan ebook dengan kreativiti sendiri menggunakan aplikasi percuma. Hasil rekaan kita pula akan dikritik dan diberi komen yang membina sebelum diterima dan dianggap lulus. Merekabentuk muka depan ebook sendiri sebelum menyiapkan manuskrip sepenuhnya memberi semangat dan kesan positif secara tidak langsung kepada penulis untuk siapkan tugasan masing-masing.


Terima kasih kepada barisan  pembimbing kelas yang begitu bersemangat membantu kami.  Hanya Allah yang layak mengganjarinya. Moga bertemu lagi dalam sesi akan datang dengan tajuk ebook baru pula Insya-Allah. Barakallahu fikum.


Menawan Puncak P.H.D Dr. Hamizul Mahmud

 


Saya mengetahui kelas ebook ini secara tidak sengaja. Kenapa saya katakan demikian? Kerana saya mengenali Dr. Mahfuzah Mohd. Zabidi. Seringkali status di Facebook Dr. Mahfuzah melintas di ‘dinding’ Facebook saya. Saya merasakan beliau sedang mempraktikkan projek penulisan buku secara online. Kebetulan memang saya telah lama berangan-angan untuk belajar dan mula menulis tetapi hingga hari ini tidak kesampaian.

Saya terus menghantarkan mesej kepada beliau menyatakan hasrat untuk belajar menulis buku sebagaimana yang dibuatnya. Apa yang mengejutkan ialah, beliau menyatakan bahawa beliau masih dalam proses belajar menulis dan sekiranya saya ingin belajar, beliau boleh kenalkan seseorang di fb yang ada kepakaran untuk saya belajar daripadanya. 

Dari situlah saya membuat carian berkaitan kelas ini. Setelah berjaya bermesej secara peribadi melalui whatapps, akhirnya saya mendaftar untuk mengikuti kelas menulis dan menerbit ebook tersebut.

Ya, memang saya agak lambat membuat keputusan untuk menyertai bengkel penulisan secara online untuk bulan Sepetember ini. Sehinggakan pada mulanya saya berbelah bahagi untuk menyertai atau tidak. Komitmen oh komitmen. Itulah alasannya. Akhirnya dengan motivasi dan nasihat dari Puan Mas, saya sahut cabaran itu dan dalam proses menghabiskan penulisan.

Bengkel penulisan ini sebenarnya sangat berbaloi-baloi. Khidmat yang disediakan 8 bintang berbanding dengan yuran penyertaan yang sangat murah pada saya. Saya pada mulanya menyangka Puan Mas bergerak seorang diri. Rupa-rupanya ada pasukan yang cukup hebat yang saling menyokong antara satu sama lain.

 Puan Mas senantiasa mengingatkan tugasan yang perlu dilaksanakan setiap hari. Bukan sahaja dihantar dalam whatapps group sahaja, bahkan beliau senantiasa juga mesej saya secara peribadi. 

Pada mulanya saya ingatkan bengkel ini hanya memfokuskan kepada kandungan penulisan ebook semata-mata, tapi rupanya ia lebih daripada itu. Peserta diajar cara untuk membina kaver secara langkah demi langkah. Tips ini dikongsi oleh Puan Begum. Setiap percubaan kaver ebook diberikan rating per 10 oleh pempimbing sehinggalah ia menepati piawaan tertentu. Bukan itu sahaja, bahkan peserta diajar untuk mempromosikan ebook yang ditulis untuk dijual kepada pengguna media sosial. 







Sunday, September 13, 2020

Dari Kamar Mahkamah Syariah Tebus Talak Muhammad Hafizuddin Wahid

 



Ini merupakan kali pertama saya menyertai kelas penulisan khususnya penulisan ebook. Sebelum menyertai kelas ini saya ada beberapa kali terfikir adakah sukar sebenarnya untuk menghasilkan senaskah penulisan? Apatah lagi melalui kelas ini penulisan akan disiapkan dalam tempoh masa satu bulan. Saya simpan dahulu persoalan ini dan terus mendaftar untuk menyertai kelas bagi sesi Ogos kali ini.

Sepanjang menyertainya saya belajar terlampau banyak perkara berkaitan penulisan khususnya penulisan ebook. Bermula daripada pengumpulan bahan, kemudian kepada proses mencipta kaver ebook, seterusnya proses suntingan dan pemurnia hinggalah kepada proses yang terakhir iaitu pemasaran dan jualan. Semua proses ini dipantau oleh pembimbing dengan baik. Sekiranya ada kekurangan mereka akan memberitahu supaya ianya ditambah baik.

