Sunday, March 31, 2019

Nota Hijrah Di Bumi Najran - Eyffa Tupia



                         

Saya mendapat tahu mengenai Kelas Ebook Course Puan Masayu Ahmad daripada isteri sepupu saya Kak Yasmin yang sudi berkongsi maklumat dengan saya mengenainya pada hujung tahun lepas. Dia sendiri juga telah menyertai kelas tersebut.

Saya terus menghubungi Puan Masayu kerana sudah lama ingin menulis buku dan kebetulan emak saya menasihati  saya untuk mula menulis dengan serius kerana tahu saya memang berminat dan ada  bakat dari latihan menulis dengan ayah semasa kecil setelah penulisan makalah saya bersama guru saya : “ Awas Hasad “ diterbitkan dalam Majalah Tamadun Islam.

                                            


Jadi, jalan yang dilorongkan oleh Kak Min kebetulan pula pada masanya. Alhamdulillah, saya amat terhibur menyertai Kelas Ebook course Puan Masayu yang sudi menerima saya menuntut ilmu dengannya dan bersabar serta memahami dengan kekangan keadaan saya di Najran, Saudi Arabia.
Saya berasa sangat teruja menyelesaikan latihan menulis ini kerana sangat seronok malalui pengalaman sebegini dengan dipandu secara jarak jauh oleh Puan Masayu melalui whatsap, namun secara teratur berdisiplin dan mudah diikuti oleh sesiapa namun boleh dilakukan secara fleksibel dengan apa keadaan penuntut atau dimana jua dia berada. Follow-upnya sangat efisien.


Saya berasa seakan tenggelam dalam minat saya yang mendalam (passion) semasa menulis berdasarkan tajuk yang diilhamkan oleh Puan Masayu sendiri : “Nota Hijrah di Bumi Najran “. Sebelum itu, sebenarnya saya bercadang untuk menulis dalam bahasa inggeris : Gardening in the Desert”. Tetapi, sifu mengajak saya berkongsi kisah migrasi saya dari Malaysia ke Jordan kemudian ke Saudi Arabia. Pada mulanya, sifu memandu saya untuk menulis berkronologi mengikut tahun, namun, kemudian apabila kisah setahun telah capai lebih 50 muka surat penulisan awalan, sifu memberi idea supaya memecahkan setiap tahun kepada judul bersiri pula. Ia menjadi semakin manarik sehinggakan saya tidak sedar eaktu berlalu dengan pantas kerana sangat seronok ‘menyelam’ di dalam dunia itu. Sehingga tidak kisah makan minum dan tidur seperti kemaruk pun ada. I think, i found my passion. Terima kasih, Puan Masayu atas segalanya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasamu, guruku.


Paling bahagia jika dapat merealisasikan impian emak saya dengan tunjuk ajar dan pedoman yang cikgu kongsikan dengan saya. In shaa ALLAH, semangat yang cikgu nyalakan akan terus bernyala ke hadapan. Semoga Allah merealisasikan semua impian sifu juga. Amin.















Asas Simpanan & Pelaburan Emas - Azharina Amin





Pantang Tradisional - Nur Syatirah Shuib








Servis Menulis - Fizz Zainun




Kelas Ebook

Mulanya memang tidak yakin untuk mengikuti kelas ebook online yang dikendalikan  Masayu sebabnya pengetahuan dan penguasaan teknologi IT saya tidaklah begitu mahir. Saya bimbang  tidak boleh ikut arahan yang diberikan, sekali gus akan menyukarkan guru. Namun, Masayu berjaya meyakinkan saya kelas diperkenalkan mudah diikuti walaupun secara online.

Sebagai old school sudah tentu saya lebih suka cara pembelajaran bersemuka dan guru ada di depan mata supaya mudah untuk bertanya dan membantu. Kebimbangan saya hal ini terjawab apabila saya dapati,  kelas ebuku online yang diikuti ternyata sentiasa memberi ruang untuk saya bertanya dan mengajukan soalan.