Bagi saya kelas penulisan ini amat berbaloi untuk disertai kerana disamping bahan rujukan dan panduan yang diberikan oleh para pembimbing mereka juga akan mengingatkan kita tentang tugasan harian pada setiap hari bagi memastikan kita masih berada di atas landasan untuk menyiapkan penulisan ini. Ianya juga membantu saya untuk sentiasa mengekalkan momentum untuk terus menulis.

Sebelum menyertai kelas ini, bagi saya persediaan yang paling penting ialah kita telah mengumpulkan semua bahan rujukan dan maklumat berkaitan dengan tajuk atau bidang yang akan kita tulis. Ianya bagi memastikan proses penulisan kita itu nanti berjalan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah kekurangan content.

Antara cabaran yang saya sendiri hadapi ialah pada mulanya agak sukar untuk membiasakan dan mendisplinkan diri untuk mencapai kpi harian. Walaubagaimanpun setelah beberapa hari saya dapat mengikuti rentak itu. Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan bahan rujukan ianya sedikit sebanyak membantutkan momentum menulis saya. Namun saya mengikut nasihat para pembimbing untuk terus menyiapkan mana-mana bahagian yang mudah dahulu.

Sejujurnya kelas ini memerlukan untuk kita memberikan fokus yang tinggi. Ini kerana para pembimbing telah menetapkan garis masa dan kpi yang perlu kita capai bagi membolehkan ebook itu nanti dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya percaya selepas tamat mengikuti kelas ini, saya mampu untuk menerbitkan ebook dengan sendiri di masa-masa akan datang.

Akhir kata terima kasih kepada semua pembimbing kelas ebook sesi Ogos ini, tidak lupa kepada semua rakan-rakan lain yang turut sama menulis dalam kelas ini disamping turut memberikan semangat antara satu sama lain. Buat para pembimbing saya mohon supaya segala ilmu ini dihalalkan dan memohon maaf atas segala kekurangan diri saya.

Muhammad Hafizuddin Bin Wahid






Thursday, September 3, 2020

Panduan Asas Pengajian Master

 



Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan membuatkan saya sedar betapa hidup ini ternyata hanya sementara untuk disia-siakan tanpa melakukan apa yang saya minati. Betapa saya menyesal tidak memaksa diri untuk merancang secara serius percutian mengelilingi Semenanjung dengan menaiki keretapi dan betapa saya berasa rugi untuk tidak menyegerakan perancangan untuk kembali ke Hiroshima University. 

Apabila perkara seperti Covid-19 menyerang, tiada apa lagi yang dapat saya lakukan selain diam di rumah dan mengenangkan hal-hal yang telah lama saya pendam untuk dilaksanakan tetapi hingga bertahun-tahun tiada satu yang tercapai.

Sebaik sahaja saya terbaca tentang Kelas Tulis dan Terbit Ebook, terus saya mendaftarkan diri sebagai salah seorang daripada peserta bagi sesi bulan Ogos. Matlamat saya ialah untuk menzahirkan angan-angan yang sudah lama terpendam iaitu untuk menghasilkan sebuah penulisan yang sudah lama tertulis di dalam minda.

Kelas Tulis dan Terbit Ebook amat sesuai bagi seorang yang sering menunda-nunda kerja, kerana kelas ini berbentuk intensif. Semua peserta dibimbing setiap hari selama 30 hari tanpa jemu dan kami perlu mematuhi tugasan-tugasan yang diberikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Oleh itu, tiada istilah menangguh-nangguh kerja kerana setiap peserta perlu melaporkan perkembangan hasil penulisan masing-masing tepat mengikut jadual kerja. Yang diam seribu bahasa akan dihubungi terus oleh guru pembimbing.

    Peserta Kelas Tulis dan Terbit Ebook diajar tentang bagaimana menyusun isi kandungan penulisan, mencipta 

kaver ebook dan juga diberi bimbingan dari segi tatabahasa. Kelas yang cukup bermanfaat saya kira bagi mereka yang serius ingin menghasilkan penulisan manuskrip pertama. Kelas ini amat sesuai bagi mereka yang sudah lama mempunyai idea untuk menulis tetapi belum terlaksanakan atas faktor tiada ilmu dalam bidang penulisan apatah lagi untuk menerbitkan hasil karya sendiri.