Silibus dan  nota rujukan yang diberikan banyak membantu untuk saya memahami pembelajaran. Cuma, dicadangkan selepas ini, nota rujukan diberikan dalam bentuk PDF supaya mudah untuk dikumpul dan disimpan.  Jika disampaikan dalam bentuk mesej wasap mungkin ada yang terpadam. Apatah lagi ia disampaikan dari semasa ke semasa yang kadangkala terlepas pandang.

Kesungguhan Masayu mengajar dan sentiasa mendorong pelajar supaya ebuku disiapkan,  sebenarnya banyak membantu menyuntik semangat untuk menghabiskan tugasan dan memastikan hasilnya dapat dilihat. Malah, kadang-kadang termalu pada diri sendiri sebab gagal ikut deadline.








Buat Duit Dengan Resipi - Aishah Hussein

Ulasan Kelas Ebook

Pertemuan dengan Puan Masayu Ahmad di alam maya ini adalah secara tidak sengaja. Tahun 2013, ketika beliau mengumumkan tentang kelas online Asas Blog dan Penulisan, saya langsung tidak perasan mengenainya.  Sebaik sahaja saya terbaca status facebook beliau, saya terus menghubungi beliau bertanyakan berkenaan kelas tersebut.  Setelah berbincang saya bersetuju mendaftar sebagai pelajar.

Bermula dari situ, saya diajar cara menulis dengan betul. Dan mencari idea untuk menulis di blog.  Dari situ jugalah, Puan Masayu membuka ruang bagi pelajar-pelajar kelas blog untuk menghasilkan ebook.  Tertangguh lama juga bagi saya untuk betul-betul fokus dalam menghasilkan ebook.


Tahun 2019, saya mendaftar untuk Kelas Ebook secara online bersama Puan Masayu.  Kelas ini sesuai bagi mereka yang memang betul-betul serius untuk menghasilkan ebook.  Kalau betul-betul ikut cara yang diajar,  dalam masa 30 hari sudah siap.  Bagi yang betul-betul fokus, dalam 20hari sudah boleh siap sebenarnya.  Tetapi kalau tidak fokus, rugi bayar duit yuran sahaja.

Dalam kelas ini, kami dibimbing dalam memilih tajuk ebook serta pecahan bab.  Tips-tips menulis juga akan diberikan.   Kalau agak-agak ketandusan idea, boleh minta bantuan dari guru.  Guru garang ke? Guru tidak garang tetapi akan selalu ketuk dalam kelas di grup wassap.  Jadi mana-mana yang berangan akan tersedar dari lamunan.  Setiap pagi tanpa jemu, Puan Guru akan ingatkan akan jadual dan tugasan yang patut dibuat.  Jadi terpulang pada pelajar sendiri, sama ada mahu selesaikan atau tidak.

Dalam kelas ini juga ada diajar cara untuk menjual ebook.  Sama ada melalui media sosial ataupun platform Ebook Store yang diberikan kepada setiap pelajar.  Kita tidak dibiarkan terkontang-kanting selepas siap ebook, tidak tahu hendak buat apa selepas itu.

Bagi yang berminat, silalah daftar ke kelas ebook bersama Puan Masayu Ahmad.






Jana Duit Dengan Blog - Anys Idayu Zakaria











Nota Hati Hamparan Memori - Marini ghazali











Bercerai Bukan Satu Musibah - Sariah Awang Senik

Assalamualaikum.

Alhamdulilah dan terima kasih buat Pn Masayu Ahmad pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah. Secara jujurnya sudah agak lama mengenali beliau secara online tetapi belum pernah bersua muka lagi diluar.

Memasuki kelas ebook ini bagaikan satu rezeki kepada saya. Kata orang tua-tua, bagaikan orang mengantuk disorong bantal. Memandangkan saya tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi terutama dalam mengenai bab-bab IT, tapi itu bukanlah alasannya untuk saya mencapai cita-cita dalam bidang penulisan.


Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang penulisan sejak dibangku sekolah lagi, maka peluang yang diberi oleh Pn Masayu Ahamad, saya gunakan sebaik yang mungkin.
Banyak perkara yang saya pelajari dalam kelas ebook ini. Terutama dari memilih tajuk, segala isi-isi penting, mencipta cover buku ebook serta memindahkan isi-isi penting ebook kepada microsoft word.



Sebelum ini saya langsung tak tahu bagaimana untuk membuatnya. Berulangkali jugalah saya berwasap terus dengan Pn Masayu hanya semata untuk belajar beberapa perkara. Mungkin yang ada sedikit pengetahunan IT tak mendatangkan banyak masalah tapi jauh bezanya dengan diri ini yang hanya berkelulusan SPM sahaja. Ada masanya , saya risau jika segala pertanyaan ini menganggu Pn Masayu Ahmad sendiri. Saya membayangkan yang Pn Masayu agak garang da tegas orangnya.


Tapi semua sangkaan itu meleset sama sekali. Ternyata beliau adalah seorang yang sangat ramah dan senang dibawa berbincang. Pernah jugalah melalui satu panggilan telefon saya meluahkan segala kegusaran hati ini mengenai beberapa masalah dalam penulisan ebook, tapi dia berjaya menenangkan hati ini seterusnya hilanglah segala kerisauan yang bersarang sejak awal pembelajaran kelas ebook Januari 2019 ini.

Memandangkan saya bekerja shift pagi, maka masa untuk saya menulis dan menyiapkan ebook sangat terhad. Setiap pagi saya berusaha untuk memahami setiap tugasan. Jika ada sebarang soalan mengenai semua tugasan tersebut, saya akan catat dan tanya dalam group penulisan ebook atau secara personal saya akan hantar message kepada Pn Masayu Ahmad.

Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas segala jasa baik beliau sepanjang saya berada dalam kelas ebook Januari 2019. Berperang dengan tugasan hakiki, dengan bebanan kerja yang menuntut kerja lebih masa , semua cabaran yang ada bukanlah satu perkara yang mudah. Dalam masa yang sama saya terlibat juga dalam satu projek penulisan dan alhamdulillah sekarang susah hampir selesai.


Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi bicara Pn Masayu dan semoga beliau dikurniakan rezeki yang banyak dan luar biasa. Harapan saya dengan terbitnya buku Ebook Bercerai Bukan Satu Musibah ini nanti dapat memberi pengetahunan serta sebagai satu dorongan buat kaum wanita agar tak lemah semangat sebaik sahaja melalui satu proses perceraian. Insha Allah.


Buat Pn Masayu semoga dapat bersua dan hendaknya ukhwah ini lebih terjalin dengan eratnya hinggalah ke akhir hayat ini.
Sekian Terima kasih

Ujian Hikmah Kemanisan - Norhafizah Madzlan



                             

Alhamdulillah, bagaikan tidak percaya saya berjaya selesaikan penulisan 50 entri dalam masa 23 hari dalam kelas penulisan ebook ini, walaupun sebenarnya saya diberi masa 10 hari menyelesaikannya. Inilah faedah paling jelas berada dalam kelas penulisan ini. Bukan mudah mahu berjumpa kelas yang setelah kita menyertainya, kita akan bawa pulang bersama tidak hanya ilmu tapi sebuah ebook juga. 

Mac ini begitu istimewa. Dalam bulan ini saya diuji dengan masalah kesihatan berhari-hari hasil dari emosi yang tidak stabil dan ini berlaku keadaan saya sedang membawa perut yang belum lagi diperiksa. Walaupun begitu, dalam Mac ini jugalah saya mencabar diri saya untuk terus mengikuti kelas ini. Apa sahaja masalah yang saya hadapi ketika menulis tidak saya jadikan alasan untuk minta penangguhan atau batalkan kelas. Ya! Ada masa stress itu membantu saya.

Puan Masayu Ahmad adalah guru bagi kelas saya kali ini. Tidak bermaksud mahu membandingkan beliau dengan guru lain sebelum ini tapi dalam kelas beliaulah saya berjaya siapkan satu ebook sebagai hasil saya mengikuti kelas. Apalah ertinya teori yang dipelajari jika tiada sebarang bentuk penulisan terhasil?

Ada teknik tertentu yang Puan Masayu ajar tidak saya dapati dari guru penulisan saya yang sebelum ini. Antara yang dimaklumkan sebelum kelas dimulakan adalah apa yang patut kami buat dalam 30 hari. Ini adalah kali pertama saya menulis dengan kaedah KJ method. Melalui kaedah ini, dapatlah kami merangka idea dan menulis dari mana-mana bab tanpa perlu mengikut urutan. 