     Yuran yang dikenakan untuk mengikuti Kelas Tulis dan Terbit Ebook ini sangat berbaloi-baloi dengan segala ilmu dan bimbingan yang diperolehi sepanjang berlangsungnya kelas. Seringkali saya mengulang pesan kepada anak-anak murid di sekolah, “Orang yang bijak belum tentu akan berjaya tetapi orang yang berusaha pasti akan berjaya.”
       
     Mulanya saya berasa sangsi untuk menghasilkan sebuah Ebook dalam masa 30 hari sahaja memandangkan kekangan dari segi masa dengan komitmen tugas hakiki. Benarlah, tiada yang mustahil jika kita betul-betul fokus dan komited. Akhirmya saya berjaya juga menyiapkan sebuah penulisan berbentuk EBook Modul bertajuk “Panduan Asas Pengajian Master”. Semoga ini menjadi jalan pembuka kepada saya menceburi bidang penulisan secara lebih serius dan matang di masa akan datang. Sekalung terima kasih kepada semua pembimbing yang tidak jemu-jemu membimbing saya dan rakan-rakan bagi sesi Ogos 2020.



















Tutorial Susu Almond Nor Aishah Hasan

 

Alhamdulillah.

Syukur kepada Ilahi dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan ebook pertama saya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Seperti tidak percaya, tesis penyelidikan yang berbentuk ilmiah boleh ditransformasikan kepada ebook yang bermanfaat untuk pembaca yang bukan sahaja terdiri daripada golongan akademia malahan pembaca dari segenap lapisan masyarakat. 

Kelas Tulis & Terbit ebook ini telah dibimbing oleh Puan Masayu Ahmad. Beliau dan rakan-rakannya amat membantu dalam proses penyiapan ebook ini. Selama 30 hari, kami dibimbing menerusi aplikasi online, diberi tugasan setiap hari dengan berbekalkan tunjuk ajar satu persatu dan segala persoalan dijawab dengan pantas. Puan Masayu juga akan mengikuti setiap perkembangan tugasan setiap hari tanpa jemu mengingatkan setiap peserta supaya mematuhi segala dateline yang diminta.

Kelas Tulis & Terbit ebook ini bukan sahaja mengajar menulis, malah ianya dilengkapi dengan pengajaran membuat kaver buku. Dengan bantuan Puan Begum, kaver buku amat mudah dibuat. Arahan yang menarik dan mudah menghasilkan kaver buku yang amat memuaskan.

Disamping itu, kelas suntingan dan tatabahasa yang dikawal selia oleh Puan Hifzaila membantu dalam menyediakan ebook ini dengan lebih baik.

Tanpa kesungguhan Puan Masayu dan rakan-rakan saya tidak mampu untuk menyiapkan ebook ini. Sesungguhnya saya amat terhutang budi kepada mereka kerana bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam 30 hari ini. Saya mencadangkan kepada sesiapa yang ingin menulis, sila lah mendaftar di kelas ini. Anda akan berpuas hati dengan hasil kerja anda apabila habis 30 hari kelak.

Nor’Aishah Hasan

 






 

Kembara Ilmu Seorang Guru





Mohd Fairul Nafazli Bin Md Nazin

Alhamdulillah Pertamanya dan selamanya dipanjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmatnya , saya dipertemukan dengan penulisan Ebook secara praktikal ini. Terima kasih Cg Ikhwani kerana menjadi orang yang membuka jalan untuk  saya mencuba satu bidang baru dalam penulisan yang belum pernah saya terokai sebelum ini.

Tarikh 15 Julai 2020 merupakan merupakan detik keramat , permulaan saya berbincang dengan Pn Masayu . Daripada 8 soalan analisa  maka di sanalah keluarnya tajuk yang diberikan dan dipersetujui bersama dengan Puan Mas. Bermula dengan “ zero knowledge”  tiada apa apa dan dibimbing dengan secara reminder mengikut perancangan yang telah ditetapkan secara alam maya di kelas bimbingan @ support group memberikan keyakinan bahawasanya saya boleh buat walaupun tiada keyakinan pada peringkat awalnya. Di samping follow up secara personal dibuat oleh Pn Mas sendiri mengingatkan supaya saya tidak tergelincir daripada landasan dalam menyiapkan ebook. Beberapa panduan ebook juga diberikan sebagai rujukan supaya setiap peserta dapat menyelesaikan tugasan seperti tarikh yang ditetapkan.