Pemantauan dari guru juga sangat membantu murid menyiapkan tugasan dengan baik. Setiap persoalan akan dijawab dengan baik dan diberi pertolongan sehingga nashkah selesai. Terima kasih buat Puan Masayu dan rakan sekumpulan yang saling memberi semangat antara satu sama lain. Jika, selepas ini saya gagal mendisiplinkan diri sendiri, saya tidak akan teragak-agak masuk ke kelas ini lagi. 

Hanya ALLAH jualah yang layak memberi ganjaran atas kebaikan kalian kepada saya. 




                            
                   





Hakam, Keadilan Baru Mahkamah Syariah - Azharizal Arsad


Assalamualaikum Cikgu Masayu,

Hasrat menulis buku telah lama ada sejak tahun 2010 lagi. Pada ketika itu, masih lagi angan-angan yang tidak tahu lagi tercapai dek tangan atau tidak.

Sebenarnya saya telah biasa menulis Alasan Penghakiman dalam kes-kes mahkamah untuk diterbitkan dalam jurnal di Jabatan saya. Corak penulisan ilmiah yang bersangkut paut dengan Undang-Undang Keluarga Islam.

Namun, penulisan untuk diterbitkan secara professional mahupun untuk membuat buku sendiri atau menertbitkan buku sendiri bagai mimpi yang tidak ada kesudahan.

Sehinggalah pada suatu hari pada tahun 2016, saya dapat berhubung semula dengan Puan Saniah Mat Sanat, di mana beliau adalah rakan sekolah dan rakan sepermainan saya sejak kecil. Beliau mencadangkan untuk belajar menulis melalui Ademik Bekerja Dari Rumah.

Walaubagaimana saya mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan saranan beliau sehinggalah beliau menulis dan menerbitkan buku bersama raka-rakan penulis yang lain  dalam buku fizikal "Kertas-Kertas".

Saya mengikuti perkembangan beliau dalam Face Book dan sesekali berbual melalui Whatsupp.

Pada tahun 2019 ini, entah bagaimana hati saya bersemangat berkobar-kobar untuk menulis dan impian untuk mempunyai ebook sendiri. Sekali lagi saya menghubungi Puan Saniah dan beliau mencadangkan untuk mendaftarkan kelas online menulis ebook bersama cikgu Masayu.

Dan dari situ bermula lah perkenalan maya antara saya dengan cikgu Masayu. Yuran untuk belajar menghasilkan ebook yang dikenakan itu tidaklah menjadi persoalan yang besar kerana pengetahuan yang diberikan adalah nilai ilmu yang lebih berguna dan ekslusif. Tambahan pula "choacing" antara cikgu-anak murid dibuat dengan cara berkumpulan dan "satu-satu" melengkapkan pengetahuan untuk persediaan menjadi penulis.

Sejara jujurnya, saya menulis bukan bertujuan untuk mendapatkan "duit lebih" atau hendak berbisness atau nak dapat keuntungan besar. Tetapi di dalam kelas ini, cikgu mengajar menulis dan menjadi penulis untuk mendapatkan pendapatan sampingan adalah satu bonus kepada saya.

Pada mulanya saya beranggapan cikgu Masayu cuma mengajar bagaimana untuk menulis dan memberi tunjuk ajar bagaimana hendak menghasilkan ebook sahaja. Tetapi rupa-rupanya cikgu Masayu memberikan lebih daripada itu termasuklah menunjukkan cara bagaimana hendak menjual ebook tersebut melalui penerbit, sistem affiliate, sistem marketing dan lain-lain.

Ikhlas dari saya untuk menyatakan saya berharap segelas air sejuk untuk menghilangkan dahaga, tetapi cikgu Masayu menghidangkan saya satu hidangan makanan penuh meja untuk menghilangkan kelaparan pula.

Sehinggakan tempoh kelas 30 hari yang ditetapkan oleh cikgu Masayu membuatkan hidup sehari-hari yang saya lalui tidak keruan jadinya. Makan teringat, hendak tidur terfikir, memandu pun masih terbayang entah boleh atau tidak untuk melakukannya.

Banyak perkara baru yang saya belajar, dan saya cuba memahaminya dari hari ke sehari. Terutamanya teknik penulisan dan pemasaran. 



Jujur untuk saya memberitahu cikgu Masayu, ada saranan cikgu yang tidak boleh saya lakukan terutama marketing melalui FB untuk membina "tribe" kerana saya terikat dengan etika kerja saya sendiri.

Saya adalah Hakim Syarie Negeri Selangor secara etikanya harus limit kepada "contact" awam secara langsung untuk mengelak fitnah terhadap diri saya dan jabatan.

Walaubagaimanapun ada beberapa cara marketing yang sesuai untuk saya yang cikgu masayu sebutkan. Saya akan memilih gaya marketing tersebut.

Untuk PDF ebook, saya minta maaf kerana belum selesai proses permunian penulisan saya. Walaubagaimanapu di sini saya sertakan cadangan cover ebook saya.

Saya memohon maaf semua segala kekurangan dan kelemahan yang tidak menyenangkan Cikgu Masayu, dan saya cuba memperbaikinya. Halalkan ilmu yang Cikgu Masayu beri, tunjuk, bimbing untuk tidak lain dan tidak bukan untuk memperolehi keberkatan.

Saturday, March 30, 2019

Jana Pendapatan Sebagai Home Tutor - Rabiatul Addawiyah Zainir


Assalamualaikum. 

Sekalung ucapan terima kasih saya dahulukan atas kesudian Cikgu Masayu menerima saya menjadi anak murid. Mungkin anak murid tercorot dalam kelas. 😁

Secara khususnya, saya amat teruja untuk membuat dan menyiapkan ebook sendiri. Namun apabila berhadapan halangan masa dan jadual, momentum penulisan saya jadi kacau bilau. Konsistensi saya terganggu. 

Tetapi tekad saya, saya tetap akan usahakan kerana ilmu yang Cikgu Masayu beri bukan ilmu yang mudah didapati dan ianya berstatus 'proven' oleh Cikgu sendiri. 

Apatah lagi ianya ilmu baru yang sedang popular di abad ini: ebook.



Cikgu Masayu mengajar untuk menulis secara sistematik dan terancang. Dari awal kelas hingga akhir kelas, tanyalah apa-apa sahaja soalan, jawapan pantas dan idea mencurah-curah dari Cikgu pasti ada. 

Cikgu tak lokek kongsi ilmu. Berkali-kali saya diketuk sebab jauh ketinggalan dari kawan-kawan lain. 

Terima kasih Cikgu untuk segala ilmu. Semoga ilmu yang kami dapat ini menjadi jariah berpanjangan untuk Cikgu.

Terima kasih menjadi guru ebook saya.

Rubiatul Addawiyah.
Penulis ebook


Nota Ispirasi Shaklee Edisi 2 - Natrah Mohamed






Nota Ispirasi Shaklee Edisi 1 - Natrah Mohamed








Asas Bisnes Essential Oil - Noor Azurah Anuar









Buat Duit Dengan Tuisyen - Noraini Ismail

Ulasan Kelas Ebook




Ulasan Kelas Tulis dan Terbit E-Book

Assalamualaikum wbt,
Saya ingin mengucapkan setinggi kesyukuran kerana Allah telah mengizinkan saya bergabung dengan kelas ini. Sebenarnya, saya memang sedang mencari pembimbing dan platform untuk menerbitkan  karya penulisan yang bermanfaat walaupun bukan berbentuk novel atau cerpen.

Uniknya, dalam kelas ini Puan Masayu Ahmad telah meneliti analisa 8 perkara mengenai diri saya sebelum memberikan pandangan beliau mengenai tajuk buku yang sesuai ditulis. Analisa ini sangat penting untuk menentukan kekuatan dan kelangsungan aktiviti penulisan saya. Sepanjang kelas saya tidak bertemu ‘writer block’ kerana pasti ada saja tips yang akan diberikan.