Disiplin masa merupakan satu perkara yang sangat penting di dalam kelas penulisan ebook ini.Itulah yang membuatkan saya sangat terkesan di dalam menentukan ebook ini berjaya dibuat atau tidak. Bukan menjadi alasan sibuk untuk tidak menyiapkan tugasan. Perancangan 30 hari menyiapkan ebook serta diajarkan proses marketing ebook juga merupakan satu kelebihan bagi beginner seperti saya.Di samping itu juga , saya diajar bagaimana menyiapkan cover ebook sendiri.

Mohd Fairul Nafazli Bin Md Nazin

Alhamdulillah Pertamanya dan selamanya dipanjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmatnya , saya dipertemukan dengan penulisan Ebook secara praktikal ini. Terima kasih Cg Ikhwani kerana menjadi orang yang membuka jalan untuk  saya mencuba satu bidang baru dalam penulisan yang belum pernah saya terokai sebelum ini.

Tarikh 15 Julai 2020 merupakan merupakan detik keramat , permulaan saya berbincang dengan Pn Masayu . Daripada 8 soalan analisa  maka di sanalah keluarnya tajuk yang diberikan dan dipersetujui bersama dengan Puan Mas. Bermula dengan “ zero knowledge”  tiada apa apa dan dibimbing dengan secara reminder mengikut perancangan yang telah ditetapkan secara alam maya di kelas bimbingan @ support group memberikan keyakinan bahawasanya saya boleh buat walaupun tiada keyakinan pada peringkat awalnya. Di samping follow up secara personal dibuat oleh Pn Mas sendiri mengingatkan supaya saya tidak tergelincir daripada landasan dalam menyiapkan ebook. Beberapa panduan ebook juga diberikan sebagai rujukan supaya setiap peserta dapat menyelesaikan tugasan seperti tarikh yang ditetapkan.

Disiplin masa merupakan satu perkara yang sangat penting di dalam kelas penulisan ebook ini.Itulah yang membuatkan saya sangat terkesan di dalam menentukan ebook ini berjaya dibuat atau tidak. Bukan menjadi alasan sibuk untuk tidak menyiapkan tugasan. Perancangan 30 hari menyiapkan ebook serta diajarkan proses marketing ebook juga merupakan satu kelebihan bagi beginner seperti saya.Di samping itu juga , saya diajar bagaimana menyiapkan cover ebook sendiri.

dan idea datang mencurah  curah ketika itu. Waktu tersebut juga kita berada dalam keadaan segar dan gangguan pun tiada ketika itu. Saya sangat teruja untuk menyiapkan ebook ini dan moga apa yang hendak saya kongsikan bersama pembaca mendapat respon yang positif. Moga ebook pertama saya ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

                Terima kasih sekali lagi kepada tenaga pengajar  Tulis & Terbit Ebook Ogos 2020, begitu juga rakan kelas yang banyak membantu di dalam group. Dengan semangat kalian, saya terus menulis untuk menyiapkan ebook ini. Moga semua dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan terus berkongsi ilmu & pengalaman yang ada untuk tatapan pembaca. Mohon maaf atas segalanya.

Guru yang baru belajar menulis,

Muallim Fairul.





Kembara Ilmu London Fazid Ahmad

 

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taa’la kerana dengan izin-Nya, saya dapat menyiapkan ebook Kembara Ilmu London.

Terima kasih kepada guru penulisan ebook saya Puan Masayu, Puan Hifzaila dan Puan Begum yang sentiasa memberikan nasihat, pandangan, idea dan ilmu bagi merealisasikan impian saya ini.

Kelas yang bermula 10 hari sebelum Bulan Ogos dan terus berjalan sehingga akhir bulan Ogos begitu mencabar. Kelas hanya dalam online grup wasap, arahan dan tunjuk ajar jelas dan tim dokongan sentiasa ada di belakang.

Kelas ini ibarat marathon, perlu ada strategi agar tidak kecundang di tengah jalan. Dan strategi itu ada pada Puan Masayu dan Tim. Kita hanya perlukan kesungguhan, disiplin dan masa untuk selesaikan sehingga akhir.

Tahap yang mencabar bagi saya ialah pada hari 15 di mana saya hilang fokus dalam menulis, oleh itu saya agak lewat untuk menghantar semua bahan-bahan yang wajib ada.

Apa pun terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Puan Masayu, Puan Hifzaila dan Puan Begum memberikan semangat untuk sampai tahap akhir.

Bagi mereka yang sedang mencari-cari kelas penulisan saya mengesyorkan kalian menimba ilmu di sini.


Fazid Ahmad.