Selain itu, jadual penulisan yang konsisten dan munasabah sangat membantu dalam menghasilkan penulisan dengan lebih berfokus dan padu. Dalam sebulan setiap hari sudah ada tugasan yang perlu kita selesaikan.



Saya seperti merasakan pengalaman berada di dalam kelas yang sebenar walaupun sebenarnya, kelas kami hanya di alam maya, atas talian. ‘Whatsapp group’  yang dikhaskan untuk membincangkan setiap permasalahan dalam penulisan sangat membantu. Rakan-rakan penulis juga ramai dan sangat ringan tulang memberikan pandangan dan menceritakan pengalaman masing-masing.

Tidak dilupakan, konsep penerbitan dalam kelas ini adalah berbeza dengan kelas penulisan yang biasa iaitu dengan kerjasama penerbit. Dalam kelas ini, hasil penulisan tidak diterbitkan dalam bentuk fizikal, hanya dalam bentuk e-book dan memudahkan penjualan daripada minisite yang dibina oleh penulis sendiri.

Soal royalti tidak lagi menjadi isu besar. Walaupun sebenarnya negara kita masih baru dalam alam e-book ini, tapi apa salahnya kita mempelopori peluang yang masih baru ini.

Pasti anda ingin mengetahui pelaburan yang diperlukan untuk kelas ini. Hanya Serendah RM10 sehari anda akan mampu mendisiplinkan diri untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Puan Masayu. Sangat berbaloi dan praktikal.

Namun, menyiapkan tugasan ini perlukan persediaan yang rapi dan bersungguh-sungguh dari para peserta. Terutama dalam mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber bacaan dan rujukan yang berkaitan. Penulisan yang baik adalah hasil daripada olahan maklumat yang pelbagai dengan tambahan idea asal penulis sendiri.

 In shaa Allah, banyak lagi manfaat menyertai kelas ini yang tidak tercoret. Saya sangat merekomen anda yang minat menulis menyertai kelas di bawah Puan Masayu Ahmad.

Ulasan Oleh Siti Azimah Binti Rupilen, penulis e-book Menanam Rutin Al-Quran
(www.menanamrutinalquran.blogspot.com)




Menanam Rutin Al-Quran - Siti Azimah Rupilen

Ulasan Kelas Ebook



Ulasan Kelas Tulis dan Terbit E-Book

Assalamualaikum wbt,

Saya ingin mengucapkan setinggi kesyukuran kerana Allah telah mengizinkan saya bergabung dengan kelas ini. Sebenarnya, saya memang sedang mencari pembimbing dan platform untuk menerbitkan  karya penulisan yang bermanfaat walaupun bukan berbentuk novel atau cerpen.

Uniknya, dalam kelas ini Puan Masayu Ahmad telah meneliti analisa 8 perkara mengenai diri saya sebelum memberikan pandangan beliau mengenai tajuk buku yang sesuai ditulis. Analisa ini sangat penting untuk menentukan kekuatan dan kelangsungan aktiviti penulisan saya. Sepanjang kelas saya tidak bertemu ‘writer block’ kerana pasti ada saja tips yang akan diberikan.

Selain itu, jadual penulisan yang konsisten dan munasabah sangat membantu dalam menghasilkan penulisan dengan lebih berfokus dan padu. Dalam sebulan setiap hari sudah ada tugasan yang perlu kita selesaikan.

Saya seperti merasakan pengalaman berada di dalam kelas yang sebenar walaupun sebenarnya, kelas kami hanya di alam maya, atas talian. ‘Whatsapp group’  yang dikhaskan untuk membincangkan setiap permasalahan dalam penulisan sangat membantu. Rakan-rakan penulis juga ramai dan sangat ringan tulang memberikan pandangan dan menceritakan pengalaman masing-masing.



Tidak dilupakan, konsep penerbitan dalam kelas ini adalah berbeza dengan kelas penulisan yang biasa iaitu dengan kerjasama penerbit. Dalam kelas ini, hasil penulisan tidak diterbitkan dalam bentuk fizikal, hanya dalam bentuk e-book dan memudahkan penjualan daripada minisite yang dibina oleh penulis sendiri.

Soal royalti tidak lagi menjadi isu besar. Walaupun sebenarnya negara kita masih baru dalam alam e-book ini, tapi apa salahnya kita mempelopori peluang yang masih baru ini. In shaa Allah, banyak lagi manfaat menyertai kelas ini yang tidak tercoret. Saya sangat merekomen anda yang minat menulis menyertai kelas di bawah Puan Masayu Ahmad seperti saya.


Ulasan Oleh Siti Azimah Binti Rupilen, penulis e-book Menanam Rutin Al-Quran
(www.menanamrutinalquran.blogspot.com)



Buat Duit Dengan Biskut - Azne Omar

Ulasan Kelas Ebook


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bermula dengan menulis secara suka-suka di dinding facebook, saya terfikir untuk menulis secara serius dan berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang ada dalam bidang bakeri yang diceburi sejak tahun 1998 lagi.

Ramai yang memberi galakan dan dorongan supaya berkongsi secebis ilmu khasnya dalam pembuatan biskut kerana tidak mahu ia terkubur begitu sahaja bersama-sama dengan keputusan saya untuk bersara terus dalam bidang bakeri.




Ketika sedang mencari-cari guru pembimbing bagi merealisasikan hasrat itu, saya berjumpa dengan Puan Mas Ayu dari Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) melalui seorang guru blog di facebook. Syukur, saya direzekikan belajar dengan guru yang benar-benar berada dalam bidangnya.

Melalui bimbingan selama beberapa minggu dalam group whatsapp, semua peserta diberi tugasan berperingkat bagi memastikan kami betul-betul komited dan berada dalam landasan untuk menyiapkan ebook yang dihajatkan. Analisa pemilihan tajuk jugaa termasuk dalam silibus. Kami dibimbing rapat oleh Puan Mas dan sentiasa diberi suntikan semangat sehingga ke garis penamat.

Bagi saya, kelas ini sangat mudah dan berbaloi untuk diikuti memandangkan peserta boleh menyiapkan tugasan walau di mana sahaja mereka berada.

Kini, saya berazam untuk terus menulis dan berkongsi apa sahaja ilmu dengan pembaca dengan yakin dan tersusun. Terima kasih.



Strategi Belajar Ulul Albab - Mahfuzah Mohammed Zabidi

Ulasan Kelas Ebook


Sejujurnya saya memang ragu dan takut untuk menyertai kelas ini. 


Kegagalan saya menyiapkan tugasan untuk kelas asas blog pada tahun lepas menyebabkan saya bimbang pisang berbuah dua kali. Saya takut kesibukan tugas hakiki membuatkan saya hilang fokus untuk menulis.


Saya menghantar whatsapp kepada Puan Masayu untuk bertanya satu dua perkara tentang kelas e-book. Nampak menggoda apabila beliau selalu naikkan tentang kelas dalam status FB. Dalam masa yang sama, pada tahun ini, saya memang tercari-cari jalan untuk kumpulkan bahan penulisan yang boleh saya jadikan satu buku. 


Saya tidak mahu tesis saya berhabuk hanya saya dan bekas penyelia sahaja yang membacanya. Saya mahu kongsi dalam khalayak yang lebih umum dalam bentuk yang lebih santai.


“Satu buku bagi menyambut tahun 2019,” kata Puan Masayu pada saya. 
Saya tekad dan masuk mendaftar untuk kelas Disember 2018. 
Puan Masayu cadangkan tajuk dan bab kepada saya, berdasarkan penghuraian yang saya berikan kepada beliau tentang kecenderungan dan minat saya.




Belum pun masuk bulan Disember, gambaran dan bayang-bayang tugasan yang perlu dilakukan telah diberikan. Semua ini, bagi memastikan, bermula 1 Disember sahaja, kami semua siap untuk “berlari.”

Puan Masayu sangat mahir menguruskan apa yang berserabut dalam fikiran saya. Saya banyak tanya. Namun, beliau sangat tenang memandu saya. Langkah demi langkah diberikan. Semasa 10 hari yang pertama, memang agak tertekan kerana saya push diri saya untuk siapkan juga sasaran entri. 

Saya push diri tu, bukan seorang diri. Cikgu ada.  Ikut sahaja teknik dan cara yang beliau berikan. Penulisan dalam buku nota memang kuncinya, yang sebelum ini saya ingatkan tak penting. 

Masalah pengurusan masa dan hal ehwal kehidupan bukan alasan untuk menyebabkan kerja tak siap.  Itu pesan cikgu. Jadi, saya gagahi juga.  Saya pujuk diri dengan cuba membayangkan dalam minda buku saya siap. Apabila cover e-book disiapkan, bertambah semangat rasanya untuk siapkan penulisan. Patutlah, cikgu suruh kita siapkan cover lebih awal.  Kita dapat visualisasikan dalam minda.


Alhamdulillah, kebaikan yang saya dapat melalui kelas ini adalah:

1.  Dapat rancang penulisan ikut jadual yang cikgu berikan.  Setiap hari, kita ada target.  Teknik menulis, teknik cari bahan, teknik menyunting semuanya ditunjukkan.

2. Dapat berkenalan dengan kawan sekelas yang kebanyakannya sudah mahir menulis.  Saya jalinkan hubungan dengan mereka juga dan sama-sama ambil momentum dan semangat untuk menulis.  Saya belajar dari mereka buat cover ebook dan susun atur blog.

3. Dapat membaca penulisan dan ebook kawan-kawan lain.  Pelbagai tips dan pengalaman yang dikongsikan. Semuanya menjadi buah fikir buat saya merenung dan mengambil pengajaran dalam hidup. Penulisan mereka sangat membantu membina diri yang lebih positif dan produktif.

4.  Dapat mengetahui bagaimana blog boleh dijadikan medium untuk menguruskan penulisan. Ini memang saya betul-betul teruja. Tiada lagi selepas ini, data atau penulisan idea yang tak tersusun.  Insya Allah.

5.  Dapat memahirkan diri mengurus masa. Puan Masayu berkongsi pengalaman bagaimana latihan keras dalam menulis sehingga penulisan menjadi mantap. Bayangkan, 30 minit sahaja, boleh keluar 1500 perkataan yang ditaip. Semuanya, sebelum Subuh, dalam keadaan berwuduk. 

Fuh!  Sekurang-kurangnya saya percaya bahawa rutin kerja seorang penulis bolhe sampai ke tahap itu.  Saya perlukan latihan dan mentor yang membimbing dan mem”push” saya.  Semua ini saya dapat dalam kelas ini.  Alhamdulillah.

Akhir sekali, saya berpandangan persediaan untuk menyertai kelas ini, adalah niat, tekad, komitmen dan bersedia ikut dan patuh betul-betul apa yang cikgu cakap. Khususnya, jangan tengok FB selagi kerja tak siap.

Insya allah, memang boleh.  Pokok pangkalnya diri sendiri.
Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih pada Puan Masayu (aka Kak Mas) yang sungguh-sungguh mengajar saya.

Meskipun hanya belajar menerusi blog dan whatsapp, saya dapat terima dan memahami corak pengajaran yang disampaikan. Mula-mula memang tak faham. Banyak bertanya.  Terus buat apa yang cikgu beritahu.  Baru satu persatu, Allah berikan kefahaman dan dapat buat. 

Bagi saya, kelas ini memang berbaloi dengan mahar yang dibayar.  Sebulan bersama dengan guru yang sangat komited membimbing kita.  Bayangkan! Saban hari akan mengetuk masuk pintu whatsapp dan ingatkan kita untuk siapkan kerja dan bertanya khabar progress kita. Jika terkenangkan, pasti terasa syahdu di dalam hati. Saya doakan Cikgu Masayu diganjari Allah dengan keberkatan rezeki yang melimpah ruah. 


Begitu juga dengan semua rakan-rakan sekelas sama ada senior (dalam kelas ebook yang lebih awal), rakan satu batch (Disember 2018) atau yang bakal menyertai kelas ini, saya doakan setiap penulisan yang diusahakan diberi inayah dari Allah dan dapat menjadi asbab tersebarnya kebaikan untuk sekalian anak Adam.


Moga semuanya menjadi bekalan kita di sana. Amin.